Kau asyik muncul

458 23 0
                                    

"Owh awal lagi nak masuk kelas,lepak dulu lah.Diorang still lagi kat bangku-bangku ni haa." kata si Diya.

Sambil berjalan gaya malas nak mampus.Aku duduk kat satu bangku yang ada meja berwarna hijau. Tanganku didepangkan dan diletakkan di atas meja yang membelakangiku.

Korang bayangkan lah betapa tak senonohnya aku duduk. Boleh semput maknyah-maknyah sekalian bila tengok aku duduk macam nih.

Kalah diorang nyah!!.

Tengah sedap-sedap aku usya phone.Bukan nak buat apa pun.Usya gambar sendiri jer.Sapa lagi nak tengok gambar aku.Aku je la yang sudi nak tengok gambar aku sendiri.

Aku tergerak pulak nak pandang orang sekeliling.Owh Damn..Damn!! Damn !!!

"Bapak hensem lah wei..Gila ahh hensem bodoh!!" Kataku dengan muka ala-ala terpukau dek sinaran pada pagi itu.

"Amende ko tetiba??" Tanya Diya.Mulut aku???dia abaikan Diya seketika tidak mahu menjawab.

Fairytale lalu di depan aku dengan t-shirt kuning.Bersama jaket rasmi institut.Berjalan dengan gaya yang paling hensem sedunia.

Gishh..hensem.Tinggi. ahhhh semualah..semualah yang hot-hot tuh kat dia.

'Wei mata ko usya sapa tuh??' Tanya si hati yang entah kenapa rasa tidak kena.

'F..F..fa..Fairytale dowh.' Mata aku pun boleh nak gagap-gagap plak time nih.

'Hah yeke??Siyeslah..wah patutlah aku rasa nak lompat-lompat jer.' Kata hati.

'Owh ko tak pikir aku pulak dari tadi dok bergetar je rasa badan aku nih.' Jantung menyampuk tiba-tiba.

'Wuishh jantung!! Ko berdebar beb?? Wohooo!!' Tanya otak.

'Hahahah..ko tau takpe.Bukan senang dowh nak bergetar macam nih.Aku pikir bom tadi dok set timer nak meletup.'

'Weyh mata,ko asik pandang dia jer.Kang kantoi nnti macam mana?? Malu si Hana ni nanti.' Tegur si otak. Ditepuk-tepuknya si mata agar cover sikit teruja tuh.

"Ro..ko tengok sape dowh???" Tanya Diya lagi.

"Hah..hehe.aku punya. Hensem siot." Kataku sambil tersengih-sengih. Diya tatau yang aku dah takde perasaan kat si Faiz lagi.

Biarlah.Yang ni dia tak perlu tahu.Dia tak perlu tahu yang aku usya Fairytale nih.Belum masanya man.Aku taknak dia pikir aku gedik.

Aku usya tempat yang Fairytale pergi.Mak..kenapa hensem sangat dia nih ma..Ya Allah..tenangkan hati hambaMu ini ya Allah.

'Otak,kenapa aku rasa macam sepi tiba-tiba???' Tanya hati kepada otak.Dia betul-betul rasa lain macam.

Sememangnya hati mempunyai firasat kuat tentang sesuatu.

'Ko takut ker??' Soalan dipulangkan balik.

'Ermm..aku rasa macam takut.Tapi mana ada hantu siang-siang buta ni beb.' Kata-kata hati membuat aku menjadi resah.Hana Rose mula resah sekarang ni wei.

'Ingat tak aku pernah cakap yang aku taknak ko sakit bila terlampau mengharap??' Dan hati mengangguk perlahan.

'Ko dah faham kan??aku tak perlu terangkan apa-apa lagi..' otak berkata

Hati menyambut dengan sedih.Memang hatinya gembira melihat Fairytale tapi..entahlah malas nak cakap.

****************

Aku buat apa pun sekarang nih,entah kenapa aku selalu nampak dia.Si Fairytale tak guna tuh.

Dulu pun aku tahu dia course mekatronik memandangkan dia selalu berbaju kuning dan berada di bangunan Biru.

Bangunan ni di panggil bangunan Biru sebab pelajar-pelajar di bangunan ini berbaju rasmi biru setiap hari.

Begitu juga bangunan Kuning.Dan bangunan biru khas untuk pelajar mekanikal.

Termasuk kaum-kaum yang seangkatan dengan Fairytale course mekatronik walaupun baju kuning.

Bangunan kuning pula pelajar-pelajar fakulti elektrikal.Semua baju kuning.Takde pun baju biru sesat kat situ.Cuma kadang-kadang je baju biru belajar kat sana.

Okay sambung balik pasal Fairytale..

Aku makin kerap pulak nampak dia lepas aku nampak dia lalu depan aku hari tuh.

Dulu tak macam ni beb walaupun sama bangunan.Tak pernah.Sekarang nih boleh dikatakan dalam seminggu berapa banyak kali nampak dia.

Dulu beb,sebulan pun belum tentu nampak dia. Aku takut..aku takut mengharap benda yang tak pasti.

Aku bertepuk sebelah tangan kot.Dia mestilah dah ada awek.
Tempah maut lah.

Putera FairytaleWhere stories live. Discover now