Bab 13

301 9 0
                                    

Pada keesokan harinya, Faris pergi ke ofisnya pada awal pagi kerana ada meeting. Dia tidak membangunkan Ara yang tadinya tidur selepas solat subuh. Kepenatan agaknya kerana seharian berjalan semalam. Sebelum dia pergi ke ofisnya, dia menyediakan sarapan untuk dirinya dan Ara. Sarapan mereka hari ini hanya roti dan scramble eggs. Just simple.

Dia melihat jamnya, baru jam 7 pagi. Meeting jam 8.30 pagi. Awal lagi. Lalu dia pergi naik ke bilik untuk mengejutkan Ara.
Dia masuk ke dalam bilik dengan perlahan-lahan supaya Ara tidak terbangun. Dilihatnya Ara masih nyeyak tidur. Lalu dia duduk di sebelah kanan tempat Ara berbaring. Selepas itu, dia perlahan-lahan membangunkan Ara.
"Sayang... bangun." kata Faris sambil menggoyangkan sedikit badan Ara.

"Hmm.." jawab Ara sambil memeluk bantal. Hmm je? Ni memang nak kena awal pagi ni.

"Sayang bangunlah. Abang ada meeting ni." kata Faris lagi sambil menggoyangkan badan Ara. Lalu Ara pun terus bangun dan duduk di situ. Matanya masih lagi tutup hanya badannya sahaja bangun. Tangan Faris pula mengepung kaki Ara supaya Ara tidak lari. Sebab selalunya kalau bangun awal macam ni, Ara akan terus lari masuk ke dalam bilik mandi.

"Tu masih tutup mata tu, kenapa?" kata Faris. "Hmm? Ngantuklah." jawab Ara sambil melentokkan kepala di bahu Faris. "Wanginya abang. Abang nak pergi mana? Pakai smart-smart ni." kata Ara lagi. Suaranya masih lagi bunyi orang mengantuk. "Tanya pula. Orang nak pergi kerjalah. Ni tak nak bagi abang pergi kerja ke?" gurau Faris. Saja nak sakat bini awal pagi.

Ara yang tadinya melentokkan kepalanya di bahu Faris terus bangun. "Alamak! Breakfast! Ya Allah! Kenapa abang tak kasi bangun Ara?" tidak keruan Ara dibuatnya. Faris pula tiba-tiba mengucup bibir Ara. Ara yang tadinya tidak keruan, terkejut dengan tindakan Faris. Selepas dia melepaskan bibir Ara, dia senyum melihat Ara. "Breakfast dah siap. Ni abang nak ajak turunlah." jawab Faris selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Tu tadi tu, untuk apa?" tanya Ara.

"My morning kiss for you." jawab Faris. Hah? Aigoo. Susah bebenor kalau dapat suami yang terlampau suwwit ni. Hailaa. "Abang turunlah dulu. Ara nak cuci muka." kata Ara sambil menepuk lengan Faris. Faris hanya senyum dan dia terus turun ke bawah.

Ara melihat wajahnya di cermin. Mengingatkan perkara tadi, bahagia! Eh, gatal pula. Tapi, gatal dengan laki sendiri apa salahnya. Hehe.

Ara turun ke bawah dan ternampak Faris tengah menuang kopi ke dalam cawan. Dia kemudiannya duduk di kerusi yang berada sebelah kanan Faris.
"Awalnya abang pergi kerja hari ni?" Ara memulakan perbualan sambil mengambil sekeping roti dan menyapukan sedikit jem lalu diberikannya kepada Faris.
"Abang ada meeting." kata Faris sambil makan roti yang diberikan oleh Ara. Dia menghirup sedikit kopi dan berangkat untuk ke kerja.
"Abang balik jam berapa?" Ara menghulurkan tangannya untuk menyalam tangan Faris. "Entah. Tengoklah. Mungkin banyak kerja hari ni." kata Faris sambil memberikan tangannya kepada Ara. Ara mencium lembut tangan Faris. Faris pula mengucup dahi Ara. "Bye sayang. Assalamualaikum." kata Faris sambil mengucup pula pipi Ara. "Bye. Waalaikumsalam. Asyik nak cium je dia ni. Hahaha." gelak Ara. Faris pula hanya tergelak. Haha. Lucu. 

*******

Faris dah pergi kerja. Haih. Mereputs lagi. Hari-hari kerja aku ni mereputs. Kain semua aku dah cuci. Dapur aku dah kemas. Bilik pun sama. Runag tamu pun sama. Bunga pun aku dah siram. Dengan rumput-rumput sekali aku siram. Haih. Baik aku pergi kedai kek Asni dengan Effa.

Ara pun naik ke atas bilik untuk memilih baju sambil menekan nombor suami terchenta. Haha.

Ara menunggu Faris untuk menjawab sambil dia membelek pakaiannya. Berapa kali dicubanya. Tetapi Faris tidak mengangkat. Oh! Baru ingat! Faris ada meetinglah. Ya Allah. Lupa pula. Baik aku mesej jelah.

Gadis UnikWhere stories live. Discover now