Keesokan paginya, Faris pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. Ara pula sama juga tetap mereputs dalam rumahnya sendiri.
"Hai Encik Faris." tegur Sofia. "Oh hai Sofia." jawab Faris sebelum dia masuk ke dalam pejabat. "Encik, ada orang nak jumpa dengan encik." beritahu Sofia. "Oh. Suruh dia masuklah." Faris masuk ke dalam pejabat dan menghidupkan komputernya. Pintu dikuak. Seorang wanita masuk ke dalam pejabat Faris. Faris melihat wanita itu, wanita itu adalah .... .
******
Ara melakukan kerja hariannya seperti biasa. Ketika dia menyusun pasu kaca yang berada di meja, telefonnya berdering. Dilihatnya skrin telefonnya.
Adam
Adam? Kenapa dia telefon aku ni? Rasa takut pun ada. Angkat je lah.
'Assalamualaikum Ara.'
Waalaikumsalam. jawab Ara pendek.
'Are you still mad at me?'
No.
'Please Ara. I didn't know your status at that time.'
Entahlah Adam. Sekarang aku pun rasa takut kalau kau telefon aku.
'No! Please don't! suara Adam sedikit terjerit di corong telefon.
'Tolonglah Ara. I'm begging to you. Please don't stay mad at me. Can we still be friend?' suara Adam seperti terdesak untuk memohon maaf.Let me think first. Bye. Assalamualaikum.
OFF
Ara mematikan telefonnya. Mungkin ia seperti hal yang remeh sahaja, tetapi bagi Ara ia hal yang sangat besar kerana lelaki itu sanggup menunggunya sampai saat ini. Dia sanggup menolak perempuan lain semata-mata untuk dirinya. Sanggup membujang untuk menunggu dirinya sahaja. Ya Allah, apakah semua ini? Kau temukanlah dia dengan jodoh yang selayaknya.
Ara kembali menyambung kerjanya dengan hati yang masih rasa bersalah. Sampaikan makan tengahari dia tidak lalu untuk makan. Hinggalah ke petang. Dia hanya duduk di ruang tamu menonton televisien sambil makan sneknya. Kerja yang dilakukan dalam rumah tu macam bangun, makan, solat, tidur. Macam tu je. Takde lain dah.
Ara terdengar deruman kereta Faris di depan rumah. Yes! Laki aku dah balik. Eh? Kenapa aku excited sangat ni? Hehe.
Faris masuk ke dalam rumah dengan muka yang murung. Ini kerana kejadian siang tadi.
Flashback
Pintu dikuak. Faris mendongak. "Hai Faris. Lama tak jumpa." tegur perempuan itu sambil duduk di kerusi yang berada di hadapan meja Faris. "Elina, apa yang you buat kat sini?" tanya Faris sedikit geram. Elina merupakan bekas kekasih Faris semasa di universiti dahulu. Dia sangat sayangkan wanita itu sehinggakan sebelum dia datang ke Sabah, dia bergaduh dengan ayahnya kerana dia tidak mahu tinggalkan Elina. Apabila satu malam, rakan baik Faris membawa Faris ke suatu tempat. Dia melihat Elina bermesraan dengan seorang lelaki. Hancur hati Faris ketika itu. Disaat itulah dia membuat keputusan untuk berpindah ke Sabah. "I datang sini sebab I nak minta maaf dekat you. I tahu tak sepatutnya I buat macam tu dekat you. I want to getback, can sayang? Because I still love you." kata Elina sambil mencapai tangan Faris yang berada di atas meja. "Getback? Love? You fikir I ni mainan ke? I sayang you sampai I bergaduh dengan papa I sebab you, lepastu you? Menggatal dengan jantan lain." Faris menarik tangannya. "I'm sorry. I menyesal sangat-sangat." mata Elina berair. Faris tidak langsung mempedulikan wanita itu. "Just go home! I have wife. Better than you,.. I mean, more better than you. Now, get out from my office!" jerit Faris. Sempat lagi dia menyindir wanita itu. Elina pun berdiri, "Just wait Faris. I will do anything to make you regret with your behaviour." kata Elina sambil keluar dari pejabat Faris.END OF FLASHBACK
"Abang ok tak ni?" tanya Ara risau. Selalunya ceria je. "Hmm." Faris hanya senyum. Ara tahu mesti ada sesuatu. Mesti ada udang sebalik mi ni. "Abang bagi tahulah Ara. Ara tahu abang tak okay." kata Ara sambil memleluk tangan Faris dan mengikutnya ke bilik mereka. "I'm hungry. Can you cook for me?" Faris menghadap Ara dan memegang muka Ara. "Alaa, abang tu sengaja. Ish, merajuklah." kata Ara sambil memuncungkan bibirnya. Ada sahaja benda yang Ara buat untuk gembirakan Faris. Tapi, Faris takut ceritakan benda tu dalam masa yang sama Ara patut tahu supaya dia tidak salah sangka nanti.
"Merajuk ke sayang kita ni?" Faris mencubit pipi Ara. "Adui, sakitnya. Tahulah tangan tu besar, tak payahlah cubit." kata Ara sambil mengusap pipinya yang dicubit oleh Faris tadi. "Tahu sakit." kata Faris sambil membuka butang lengan kemejanya. "Tengok? Abang dah okay. Bukan macam tadi tu. Muka lembik." Ara duduk di tepi katil. Faris pun ikut duduk di situ.
"Sekarang, cerita dengan Ara. Kenapa tadi tu?" kata Ara sambil membetulkan duduknya menghadap Faris. Sekarang Ara sudah berani untuk bermanja dengan Faris. Ara pun tidak tahu kenapa. Apabila dengan Faris sahaja, asyik nak manja je.
Faris mengeluh panjang. "Betul ni sayang nak tahu? Tapi abang takut nanti sayang marah." kata Faris tunduk. "Ceritalah. InsyaAllah Ara tak marah punya. Lagipun tak baik tau simpan rahsia." kata Ara.
"Baiklah. Begini ceritanya, tadi masa di ofis, Elina datang. Elina tu dulu sebenarnya bekas kekasih abang..." Ara hanya mengangguk. "...tapi tu dulu. Abang sayang dia sangat sampaikan abang bergaduh dengan papa sebelum datang ke sini. Tapi, ada satu malam tu, bestfriend abang bawa abang ke satu tempat. Mulanya abang tak mahu, dia kata benda penting, jadi abang ikutlah. Sampai je tempat tu, restoran kalau tak silap, Elina bermesraan dengan lelaki lain. Hancurnya hati abang pada masa tu. Masa tu jugalah abang dah putus asa dengan dia. Patutlah selama tu dia asyik nak mengelak je, rupanya ada lelaki lain." cerita Faris panjang. Ara pula hanya mendengar.
"Jadi dia datang tadi buat apa?" tanya Ara. Ara cuba untuk bertenang lagipun itu kisah silam. Tak kisahlah. Hmph. "Dia datang tadi tu sebab dia kata dia nak getback konon." kata Faris.
"Abang terima?" tanya Ara. Soalan yang menyakitkan hati sendiri. "Of course not! I already have you. Kenapa pula abang nak terima?" kata Faris sedikit terkejut dengan soalan Ara itu. "Mana tahu. Kan bekas kekasih? Mana tahu ada rasa sayang lagi." kata Ara sambil menghadapkan mukanya ke arah lain. Faris menghadapkan muka Ara ke tempatnya. "Kan abang kata tadi, rasa tu hilang lepas nampak dia dengan lelaki lain. And I already have someone that I fall in love with." kata Faris tersenyum. Ceh, ayat! Nak bagi gugur jantung akulah tu. "Cam tak caya je..." kata Ara sambil mengalihkan lagi pandangannya. Faris sekali lagi menarik muka Ara lalu didekatkannya mukanya kepada Ara. Terkejut Ara dibuatnya. Ara cuba mengundurkan kepalanya ke belakang sikit kerana Faris ni tak boleh percaya sangat kalau dah muka dekat muka ni. Cupp! Kan dah kena ragut? "Sekarang, dah percaya?" kata Faris sambil meluruskan dudukannya. "Kan? Ara sudah agak. Mesti kalau muka tu dekat muka Ara, lain jadinya." kata Ara menunjuk muka Faris."Sayang suka ke? Kalau nak lagi... abang on je." gelak Faris. "Ish abang ni. Suka betul kenakan Ara. Lagipun, you're my priority." kata Ara. Eh? Kenapa keluar ayat tu? Alaa, mesti dia ter'faham' benda tu. Hailaa.
"Really? Can I ask for that 'thing' tonight?" tanya Faris. Habislah kau Ara. Dia dah minta benda tu.
"What kind of thing?" tanya Ara pura-pura tidak faham.
"You will know later. Now, I want to eat please?" tanya Faris sedikit manja."Iyalah." jawab Ara lalu dia turun ke bawah untuk masak.
*Bab 14 done! Sorry sebab lambat update. Sebab sekarang ni sibuk dengan assignment. Ni pun curi-curi buat masa takde kerja. Haha. Anyway thanks for reading and vote! Luv ya!

YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...