Setelah beberapa bulan bergelar isteri orang, Ara terasa rindu kepada sahabat-sahabatnya. Dia ingin telefon Julia tapi Julia ada di Korea. Dapat tawaran jadi juruterbang untuk syarikat penerbangan Asiana katanya. Untunglah dapat pergi Korea. Aku pun nak gi Korea juga. Nak jumpa Kim Woo Bin. Haha. Effa dan Asni pula sibuk. Sebab mereka berdua buka kedai bakeri. Nama kedai tu Asfa Bakery. Nama kedai tu sempena nama mereka berdua. Ara? Hanya duduk di rumah. Ara mahu bekerja tapi Faris larang. Entah siapalah jadi P.A dia.
Dahlah rumah besar, mereputsslah jadinya.Tapi tak sangatlah mereputsnya tu. Lagipun ada Adam yang selalu telefon dia untuk bertanyakan khabar dan teman setianya iaitu snek dan drama korea. Tengah syok melayan drama korea, tiba-tiba ada panggilan masuk. Dilihatnya skrin telefonnya.
Adam
Adam? Mimpi apa telefon aku? Selalunya chat je. Angkat jelah.
'Helo. Assalamualaikum Ara.'
Waalaikumsalam. Ya, Adam? Kenapa?
'Sibuk tak?'
Sibuk jugalah.
Sibuklah sangat. Mereput setengah mati ni. Sibuk? Memang taklah.'Oh yeke? I was thinking maybe? Have a cup of a coffee? With me? At cafe?'
Okay, but just a moment.
'Sure. Bye see you! Assalamualaikum.'
Waalaikumsalam.
Selepas mematikan telefon, dia pula menelefon Faris.
Helo. Assalamualaikum abang.
'Waalaikumsalam. Ada apa hal telefon abang ni? Rindu ke? Hehe.'
Gila tak? Eh? Ish, apalah. Ara mahu minta izin ni. Ara mahu keluar sekejap dengan kawan. Boleh?
'Sure sayang. Kawan lelaki ke pompuan?'
Kawan lelaki. Boleh?
'Lelaki?!' - suara Faris didengarnya seperti terkejut. Aih? Jeles ke?
Wui. Teriak pula. Ya. Kenapa?
'Kawan lelaki?'
Ya. Ara pergi kejap ja. Dia bawa Ara pergi cafe. Lagipun, Ara sudah reput ni duduk dalam rumah. Boleh?
'Betul ni kejap je? Kawan special ke?'
Eh! Mengarut. Classmate Ara lah. Lagipun abangkan husband Ara? -Eh? Apa aku cakap ni? Mati ah aku.
'Apa dia?'
Hah? Tiadalah. Bolehkah ni? - Nasib pekak kau datang time ni. Fuhh...
'Bolehlah sayang. Tapi kejap je tau?'
Okay. Thanks abang. Assalamualaikum.
'Waalaikumsalam.'
Selepas Ara mematikan telefon, Ara terus naik ke bilik untuk bersiap. Pakaiannya hanya ringkas sahaja iaitu baju long sleeve berwarna hitam dan putih susu, jeans hitam dan shawl berwarna hitam. Dia keluar tanpa memakai make up hanya lip balm sahaja. Keluar kejap je. Buat apa nak cantik sangat.
Ara membawa kenderaannya ke tempat Adam mahu berjumpa. Dilihatnya Adam sudah tunggu disitu. Apo ke he nye nak jumpo ni? Hehe.
"Assalamualaikum." kata Ara. Sambil menarik kerusi untuk dia duduk. "Waalaikumsalam, Ara. Thanks for coming." kata Adam. "You're welcome. Lagipun aku mereput di rumah. Ngamlah kau bawa aku keluar ni." kata Ara. "Haha. Mereput? Perangai kau memang tak ubahlah." kata Adam sambil tergelak kecil. But, you're even look more beautiful now. Perasaan itu hanya mampu diungkapkan dalam hatinya sahaja. Kalaulah kau tahu Ara. "Mestilah. Still the same. Kenapa kau nak jumpa aku ni?" tanya Ara. "Hah? Oh. Sebenarnya aku nak jumpa kau ni sebab ada benda aku nak bagitahu kat kau. Lama dah aku nak cakap benda ni. Tapi aku takut kau marah." kata Adam panjang. Mereka yang tadinya bergelak kini berubah menjadi serius. "Macam mana aku nak marah kalau aku nda tahu? Kau ni pun.." kata Ara sambil menghirup iced caramel macchiato nya. "Okay, boleh tak.. boleh tak.." kata Adam teragak-agak. "Boleh apa? Cakaplah." kata Ara. Hailaa. Aku mesti beranikan diri cakap benda ni. Dah lama aku cari kau untuk cakap benda ni. "Boleh tak awak jadi peneman hidup saya?" perkataan kau-aku diubahnya menjadi awak-saya. Akhirnya sampai juga niat aku untuk cakap ni semua. Berat wo. Terkedu Ara dibuatnya. Peneman hidup? Aku ada laki woi! "I'm sorry Adam. But, I've married. I'm sorry." kata Ara sambil berdiri. Baru sahaja dia ingin berganjak dari situ, Adam menghalangnya. "Ara tunggu. Takpe. Aku boleh cari orang lain. But, can we still be friend?" kata Adam yang kedengaran seperti putus harapan. Tetapi Ara terus berganjak dari situ. Bukan kerana ego, tapi mustahillah kata tak suka tapi ajak kahwin. Ara takut untuk berhubung dengan Adam kerana hal ini.Ara pulang ke rumah dengan perasaan bercampur baur. Ya Allah, kenapa dengan hati ini? Semasa dia ingin meletak kereta di halaman rumah, dilihatnya kereta Faris ada di situ. Oh, dah balik rupanya.
"Assalamualaikum." kata Ara sambil masuk ke dalam rumah. "Waalaikumsalam." jawab Faris yang sayup-sayup kedengaran. Dilihatnya di ruang tamu, rupanya Faris berbaring di sofa. Penat sangat ke? "Sayang baru balik?" kata Faris. "Hmm." kata Ara dan terus naik ke bilik. Selalunya Ara akan bergurau dengan Faris jika dia ditanya baru balik. Kali ini tidak. Faris yang tadinya berbaring di sofa terus duduk. Eih? Kenapa dengan bini aku ni? Pening Faris dibuatnya. (Tu pun nak pening. Haha)
Dengan rasa tidak puas hati, Faris mengambil keputusan untuk tanya Ara sendiri. Sehingga penatnya sendiri pun lupa. Bini aku tu do.
Dia masuk ke bilik dilihatnya Ara tengah melipat telekungnya kerana baru habis solat. Ara memandang Faris sekejap kemudian dia meletakkan telekung di ampaian. "Sayang ok tak ni?" Faris memulakan perbualan sambil duduk di tepi katil. "Ok." kata Ara yang hanya berdiri di tepi ampaian. Sebenarnya apabila dia berdua dengan Faris, jantungnya mula tidak keruan. Rasa nak tercabut pun ada. "Kenapa berdiri kat situ? Datang dekat sikitlah." kata Faris sambil menghulurkan tangannya. Ara hanya mengikut apa yang dikatakan oleh Faris. Tetapi dia hanya berdiri di birai katil. Tersenyum Faris dibuatnya. "Kenapa berdiri kat situ? Sinilah." kata Faris sambil menarik tangan Ara supaya berdiri dekat dengan dia. Ish dia ni. Apa dia nak buat dengan aku ni? Ara berdiri betul-betul dihadapan Faris. Tingginya sama dengan tinggi Faris yang tengah duduk di katil. Ara langsung tidak melihat muka Faris. Matanya dilarikan ke tempat lain. "Sayang, kalau abang tengah cakap, boleh tengok mata abang tak?" kata Faris yang memegang kedua-dua tangan Ara. Ara pun melihat muka Faris. Nak sangatkan aku tengok? Nah, tembus kepala kau aku tengok. Haha. Jahatnya. "Janganlah tengok camtu. Nanti .. hah." kata Faris menakut-nakutkan Ara. Ara hanya tersenyum. Tapi gurauan itu langsung tidak kena di hatinya berbanding apa yang dicakap oleh Adam. Faris pula semakin risau dengan sikap Ara itu. Kenapa dengan dia ni.
Faris mengambil langkah seterusnya. Dia letakkan tangan Ara di bahunya dan dia pautkan tangannya dipinggang Ara. Dia tahu saat ini Ara pasti gelabah. "Kenapa ni? Cerita dengan abang." kata Faris. "Kalau Ara cerita dengan abang mesti abang marah." kata Ara. "Macam mana abang nak marah kalau tak tahu?" kata Faris. "Is it about your guy friend that you've just met?" kata Faris lagi. Ara hanya mengangguk. Seperti tahu-tahu sahaja dia apa yang Ara hendak katakan. "Dia nak Ara jadi..." panjang pula jadinya. "Dia nak Ara jadi isteri dia?" kata Faris. Memang sudah dia agak. Tapi dia tidak marah. Tipulah kalau orang kata dia tidak cantik. Siapa sahaja yang melihat Ara pasti akan melihatnya lagi buat kali kedua. Faris tahu kawan Ara sama ada lelaki atau perempuan dilayannya sama rata. "Jadi nda marahlah ni?" tanya Ara sambil mengalihkan tangannya dari bahu ke lengan Faris. "Apa yang Ara jawab?" dia tidak menjawab persoalan Ara tetapi dia menyoal Ara kembali. "Ara cakaplah yang Ara dah kahwin. Tapi dia kata dia nak jadi kawan Ara." kata Ara. "Oh." jawab Faris sambil mengalihkan tangannya dari pinggang Ara. Itu sahaja dijawabnya. Pura-pura dia berasa marah. Padahal saja je tu. "Abang marahkan?" tanya Ara. "What do you think about it?" kata Faris yang kininya berdiri. Mendongak Ara melihat muka Faris. "I think you are angry right now." kata Ara sambil tunduk. Faris mengangkat muka Ara. "Nampak muka abang marah ke?" kata Faris sambil memegang dagu Ara. Ara hanya menggeleng. "Mestilah tak. Sayang bukannya tahu pun dia nak cakap macam tu. Lagipun sayang dah tolakkan? Buat apa nak risau lagi?" kata Faris. "Betul ni?" tanya Ara. "Betullah." Kemudian dipeluknya Faris dengan erat. Tingginya hanya sampai di dada Faris. Dilekapnya telinganya di dada Faris. Dia dengar bunyi jantung Faris yang berdegup laju yang sama sepertinya. Faris yang terkejut dengan tindakan Ara itu membalas pelukannya. Hanyut Ara mendengar bunyi jantung Faris itu. "Ni nak peluk je ke? Tak nak makan ke? Abang on je ni. Haha." kata Faris. Ara melonggarkan pelukan mereka tetapi dia ditarik oleh Faris kembali. Ara pula mendongak melihat Faris kerana dia terkejut dengan tindakan Faris itu. Dah berbulan kahwin pun masih nak takut. "Abang tahu kalau abang cakap cam tu dekat sayang mesti sayang nak lari. But now, you'll not run anymore." kata Faris dalam nada perlahan. Gulp! Apa ni? Nak goda aku ke? "Don't too shock sayang. Now, can you cook for me? I'm starving." bisik Faris. Rupanya nak kenakan aku. Kuang asam punya laki. "Lapar ke abang kita ni? Aloloo, ciannye. Meh kita masakkan eh?" kata Ara mengejek. Terus dia meninggalkan Faris disitu. Faris pula hanya tersenyum melihat gelagat Ara itu. Ara, Ara comel! Tapi dia masih belum sedia lagi. Takpe Faris! Dia dah sayang kau. Tapi tanggungjawab yang satu itu sahaja dia belum sedia. Hanya bersabar sahaja. Nanti suatu saat nanti Allah akan bukakan hatinya untuk Faris.*Dah sampai bab 11 ! Mungkin cerita ni akan tamat dalam bab 20. Hukhuk. Sebab saya sibuk masa sekolah ni. Anyway thanks reading and keep voting! Luv ya! Haha.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...