Keesokan paginya, Ara bangun untuk menunaikan solat subuh. Habis sahaja mengambil air wudhu, dia baru teringat, telekung dan sejadahnya ada di bilik mereka berdua. Sakit lagi hatinya untuk melihat Faris. Ah, lantaklah.
Ara kemudiannya masuk ke dalam bilik mereka dengan berhati-hati. Dilihatnya Faris tiada di katil. Bagus! Dia kemudian masuk untuk mengambil peralatan solatnya. Tiba-tiba suara Faris memanggilnya dari belakang, "Sayang, tak nak solat sama-sama ke?" Be tough Ara. Ara tidak mempedulikan suara itu langsung. Dia hanya mengambil peralatan solatnya dan keluar. Mahu sahaja dia menangis di situ.
Faris terduduk di tepi katil mereka. Baru semalam dia tak tidur kat sebelah aku, aku rindu dia macam nak gila.(Ok, over.) Macam mana aku nak pujuk dia? Dahlah untuk pikat dia pun ambil berapa bulan. Nak pujuk hati yang luka? Bertahunlah jawabnya. Mereka berdua menunaikan solat di dalam bilik yang berasingan.
Habis sahaja solat, Ara kemudiannya tidur semula untuk tenangkan hati. Sebenarnya dia tidak tidur, dia hanya menutup mata untuk berfikir. Esok dia cuti, sepanjang hari di rumah. Ah, mampus aku.
7 pagi
Ara bangun untuk menyediakan sarapan. Merajuk tak merajuk, tanggungjawab still the same. Apabila Ara keluar daripada bilik itu, Faris turut keluar dari bilik mereka berdua. Siap untuk pergi ke kerja. Wangian yang dipakai Faris menusuk ke dalam hidung Ara. Jangan peduli Ara, turun je. Ara terus turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Faris yang dibelakang Ara hanya mengikutinya sahaja. Baru nak sediakan breakfast untuk dia, dia dah turun. Plan A fail. Guess what? Aku siap buat plan lagi untuk pujuk kekasih hati aku tu. Sweet tak?
Ara membuat kopi Nescafè untuk mereka berdua. Dia menghidangkan beberapa keping roti bakar dan memasak scramble eggs. Malas nak masak berat-berat. Faris pula mengambil tempat duduk di kerusi meja makan itu. Ara pun mengambil tempat duduknya seperti biasa cuma kali ini wajah Faris pun tidak dipandangnya. Faris perasan akan kedinginan Ara itu. Nak merajuk sangatkan? Hehe. "Sayang.. nak tu." tunjuk Faris ke roti bakar itu. Laki aku ni buang tebiat ke apa ni? Ara hanya memandang wajah Faris lalu diambilnya roti itu dan diletakkannya di atas pinggan Faris. Faris pula hanya tersengih-sengih. Memang sah nak pujuk aku! Memang tak ah.
Habis bersarapan, Faris berangkat ke tempat kerjanya. Ara menyalamnya tidak seperti selalu. Dia salam dan ingin terus lari. Tetapi Faris menahannya terlebih dahulu. Wajah Ara menunjukkan 'nak apa lagi?'. "Where's my morning kiss?" tanya Faris tanpa teragak-agak. Tetapi Ara tetap juga ingin pergi. "No, I won't let go of you if you didn't want to give what did I ask." Memang habislah kau Ara. Masak kau dikerjakannya. Ara hanya menyentuhkan pipinya dengan pipi Faris. Lalu dia pergi. Faris masih lagi menahannya. "I mean a real kiss. With your lips, not your cheek." Hancussss. "Pergi kerjalah abang. Dah lambat ni. Tak payah nak mengada sangatlah." kata Ara memandang tempat lain. "Oklah. By the way, I miss your voice. Bye, sayang." kata Faris sambil melepaskan tangan Ara dan berlalu pergi. Kau tunggu, Elina.
Diorang ni.. Memang tau cakap English je ke kerjanya? BM gagal ke time SPM? Geram juga saya ini. Haihh.
******
Di pejabat..
Tok! Tok! Pintu pejabat Faris diketuk. "Masuk." suara Faris kedengaran. Elina pun masuk ke dalam pejabat Faris. "Sayang.. miss me?" kata Elina sambil duduk di kerusi hadapan meja Faris. "Miss me, to the hell. Apa yang you cakap kat bini I hah? You gonna regret this, Elina." kata Faris geram. "Cakap apa? You ni garang sangatlah. I just cakap that we gonna married soon." Elina tergelak kecil sambil berkata begitu. "Sejak bila hah? You ni memang jenis tak tahu malu ke? Dahlah pakaian macam tak cukup kain, ikutkan perangai lagi mengalahkan setan!" marah Faris. Mahu sahaja dia menampar membelasah perempuan itu disitu, tetapi sabar masih ada dan dia tidak mahu jadi dayus. "You know what? I think your wife believe what I said. Such a stupid, naive person. How can you fall in love with someone like that?" kata Elina angkuh. Bodoh? Memang nak kena betul betina ni. "So what? You're more stupid than her. She not stupid, you bloody fool. You are the disgusting woman that I ever found. Now, I want you get out from my office now!" marah Faris. Habis kau. Babak drama English pula termasuk dalam cerita ni. "Alaa you ni. Tak nak bincang pasal baju kahwin ke?" kata Elina tergelak besar sambil keluar daripada pejabat Faris. Sabarlah Faris. Kejap je aku hancurkan keluarga kau ni lepas tu aku blah lah.
Sofia terus masuk ke dalam pejabat Faris. Dilihatnya Faris sudah meletakkan kepalanya di atas meja. "Encik, encik okay tak?" tanya Sofia perlahan-lahan. "Okay, saya okay. Lain kali kalau perempuan tu nak masuk sini, please halang dia." kata Faris. "Okay Encik. Are you sure that you're okay?" tanya Sofia lagi. "Okay. Jangan risau." kata Faris. Sofia pun meninggalkan pejabat Faris dengan keadaan Faris yang stres mungkin?
******
Di rumah, Ara tengah menonton cerita Korea. Menangis-nangis dia dibuatnya. Peduli apa aku. Aku nak release tension. Tiba-tiba terdengar deruman kereta Faris di luar perkarangan rumah. Alamak, dia dah balik. Okay, buat lagak ego. Ara kelam kabut untuk membuat lagak ego.
Dia terdengar pintu dikuak. "Assalamualaikum. Sayang?" laung Faris sambil menutup pintu. "Waalaikumsalam." kata Ara sambil mengambil beg bimbit Faris. "Abang, mandilah lepas tu solat. Baru tu turun makan malam." kata Ara lagi tanpa memandang wajah Faris dan berlalu pergi. Faris makin risau dengan kedinginan Ara itu. Apa aku nak buat ni hah? Faris naik ke atas mandi dan solat. Tapi sebelum itu, dia memberitahu Ara. "Sayang tak payah masaklah malam ni." kata Faris di belakang Ara. Ara tengah memilih lauk dan sayur dalam peti sejuk mereka. "Jadi mau makan apa? Makan piring sama sudu?" kata Ara dingin. Rasa bersalah sebenarnya dia menjawab seperti itu kepada suaminya. Terkejut dia Faris tergelak dengan katanya tadi. "Sayang ni.. Lawaklah." kata Faris sambil meredakan ketawanya. "Kita makan kat luarlah sayang." kata Faris sambil memeluk Ara dari belakang. Ara pula membiarkan sekejap lalu dia lepaskan dirinya dari pelukan Faris itu. "Jadi? Mandilah sana. Peluk orang pula." kata Ara sambil melepaskan pelukan Faris itu. "Ohh, jadi kalau abang dah mandi, boleh tak abang peluk sayang kuat-kuat?" kata Faris sambil mendekati Ara. Haiyoo. Kesian pula laki aku nak pujuk aku. Sabarlah abang sayang oi. "Entah." kata Ara sambil berlalu pergi. Kali ini betul-betul Ara bersikap dingin dengannya. Tak boleh jadi ni. Nasib aku dah ada plan yang baik punya.
Faris kemudiannya naik ke atas mandi dan solat. Ara pun ikut masuk ke dalam bilik mereka cuma untuk mengambil baju, seluar dan shawlnya. Baru sahaja dia ingin keluar, Faris bersuara dari belakangnya. "Bersiap kat sini je lah. Tak payahlah pergi bilik sebelah." kata Faris. Ara tetap keluar dari bilik itu. Eleh, saja lah tu. Faris memakai baju tshirt Polo berwarna hitam merah dan seluar berwarna coklat terang. Dia menggayakan rambutnya dengan wax rambut. Entah siapa sahaja yang tidak tertarik kepada wajahnya yang begitu tampan.
Ara yang tadinya sudah siap menunggu Faris di ruang tamu. Bersiap mengalahkan aku betul. Aku yang bertudung ni pun cepat siap, dia tu yang pakai seluar ngan baju je pun lambat. Sekeh kang. Dah lah aku tengah merajuk ni.
Faris pun turun dari bilik mereka. Dilihatnya Ara tengah menunggunya di sofa. Mesti dia marah ni, dari riak muka pun dah boleh tahu. Ara ternampak Faris turun dari bilik. Hensem pula dia malam ni. Ni kes nak pujuk aku tu mesti. "Sayang dah puas tengok muka abang yang hensem ni?" Tanpa disedari, Ara hanya memandang Faris sahaja. Apabila Faris berkata begitu, dia seolah-olah tersentak dari lamunannya. "Eihh, perasan. Lagak hensem." kata Ara sambil keluar rumah. Memang hensem pun. Hehe. "Oh, tak nak mengaku eh? Tunggulah apa aku nak buat. Hehehe." kata Faris perlahan. Mereka berdua pun bertolak ke restoran untuk makan malam. Faris mempunyai rancangan untuk memujuk Ara.
*Bab 17 done! Double updates! Lepas tu basi lagi buat sementara. Bab ni mungkin hambur ciked. Saya baca balik apa yg saya update semuanya nonsense. Maybelah. Kalau tak puas hati, komenlah. Biasalah penulis baru menulis. Banyak sikit cacat celanya. Okay that's all. Thanks for reading and vote! Lupp yaa! 😙😙😙😙
![](https://img.wattpad.com/cover/55891965-288-k424500.jpg)
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomantizmAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...