Bab 26

519 5 0
                                    

"Baju jarang plus seluar pendek jarang? Faris!" Ara hanya mampu teriak dalam hati. Siotlah dia ni. Memang dalam honeymoon mood dia ni. Dia suruh aku goda dia ke ni? Siap belikan aku baju begini segala.

Ara baru teringat kata Faris tadi yang dia tak semestinya pakai baju itu malam ini. Dia mengambil keputusan untuk memakai baju itu esok saja. Dia tidak selesa memakai baju seperti itu. Sedangkan melihatnya sahaja pun, buatkan dia rasa tidak selesa, apa lagi kalau pakai.

Faris duduk di atas tilam mereka sambil menonton televisien. Rasa ingin tahu pula di dalam hatinya untuk melihat Ara pakai baju yang dibelikannya itu. Banyak persoalan dalam mindanya ketika ini—dia pakai tak baju tu? Dia cantik tak? Mungkin dia tak nak pakai baju tu kot.

Ara keluar dari bilik mandi dengan memakai baju pijamanya. Terbit rasa sedikit kecewa dalam hati Faris. Dia mengharapkan Ara memakai baju itu, tetapi tidak.

Ara melihat muka Faris yang sedikit kecewa. Dia pula rasa bersalah. "Abang, Ara minta maaf. Bolehkan pakai nanti?" Ara duduk di sebelah Faris. "Hmm. Abang mengantuk, nak tidur. Esok nak jalan. Tidurlah." Mahu sahaja digustinya lelaki itu. Pasal baju tu pun nak merajuk ke? Kang aku smack down kang baru tau. Tapi di dalam hatinya rasa bersalah juga.

Ara mendapat idea untuk memujuk Faris. "Abang, sorry lah." Dia melentokkan kepalanya di atas dada Faris. Berdegup laju jantung Faris dibuatnya. Selalunya Faris yang menggoda Ara jadi jantung Faris biasa sahaja. Bila Ara membuatnya seperti ini, rasa seperti mahu tercabut jantung ini. Ara melihat seperti tiada respon daripada Faris.

"Abang, sorry lah." kata Ara lagi. Kali ini dia melingkarkan tangannya di pinggang Faris. Ah, sudah. Ini yang membuatkan jantungnya lagi tidak keruan. Jantung janganlah lari. Ara yang baru ini sangat berani berbanding Ara yang dulu. Ara yang dulu apabila Faris merajuk, dia hanya pujuk dengan kata-kata sahaja. Ara yang ini pula berani bermanja dan menyentuhnya.
Ara melihat tiada lagi respon daripada Faris. Tetapi dia mendengar bunyi jantung Faris berdegup dengan hebat sekali. Dia okay ke tak ni? Ara mengangkat kepalanya dan melihat Faris yang sedang menutup matanya. "Abang, abang okay?" tanya Ara. Risau pula dia mendengar bunyi jantung Faris itu. "Hmm." Suara Faris sedikit tergetar. Ara mengengsotkan badannya ke atas sedikit supaya kepalanya dekat dengan kepala Faris.

Faris merasakan nafas Ara dipipinya. Oh God! Budak ni biar betul. Memang jauh berbeza dengan Ara yang dahulu. "Abang." bisik Ara. Kemudian dia mengucup pipi Faris. Faris membuka matanya. "Sejak bila dah pandai kiss abang ni?" tanya Faris. Dia sedaya upaya membuat dirinya tenang.
Entah kenapa terbit perasaan yang sangat pelik.

"Sayang." panggil Faris. Ara pula tersedar dan terus menarik comforter untuk menutup badannya kerana terlalu malu dengan tindakannya sendiri. "Abang, Ara minta maaf. Ara kurang sedar." kata Ara dari dalam selimut. Faris pula tergelak. "Sayang, I don't care, you know. Even, I love it when you kissed me like that. I know you can hear my heart pounding. Sounds crazy, right? Your touch can make me feel like that. About the gift I bought for you, just ignore it. I don't even upset." Amboi, panjangnya speaking. Ara menjenguk keluar selimut.

"Bukan abang marah tadi?" tanya Ara. Faris berbaring menghadap Ara lalu dia menggeleng. "Can you do something?" Faris mengusap pipi Ara. "Can you hug me all night long?" Gulp! Apakah? Kalau itu membuatkan dia rasa tenang, buatlah. Bukan salah pun.

Ara meletakkan kepalanya diatas lengan Faris dan memeluk badan Faris. Faris pula membalas dan mengeratkan pelukannya. Seketika mereka berpelukan, Ara teringat sesuatu. Dia teringat yang dia bangun, dia sudah berada dalam pelukan seseorang—seperti keadaan mereka ketika ini.

"Abang, Ara ingat Ara pernah peluk orang macam ni tapi Ara tidak ingat muka orang tu." kata Ara tiba-tiba. Hah? Dia dah mula ingat ke? "Sayang? Betul ke?" tanya Faris. Ara hanya mengangguk. "Abanglah yang sayang peluk tu. Tapi bukan sayang yang pelukkan? Orang tu kan yang peluk sayang?" Teruja pula Faris ketika ini. Ara hanya bingung dan mengangguk. Mungkin betullah Faris yang ada dalam ingatannya itu.

Gadis UnikWhere stories live. Discover now