Bab 23

364 6 0
                                    

"Ara! Tunggu aku!" Aku terdengar suara menjerit dari belakang. Aku menoleh ke belakang, Adam. Aku berhenti untuk menunggunya. "Ara. Kau ni jalan laju betullah." Adam berhenti di depanku sambil tercungap-cungap. "Kenapa kau panggil aku?" tanyaku separuh dingin. "Awallah nak marah. Tiadalah. Aku saja. Jom. Masuk kelas."

Aku dan Adam terus jalan ke kelas kami. "Kau ni. Pergi kelas pun minta tunggukah?" tanyaku. Geram betul aku dengan perangai dia ni. "Alaa, kau ni pun. Saja nak jalan dengan kau. Dah aku nampak kau kat luar tadi, aku panggillah." jawab Adam selamba. Aku pandang dia sekejap lalu aku jeling dia. "Mau juga jalan dengan orang. Cekik juga kau ni. Nanti awek kau nampak, habis aku." Aku bergurau dengannya. Terus berubah riak mukanya. "Aweklah sangat. Entah bila masa lagi aku ada awek." Kami kemudiannya sampai di kelas. Hmm, masih belum ramai lagi dalam kelas. Aku terus masuk dan duduk. Aku tundukkan kepalaku di atas meja. Julia, Asni, dan Effa masih lagi belum sampai. Tidurlah.

Beep.

Hari ini Faris membawa aku keluar makan. Ngam sangatlah. Lagipun aku malas masak.

Aku masih lagi bersiap di dalam bilik. Aku memakai dress labuh berwarna hitam putih dan shawl hitam. Aku pandang gayaku di hadapan cermin. Macam nak pergi kenduri orang meninggal pula. Haihh, lantaklah.

"Sayang!" teriak Faris dari bawah. Aku terus mencapai beg tanganku dan handphone dan terus turun ke bawah. Faris tengah berdiri di tangga sambil tangan sebelah kanannya mencekak pinggang.

"Jomlah. Macam nenek enon." kataku kepada Faris. Faris terus meraih tanganku. "Hensem gila abang ni sayang cakap nenek enon." Aku hanya tersengih-sengih dengan leteran Faris itu. Kami berdua berdiri di hadapan pintu. Masih belum bergerak. "Jomlah. Kenapa lagi?" tanyaku lagi. Faris hanya memandangku. Terus sahaja pipiku dikucupnya. "Abang ni. Rosaklah blusher." Aku memukul lengan Faris. "Oh, sayang ni sayang blusher je lah. Abang ni? Takpelah." Faris terus meninggalkanku dan terus masuk ke dalam kereta. Aku tahu Faris hanya acah-acah merajuk. Nak test akulah tu.

"Eii, abang ni. Sikit-sikit mau merajuk. Sorrylah. Ara main-main jalah." Aku memasang tali pinggang keledar. Faris pula memandangku. Eh, kata merajuk. "Apa?" tanyaku kerana tidak selesa dipandang oleh Faris begitu. Dia menjongketkan keningnya dan memuncungkan bibirnya. Aku faham maksudnya dan aku terus rapatkan pipiku ke bibirnya itu. Dia langsung tidak mengucup. "Your lips. Not your cheek. Kalau nak pujuklah." Faris membetulkan duduknya kembali. Apa punya oranglah. Lain betul minta pujuknya. "Mesti sekarangkah? Boleh nanti?" tanyaku berani. Aku tahu pipiku pasti merona merah ketika ini. "Hmm.. boleh tu boleh tapi ada syaratnya." Faris menghidupkan enjin kereta. "Apalah?" tanyaku lagi. Mesti dia minta bukan-bukan ni nanti. "I want you..." Want me? What the .. "Hmm.. nantilah. Nanti sayang lari pula." Kami pun bertolak ke sebuah restoran. Aku langsung tidak bertanya apa yang dia mahu. Walaupun kami sudah balik dari restoran pun, dia cakap nantilah, penat. Hmm, sabar jelah.

Beep.

"Sayang, belum sampai masa lagi kita jadi papa dengan mama. I'm sorry for making you hurt. Baby kita tu baru seminggu lebih. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Mungkin ada hidayah sebalik ni semua. Sayang cepat-cepatlah sembuh."

"Assalamualaikum Faris. Macam mana Ara sekarang?"

"Waalaikumsalam ma. Ara cedera di kepala dengan badan dia. Dan.. dia keguguran."

Beep.

Effa, Julia, Asni dan Adam datang ke rumahku. Kami ada tugasan berkumpulan yang perlu disiapkan. Pada awalnya Effa yang mengajak kami ke rumahnya. Tapi, aku dah cuba-cuba pujuk dia supaya buat di rumahku dan keputusannya, mereka akan datang ke rumah. So, here they are today.

Gadis UnikWhere stories live. Discover now