"ARA!" jerit Datin Auni dari ruang tamu. "Bangun lah! Tengahari sudah ni, apa punya anak dara la kau ni. Susah lah kau punya laki itu nanti sebab dapat bini pemalas macam kau ni!"
Ara sebenarnya dah bangun awal lagi tapi dia tengah memilih baju yang sesuai kerana hari ini dia ada temuduga di sebuah syarikat."Yalah bah mak. Siap sudah ni!" laung Ara dari dalam bilik. "Mama ini pun cakap pasal laki pun awal pagi. Mentang-mentanglah bah orang hari-hari bangun lambat.. Awal bah kawin.. It's too early you know. Hehe .. speaking pula aku awal pagi ni." bebel Ara sendirian dalam bilik.
Setelah bersiap, Ara pun turun bersarapan bersama ibu dan ayahnya. Ibu dan ayah Ara melihat Ara dengan penuh kehairanan. Apa tidaknya, selalunya Ara memakai baju yang ringkas sahaja asalkan tutup aurat. Lalu ibunya pun bertanya, "Kenapa kau pakai baju punya main lawa ni? Selalunya walaupun kau itu pakai tudung, macam lelaki saja nda kau punya pakaian itu."
"Ya. Betul kata mama mu tu. Kau mimpi apa semalam?" sampuk ayahnya. "Ish, mama sama bapa ini. Orang mau pergi interview bah hari ni. Orang dapat kerja semalam. Tiada mimpi apa-apa pun. Semalam mimpi orang tiada siaran." jawab Ara. Mereka bertiga bergelak ketawa di ruang makan.
"Ara, Ara.. Ada saja yang kau mau jawab kan?" kata ayahnya. "Kenapa kau susah-susah cari kerja? Tu syarikat bapa tu.. Ndada orang mau urus tu.. Lagipun bapa ni tua sudah.. Nda lama sudah ni." sambungnya lagi.
"Ish, bapa ni. Bukannya orang nda mau kerja di syarikat bapa itu. Tapi orang mau rasa hidup dengan titik peluh orang sendiri. Kan ada si abang dengan si adik? Durang kan anak lelaki.. Kasi durang la ya?" jawab Ara panjang lebar. "Bah. Kalau itu keputusan mu, bapa pun nda boleh membantah." kata ayahnya. "Nah, Ara mau pergi kerja dulu. Nanti lambat pula. Assalamualaikum." kata Ara sambil menyalam tangan kedua ibu dan bapanya.
*Please vote ! To all readers. Ini pertama kali saya menulis cerita. Saya pun tak tahulah kalau cerita ni best ke tidak. I hope you enjoy !
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...