Bab 6

398 13 0
                                    

Selepas Datuk Zakaria dan Datin Safa balik, Ara terus naik ke bilik tanpa berkata apa-apa. Ara mahu meluahkan isi hatinya kepada seseorang. Rasa terbeban pula hati ini. Rasa nak buang perasaan ini jauh. Ara pun mengambil keputusan untuk berjumpa dengan sahabatnya iaitu Julia. Ya, dia ingin meluahkan segala isi hatinya kepada Julia. Dia ingin memeluk sahabatnya itu supaya rasa hati ini berkurangan.

Dia menunggu Julia di tempat yang selalu mereka berjumpa. Ternampak sahaja Julia terus dia mendapatkan sahabatnya itu. Dia terus menangis dan memeluk Julia. "Hey, kenapa ni?" tanya Julia lembut. "Lia..." hanya itu sahaja Ara mampu balas. Tidak mampu dia berkata apa-apa kerana terlalu sebak. "Hey, kenapa ni? Jom kita duduk dulu." kata Julia. Setelah mereka berdua duduk, Julia menanya lagi, bukan apa, Ara merupakan seorang yang ceria. Tiba-tiba sahaja dia sedih seperti begini. "Ara, cakap dengan aku. Kenapa kau? Siapa kasi sakit hatimu? Kasi tau." tanya Julia. "Julia, mak dengan bapaku suruh aku kahwin. Aku nda tau apa-apa pun. Tiba-tiba tadi ada sudah orang meminang aku untuk anak diorang. Aku mahu tolak tapi aku takut hubungan keluarga kami jadi keruh. Aku takut mak bapaku marah terlampau dengan aku. Aku takut..." cerita Ara panjang lebar. "Shh.. Ara.. Sudahlah tu menangis. Jadi kau terima?" tanya Julia lembut sambil melepaskan pelukan. "Aku terpaksa." kata Ara. "Ara.. Mungkin jodohmu sudah? Kan selalu orang bilang bercinta selepas kahwin lebih berkat. Sudah disetujui oleh keluarga." nasihat Julia. "Tapi Julia-" belum sempat Ara menyambung ayatnya, Julia memotongnya terlebih dahulu. "Tiada tapinya lagi. Kau anggap ja ini ujian dari Allah. Kan Allah uji hambaNya tanda Dia sayangkan hambaNya? Terima ja lah. Mungkin nanti kau hidup lagi bahagia? Tapi satu aku mau tanya, kau kenal kah bakal lakimu tu?" kata Julia. Ara hanya menggeleng. "Nah lagi bagus." kata Julia lagi. "Apa yang bagusnya disitu? Mana tau laki ku tu nanti jahat?" kata Ara. "Ish kau ni. Situ pula kau pikir. Percayalah cakap ku. You will be happy." kata Julia. "Okay, aku pegang cakap mu. Anyway thanks for becoming my true listener." kata Ara sambil tersenyum. "You're welcome. Nah, begini Ara yang aku kenal. Yang selalu senyum." kata Julia. "Haha, thanks again Lia." kata Ara. Sungguh dia rasa tenang apabila dia dapat meluahkan segala isi hatinya. "Beginilah. Aku tau apa lagi kasi sejuk hatimu. Jom kita pigi makan!" kata Julia. "Haha, boleh bah. Yang penting kau belanja." kata Ara. "Boleh saja kalau kau." jawab Julia. Kemudian mereka pergi makan dan berjalan-jalan sekitar bandar. Pergi menenangkan hatilah katakan. Mereka berjalan-jalan di bandar sampailah pukul 5 petang. Dah limit diorang untuk berjalan.

❤❤❤❤❤❤❤

Sesampainya Ara di rumah, Ara terus masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa. Dia malas untuk berkata apa-apa. Datin Auni risau melihat anaknya yang satu itu. Selalunya lepas dia balik dari jalan, dia pasti ke tempat ibunya. Kali ini tidak. Datin Auni mengambil keputusan untuk memujuk anaknya. Dia pergi ke bilik Ara. Tok!Tok! "Ara.. Buka pintu ni sayang.." panggil ibunya lembut. Ara hanya membuka pintu dan terus duduk di atas katil. "Ara, kenapa ni?" tanya ibunya lembut. Tapi Ara hanya menggeleng. "Ara, kau marah mama sama bapa kah? Sebab kami kasi pinang kau?" kata ibunya. Ara hanya diam membisu. Bukan apa, malas dia mahu menjawab. Nanti kang lain jadinya. "Ara, kalau kau nda mau, mama pujuk bapamu supaya cancel." kata ibunya sambil berdiri. Sebelum ibunya keluar dari bilik itu, Ara memanggilnya, "Mak, jangan. Biarlah. Mana tau ini jodoh Ara sudah. Mungkin sudah tiba masanya Ara kahwin? Biarlah mak. Ara redha. Ara nda mau gara-gara Ara nda terima hubungan persahabatan kamu jadi keruh." kata Ara panjang lebar. "Betul ni?" kata ibunya. Ibunya bagaikan tidak percaya. Anaknya yang manja ini mempunyai fikiran yang matang. Ara hanya mengangguk. "Terima kasih Ara." kata ibunya. "Tapi dengan satu syarat." kata Ara. "Apa dia?" tanya ibunya. "Ara nda mau jumpa dengan bakal laki Ara tu sampailah kami kahwin." kata Ara. "Baiklah. Kalau itu yang kau mau. Terima kasih Ara." kata ibunya sambil memeluk Ara.

Ibunya turun ke ruang tamu dengan perasaan yang gembira. Hairan suaminya melihat isterinya begitu gembira. "Kenapa kau ni Auni? Senyum senyum." kata Datuk Imran. "Ara terimalah pinangan keluarga Datuk Zakaria. Tapi ada syaratnya." kata Datin Auni. "Oh iyakah? Apalah syaratnya?" kata Datuk Imran. "Syaratnya dia tidak mahu berjumpa dengan bakal lakinya sampailah di nikah nanti." kata Datin Auni. "Kalau begitu, bagus kita suruh saja diorang cepatkan nikah ni." kata Datuk Imran.

Di bilik Ara pula, setelah Ara mandi dan solat, Ara melihat phonenya. Kot-kot ada notification ke? Ara melihat satu notification dari Faris.

Ara.:(:( - Faris

Dear, dear kat mana ni? -Faris

Dear, kalau dah baca ni tolong call abang. Ada benda nak bagi tau ni. - Faris

Setelah membaca notification tersebut, Ara terus call Faris. Faris ni dah kenapa. Tiba-tiba pula macam ni. Penting sangat ke nak bagi tahu aku?

Helo. Assalamualaikum Abang Ris. -Ara

'Waalaikumsalam Ara.' -Faris

Kenapa Abang Ris? Kata mau kasi tau satu benda? Apalah? -Ara

'Papa dengan mama abang.' -Faris

Kenapa? -Ara

'Diorang dah pinang anak kawan diorang untuk abang.' -Faris

Oh. -Ara

'Kenapa ni dear? Macam takde mood je. Cerita dengan abang. Kenapa ni?' -Faris

Ara pun sama. Ada orang datang meminang tadi. Ara terpaksalah terima. Ara belum sedia lagi. Tapi Ara redha. Mungkin jodoh Ara. Abang patut terima. Mungkin jodoh abang. -Ara

'Betul ke ni dear? Tapi abang tak naklah.' -Faris

Terimalah. Daripada abang single ja. Bagus kahwin terus. Nah lepas ni, abang nda boleh panggil Ara dear lagi. Sebab abang sudah kahwin. Ara pun sama. - Ara
'Apa pula tak boleh. Ara tetap dear abang sampai bila-bila.' -Faris

Suka abanglah. Jangan sampai bini abang tu nanti cari dear abang ni. Habis Ara. -Ara

... dan mereka bersembang lagi sampai tengah malam. Mereka berdua tidak tahu yang mereka berdualah akan berkahwin nanti. Dengan Ara yang tidak tahu bos dia Faris tu siapa, tambah lagi dengan siapa dia dikahwinkan. Dah macam mangsa keadaan pula dia ni aku tengok. Tapi suatu hari nanti, dia pasti akan kecapi kebahagian.

*Bab 6 done! Saya rasa macam ayat saya berteraburlah kat bab ni. Tapi, kalau ada tak faham tu komen la yea? Anyway thanks for reading and vote. Love you!

Gadis UnikWhere stories live. Discover now