Bab 2

729 18 0
                                    

Ara pergi ke tempat kerja dengan menggunakan kereta Vios yang dihadiahkan oleh ayahnya. Kereta itu dihadiahkan kerana dia mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. 8A1B itulah keputusan yang dia dapat. Teringat pula kata ayahnya, "Kalau kau nda dapat 8A pun, bapa belikan juga kau tu kereta". Rupanya ayahnya saja menaikkan semangat Ara ketika SPM supaya dia berusaha bersungguh-sungguh.

Ketika di parking lot, seorang lelaki melanggarnya. Lelaki tersebut memakai cermin mata hitam padahal di parking lot kut nak pakai benda tu. Fail Ara terjatuh di lantai. Habis bertaburan kertas dari fail tersebut(?). Lelaki itu hanya berlalu pergi begitu saja. Ara terus memarahi lelaki tersebut,  "Woi! Buta kah kau? Punya gelap ni tempat kau pakai spek mata! Pastu langgar orang tiada minta maaf lagi bah ! Budu punya orang! " marah Ara.

"Apa punya oranglah. Sabar Ara, mana tau kau kena bala begini kau dapat kerja? " bebel Ara sendiri. Setelah dia mengutip kertas resumenya di lantai, dia terus menuju ke pintu masuk yang menuju ke syarikat tersebut. Nama syarikat tersebut ialah syarikat FJ. Sesampainya dia di syarikat itu, dia terus ke tempat receiptionist.

"Adik ni pasti Ara kan ?" tanya perempuan yang berada di kaunter receiptionist tersebut. "Iya saya. Macam mana cik tau ya?" tanya Ara kembali. "Haha, mestilah saya kenal. Kan awak-" tidak sempat perempuan tersebut menyambung kata-katanya, terus seorang lelaki memotongnya, "Apa ni sembang-sembang? Tiada kerja ke? Mmm, awak ni siapa?" kata lelaki itu.

'Macam pernah aku nampak lelaki ni? Tapi dimana? Oh, dia tadi yang pakai spek mata melanggar aku!' kata Ara dalam hati.

"Tiadalah Encik Faris. Encik tak kenal siapa ni? Dia kan-" sekali lagi Faris memotong kata pekerjanya itu. "Awak datang nak interview kerja kan? Now, I want you to go inside the meeting room. I'll be there in second. " kata Faris. "Okay." itu sahaja yang mampu Ara balas. Dia pening kerenah mereka berdua itu yang mengaku kenal Ara. '

'Aii, macam mana lah dorang kenal aku ni' kata Ara dalam hati. Di kaunter receiptionist pula, "Kau nikan Sofia, sikit lagi kau dah bocorkan rahsia. Bapa dia dah bagi amaran jangan bagi tau ni syarikat bapa dia dengan papa aku. Dia tak nak budak tu tau. Lain kali layan dia macam staf biasa je." amaran Faris kepada perempuan bernama Sofia itu. "Alaa, sorry la Encik. Saya lupa lah." kata Sofia. "Mmm, dahlah sambung buat kerja. Saya nak jumpa budak tu dulu." kata Faris.

Di dalam bilik mesyuarat pula, akibat terlalu lama menunggu Ara tertidur di meja mesyuarat tersebut. "Budak ni, kau fikir ni syarikat bapa kau? Eh, memang syarikat bapa dia dengan papa aku kot. Suka-suka je kau nak tidur eh?" kata Faris sendirian.

"Arania binti Imran!" jerit Faris. Ara terus terbangun. "Eh mak kau terjun" latah Ara. Hampir tergelak Faris dibuatnya bukan gara latahnya tetapi gara-gara rupanya yang terkejut beruk itu. "Kau ni nak jadi apa ah? Baru nak interview kerja dah buang tebiat ke apa?" kata Faris. "Hehe, sorry lah Encik. Saya tak sengaja. Lagipun, lama betul Encik di luar tu. Itulah saya tertidur." jawab Ara selamba. "Mmm, enough with that. Now, where is your resume? " tanya Faris.

"Nah." kata Ara sambil memberikan Faris fail yang mengandungi resumenya itu. Setelah membelek-belek resumenya itu, Faris berfikir seketika, 'Minah ni biar betul. Result SPM 8A. Degree in Managment pula tu. Tapi cari kerja kat syarikat begini. Takkan bapa dia suruh kot. Tapi bapa dia dah bagi amaran supaya jangan bagi tau ni syarikat bapa dia. ' bisik hati Faris. "Encik? Macam mana? Terima kah?" tanya Ara. "Mmm, ya. Kamu diterima bekerja di syarikat ini. Selamat datang ke syarikat ini." tutur Faris sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

"Terima kasih dan maaf bukan muhrim." kata Ara. "Oh, sorry my bad. " kata Faris. "By the way, I will work with this company as what? " kata Ara. Nak sangatkan speaking ? Amek kau. Haha. " Forget to tell you. You'll work as my PA. And tomorrow you will start working. " kata Faris. Dah macam tourist dah mereka ni. " Okay, thank you. See you tomorrow, Encik. " kata Ara. Ara terus pergi dengan hati yang gembira. Sampai di parking lot, dia mengambil phonenya di dalam beg tangannya. Selepas itu, dia membuka whatsapp dan chat grup bffnya, iaitu Julia, Effa dan Asni.

Krikkrik - Ara

Apa kau ni hah? - Julia

Assalamualaikum - Asni

Waalaikumsalam - Effa

Waalaikumsalam. Si Ara ni pun teda salam bah. - Julia

Waalaikumsalam. Hahaha. Sorry bah. - Ara

Kenapa kau awal betul chat kami orang ni? - Julia

Tedalah. Saja. Ada bah saya mau kasi tau ni. - Ara

Kenapa Ara? Kau ok? - Asni
Iya. Kau ok juga kah? - Effa

Apa yang kau mau kasi tau? Tiba-tiba pula kau ni. Risau kami ni. - Julia

Ok bah. Kamu ni. Orang tengah typing bah itu. Nda nampak kah? Ara is typing? Meluru pula kamu ni . -Ara

Hahaha . Risau bah. - Julia

Hahahahahaha. -Effa

Hahahaha. Bah iyalah. Apa yang kau mau kasi tau kami ni. - Asni

Dapat sudah bah saya itu kerja. - Ara

Ohh. Jadi startlah tu hari ni? - Julia

Alhamdulillah. - Asni

Beginilah. Kamu semua busy kah hari ni? - Ara

Ndala. Free aku ni hari. - Julia

Me too . - Effa

Me three . -Asni

Kita jumpa di cafèlah. Boleh? -Ara

Boleh bah kalau kau. Jam berapa tu ah? - Julia

Jam 11. Kamu dua orang mana sudah? - Ara

Ok bah. Jumpa di sana. :-) Saya ada kerja sikit bah. - Asni

Ok. Jumpa di sana :-*. Bye. Assalamualaikum. - Effa

Bye. Waalaikumsalam. - Ara

"Baru jam 9.30? Punya laju aku di interview. Bagus aku pulang rumahlah dulu. Kasi tau mama sama bapa. " bebel Ara sendiran dalam kereta.

Gadis UnikWhere stories live. Discover now