Selepas mereka berdua makan malam itu, Ara mengajak Faris untuk menonton Running Man. Lagipun esok cuti, bolehlah. Faris pada awalnya malas, tetapi Ara memujuknya. Terpaksa ikut jelah. Sayang binilah katakan. Itulah Ara mengajak Faris menonton, sebab rancangan tersebut ditayangkan pada tengah malam. Takutlah nak tengok seorang diri. Dahlah rumah besar.
Oleh sebab juga rancangan tersebut main pada tengah malam, Faris memberi idea untuk tidur di ruang tamu. Ara pun apa lagi, ikutkan jelah. Yang penting, Running Man aku dapat tengok. Haha.Sebelum rancangan itu bermula, Faris mengambil tilam tipis dan dihamparkannya di ruang tamu. Ara pula mengambil bantal dan selimut untuk mereka berdua. Selepas meletakkan bantal, Ara pergi ke dapur untuk mengambil snek dan air untuk mereka berdua lalu dia menutup lampu. Terkejut Faris dibuatnya, "Sayang! Kenapa tutup lampu?" kata Faris. "Jimat elektriklah. Haha" gurau Ara sambil duduk di sebelah Faris.
Tunggu punya tunggu, akhirnya Running Man pun main di kaca tv. Rancangan itu dimulakan dengan kemunculan artis jemputan, iaitu Kim Woo Bin. Apa lagi Ara, terjeritlah dibuatnya. "Kim Woo Binlah guest dia! Yeay!" jerit Ara. Faris pula hanya melihat gelagat Ara itu. "Hensem sangat ke? Bin? Kim? Entah apalah nama dia tu." kata Faris tiba-tiba. "Nama dia Kim Woo Binlah. Kim-Woo-Bin." satu-satu disebutnya nama artis Korea itu. Dilihatnya wajah Faris lalu diletakkannya dagunya di atas bahu Faris. "Are you jealous?" kata Ara. Faris pula hanya memandangnya. "What are you think about it?" kata Faris lalu dilarikan matanya ke kaca tv. "You seems to be. Why are you jealous?" kata Ara. Dagunya masih lagi dibahu Faris. Tangannya pula memeluk lengan Faris. Kot-kot merajuk, kita pujuklah secepat mungkin. Ye dak? Haha. "Because my wife adore someone else. Rather than me." nada Faris sedikit merundum. Sebenarnya Faris hanya mengujinya kalau betul Ara sudah sayangkan dirinya. Setakat ni, berjalan lancar. Well done!
"No! I'm not! Ara minat dia sebab dia pandai berlakon. Itu ja. Lagipun abang husband Ara. Mana boleh Ara suka orang lain." kata Ara dan dia kemudiannya kembali duduk seperti biasa. Eleh, tu pun nak jeles.Mereka menonton Running Man sambil tergelak sakan. Faris yang awalnya konon ego, tergelak juga bukan pasal Running Man tetapi gara-gara ketawa Ara yang kuat. Ara tergelak kerana permainan yang dimainkan oleh ahli Running Man iaitu Permainan Lawan Mata. Siapa yang terkelip mata dikira kalah. Yang membuatkan Faris ikut tergelak sekali kerana Yoo Jaesuk yang siap melukis mukanya dan melekatkan tape di hidungnya.
Ara terkejut mendengar ketawa Faris. Baru pertama kali dia melihat Faris tergelak sakan. Habis sahaja mereka berketawa, Ara terus berkata kepada Faris, "Wah, gelak sakan nampak. Tadi kata tak nak tengok, ni sekarang ni? Apa jadi?" kata Ara. "Tak tahu pula Running Man ni best macam ni. Thanks sebab ajak abang tonton." kata Faris. Hmm, tulah ego sangat. Tengok dah enjoy? Haha.Permainan seterusnya ialah mencari tempat terletaknya buku berharga. Dalam seronok menonton, Faris terkejut rupanya Ara sudah terlena di bahunya. Dia ni tidur pun tak adjust. Faris berhati-hati meletakkan kepala Ara di lengannya dan kemudiannya dia ikut berbaring sambil menonton Running Man yang sebentar lagi habis.
Setelah habis Running Man, Faris terus menutup tv dengan menggunakan alat kawalan jauh. Nasiblah alat kawalan jauh tu dekat dengannya. Hmm, belum mengantuk lagi rasanya. Faris meneliti wajah Ara yang sedang lena di lengannya. Patutlah mamat Adam tu sanggup tunggu sampai saat ini. Wajah Ara yang halus mulus itu disentuhnya dengan penuh kasih dan rasa bersyukur kerana dijodohkan dengan orang yang secantik dan sebaik Ara ini. Khusyuk menatap muka Ara, tiba-tiba Ara bergerak dan memeluk pinggangnya. Mungkin Ara sangka itu bantal peluknya. Lalu Faris pun tertidur dengan Ara yang memeluknya.********
Sayup-sayup azan subuh kedengaran. Ara yang dalam keadaan mamai menggagahkan matanya untuk terbuka. Dia merasakan nafas seseorang di mukanya. Setelah dia dapat membuka matanya, dia terkejut kerana dia berada dia di atas lengan Faris dan tangan Faris yang sebelah berada di pinggangnya. Dia tidak lagi mengambil tindakan melulunya tapi sebaliknya mengejutkan Faris dengan perlahan. "Abang.. Bangunlah.. Solat subuh." kata Ara sambil menggoyangkan badan Faris. "Alaa, jap lagilah. 5 minit." Faris mengemaskan lagi pelukannya. Ara yang tadinya cuba untuk bangun terbaring kembali. "Hmm, tiada lima minitnya. Nanti terlepas subuh. Bangunlah!" kata Ara sambil cuba mengangkat tangan Faris. "Kiss me first." terbuntang mata Ara mendengar permintaan Faris itu. Sebelum ni tak pernah pula keluar ayat macam ini. "Tak payah mengada. Bangun! Cepatlah!" kata Ara sambil mencuba lagi mengangkat tangan Faris. "No, I won't. Do what I ask first." kata Faris sambil tersenyum-senyum. Ara melihat jam di dinding, subuh aku! "Abang bangunlah cepat! Habis nanti subuh!" kata Ara sambil menggoyangkan badan Faris dengan kuat. Faris masih lagi menutup matanya tidak mahu bangun. "Okaylah! Tapi nanti! Sekarang solat dulu! Ya Allah!" tekanan Ara dibuatnya. Mengada pula dia awal pagi ni! Faris pula yang tadinya konon tidur terus bangun. "Betul ni?" kata Faris. Ara tidak mengendahkan sebaliknya dia naik ke bilik untuk mengambil air wudhu.
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomansaAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...