Selepas makan malam, Ara mengajak Faris untuk bermain game bola. Terkejut Faris dibuatnya. Mana taknya, main game? Bola pula tu.
"Abang, jom" kata Ara sambil menarik tangan Faris. "Hah?" hairan Faris. "Jangan pula fikir benda lain. Jom main game bola." kata Ara sambil duduk bersila di ruang tamu. Faris masih lagi hairan. Bukan pasal benda tu, cuma, bola?
Ara melihat muka Faris yang hairan itu. "Abang ni. Kenapa? Hairan betul pula." kata Ara sambil memberikan control(entah apa nama benda kecik tu. Haha) kepada Faris.
"Sayang, really? Football? Where do you learn all of this things?" tanya Faris. Hairan betul dia dengan Ara sebab pandai main PS4.
"Kalau abang mahu tahu, dulu Ara ni macam lelaki ja tidak. Walaupun Ara ni pakai tudung, perangai mengalahkan lelaki. Game nilah peneman setia Ara." kata Ara. Semasa Ara sekolah menengah, dia selalu habiskan masanya dengan bermain game. Yang penting habis kerja sekolahlah.
"Abang pandai mainkah?" tanya Ara. "Eh, sayang jangan pandang rendah pula. Pandailah!" kata Faris dengan yakin.
"Beginilah. Siapa menang minta apa-apa ja dengan siapa yang kalah. Deal?" kata Ara mengangkat keningnya."Anything?"
"Yup."
"Okay then."Mereka berdua pun bermain PS4 sampai lewat malam dan pemenangnya ialah Faris. Ara pula risau dengan bakal permintaan Faris.
"So are you ready to hear my request?" tanya Faris. Ara pula mendengar sambil mengemas alat permainan itu tambahan pula dia tengah mengantuk. Dia terlalu mengantuk kerana sibuk untuk menang. Tapi akhirnya Faris juga yang menang.
"Hmm.." jawab Ara pendek.
"Jomlah naik bilik. Abang tengok sayang tu mengantuk sangat tu." kata Faris sambil membantu Ara mengemas. Tetapi Ara pula baring di ruang tamu. "Tak maulah. Orang mahu tidur sinilah. Tinggi betul tu tangga. Malas mahu naik. Abang naiklah." Ara bercakap dengan mata yang tertutup.Faris pula tiba-tiba mengangkat Ara. Terkejut Ara dibuatnya. Terus hilang mengantuknya. Terbuntang mata Ara bila Faris mengangkatnya 'bridal style'.
"A-apa abang mahu buat ni?" tanya Ara gagap. "Abang nak bawa sayang naik biliklah. Kata tadi tangga tu tinggi. Abang tolong sayang naiklah ni." kata Faris tersenyum sinis. Tangan Ara pula automatik naik ke leher Faris kerana takut untuk jatuh. "Ara tak berat?" tanya Ara."Nope. I've already done this many times. Just you who doesn't realize it." bingung muka Ara mendengar jawapan dari Faris itu. Dia pernah angkat perempuan lain ke?
"Many times? I bet someone else." kata Ara perlahan.
"Yup. You want to know who that lucky person? Someone that very special for me. Someone who asks me want to play football game just a moment ago." Faris tergelak kecil. Dia ni, ada je ayat romantuk dia. Romantuk tu bukan typo ye. Romantuk tu gabungan romantik dengan mengantuk.
Mereka kemudiannya masuk ke dalam bilik mereka. Faris perlahan-lahan meletakkan Ara di atas tilam mereka. Ara pula hanya melihat wajah Faris dalam cahaya yang samar-samar. Apabila Faris meletakkan Ara, Ara pula tidak melepaskan pautannya di leher Faris.
"Abang.." panggil Ara perlahan. "Ya. Kenapa tak lepaskan tangan Ara tu?" tanya Faris. Bukan tadi nak lari ke? Ke dah ready? Haha. "Ara mahu tanya, apa permintaan abang tadi tu." tanya Ara. Mahu saja dia tergelak melihat wajah Faris yang suspen itu. "Oh. Anything right?" tanya Faris sambil menunjukkan muka berfikir. Jujurnya Ara sudah bersedia dengan apa sahaja yang diminta oleh Faris. Apa sahaja walaupun Faris inginkan dirinya sekalipun. Sebenarnya dia sudah lama sedia, tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk beritahu Faris. Jadi, yang main game tu tadi sebenarnya ada udang di sebalik batu."Anything. Even myself." suara Ara perlahan. Malu woi nak bagi tahu benda tu. "Apa dia? Abang tak dengarlah." tanya Faris sambil tersenyum gembira. Padahal benda tu dia dengar, sengaja nak sakat. "Ish abang ni. Sengajalah tu. Dekat macam ni tu pun tak dengar." kata Ara sambil melepaskan pautannya di leher Faris. "Ok, ok. Maksudnya?" tanya Faris lagi sambil berbaring di sebelah Ara dan merapatkan badannya. Ara pula berpaling menghadap muka Faris. "Maksudnya, I'm all yours" bisik Ara. Merah mukanya pada ketika ini. "Maksudnya?" tanya Faris lagi. Mahu saja dia tersenyum girang disitu. Dengan muka Ara yang tengah menahan malu lagi. "Ish, abang ni pura-pura lagi." kata Ara sambil memukul lengan Faris. Ara ni tahu-tahu je. "Abang gurau je pun." kata Faris sambil memeluk pinggang Ara.
"Assalamualaikum. Thank you sayang. I love you so much." bisik Faris lembut.
"Waalaikumsalam. I love you too." jawab Ara lembut. Malam itu menjadi saksi cinta mereka berdua. Dalam hati mereka berdoa agar cinta ini akan berkekalan sehingga ke Jannah.********
Pada keesokan paginya, Faris bangun awal terlebih dahulu. Dia melihat Ara masih nyenyak tidur. Diusapnya muka Ara perlahan lalu dikucupnya dahi Ara. Kemudian dia bangun lalu ke tandas untuk mandi.
Selepas dia mandi, dia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Ara masih lagi belum bangun. Habis sahaja dia menghidangkan makanan di atas meja, dia naik ke atas untuk membangunkan Ara. Ara masih lagi nyenyak tidur dan siap berbungkus lagi di dalam selimut.
"Sayang.." Faris menarik sedikit selimut. Tetapi apabila dia cuba untuk menarik, Ara pula menahannya. "Laa, sayang dah bangun rupanya." kata Faris sambil menarik lagi selimut itu. "Janganlah tarik. Ara 'seksa' ni." kata Ara di dalam selimut. "Malu eh?" tanya Faris sambil tersenyum. Ara menurunkan sedikit selimutnya di paras bawah matanya. "Buat apalah nak malu. Abang dah nampak dah semua semalam. Haha." gelak Faris. Cuak muka Ara dibuatnya. Malu do diungkit pasal benda tu. "Ish abang. Apa ni. Ungkit-ungkit pula. Let gone bygone." kata Ara yang masih lagi berada di dalam selimut.
"Dah, bangunlah. Jom sarapan. Sebelum nak marah tu, abang bagi tahu dulu. Abang tengok sayang tu mengantuk sangat tulah tak nak bagi bangun." kata Faris. "Oklah. Turunlah. Nanti Ara turun." kata Ara. Faris hanya tersenyum melihat kerenah isterinya itu lalu dia turun ke bawah. Ara pula, setelah dia tahu Faris sudah keluar dari bilik itu, dia cepat-cepat masuk ke dalam tandas. Sebenarnya Ara tu bukannya seksa sangat seperti yang dia katakan pada Faris. Dia memakai baju semasa Faris di bawah lepas tu pura-pura untuk tidur.
Dia melihat dirinya di cermin. Ada satu bekas merah lehernya. "Eh, apa ni?" tanya Ara sendiri sambil menyentuh bekas itu. Nyamuk apa gigit sampai bekasnya macam ni? Ara cuba mengingati peristiwa semalam. Faris!
Cepat-cepat dia mandi, pakai baju dan pergi ke meja solek. Dia mengambil bedak untuk menutup bekas merah itu. Tetapi usahanya sia-sia. Warna merah dari bekas itu masih lagi kenampakan. Penat dia cuba untuk menutup, dia terus turun ke bawah untuk sarapan.
"Sayang kenapa muka monyok ni?" tanya Faris. Ara mengambil tempat duduk di sebelah Faris. "Tiadalah." jawab Ara perlahan sambil mengambil sekeping roti.
Semasa Ara mengambil roti, Faris ternampak bekas tersebut di leher Ara. Tangannya terus menyentuh bekas itu. Faris tersenyum sendiri melihat bekas itu. "Abang senyum-senyum kenapa?" tanya Ara. Faris hanya tersenyum. "Abang ni." kata Ara lagi. "Ala itupun nak marah. Sayang kan dok rumah je memanjang. Hehe." kata Faris sambil makan roti.
Selepas bersarapan, Faris menyuruh Ara mengikat tali lehernya. Ara yang disuruh ni pun berasa hairan. Apa tidaknya, tiba-tiba je. Kemaruk la tu. Haha. Kemudian pun melilitkan tali leher Faris. "Abang ni kenapa tiba-tiba tak pandai? Selalunya, kalau dah lambat punya main ekspres lajunya." Faris tidak menjawab sebaliknya dia menarik Ara ke dalam pelukannya. Tepat pada masa Ara habis melilit tali lehernya. Ara yang terkejut menepuk dada Faris perlahan. "Abang nak bagi sayang pahala free awal pagi ni. Tak nak ke?" Faris mengemaskan pelukannya. Ara pula hanya diam.
Habis Ara mengikat tali leher Faris, Faris berangkat ke tempat kerjanya. Ara pula membuat kerjanya seperti biasa. Rasa bahagia pula hati ini. Dimana Adam sekarang? Dah kahwin ke belum? Ke merajuk? Hmph ..
*Bab 15 done. Bab ni panjang melebih pula. Sorrylah sebab lambat update. Sibuk dengan hw. Saya tak tulis mereputs tu sebab kata kawan saya asal mereput tu ada s? So, i decided that i won't put it. Satu lagi saya bakal publishkan satu lagi cerita tajuk dia Mr. Steward vs Ms. Pilot. Bila saya dah publish, kang saya bagi tau ea? Hehe. Lastly, thanks for reading and vote! Lupp ya!
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...