Bab 10

409 10 2
                                    

Sesampainya mereka berdua di rumah, Ara terus menyusun barang yang mereka baru beli. Faris pula terus landing di sofa. Apa taknya, dia yang angkat semua barang. Ara hanya mengangkat plastik yang berisi sneknya sahaja. Bukan dia tidak mahu tolong, tapi Faris menghalangnya. Ara malas untuk berdebat jadi dia ambil keputusan untuk bawa snek dia sahaja.

"Abang mau air? Ara buatkan." tanya Ara. "Nak." jawab Faris. Ara kemudiannya mengambil jus oren di peti sejuk dan dia berikan kepada Faris. "Nah. Ara mau kemas barang dapur tu dulu." kata Ara. Faris hanya mengangguk. Penat betul laki aku ni. Hailaa. Setelah beredar dari situ, Ara pergi ke bilik untuk membuka shawlnya. Berpeluh aku do. Dia menukar bajunya. Baju yang khas dipakai dalam rumah.

Dia kemudiannya menyusun barang. Barang basah diletakkan dalam peti sejuk; ikan dan ayam disimpan dalam freezer manakala sayur dan buah disimpan dibahagian bawah. Masa dia sibuk menyusun barang basah ke dalam peti sejuk, Faris pula masuk ke dapur. Nak tolong katanya. "Tak payahlah. Kan abang penat bawa barang?" kata Ara sambil memasukkan barang yang terakhir ke dalam peti sejuk dan menutupnya. "Biarlah tak penat pun. Lagipun bosan pula duduk kat depan tu sorang-sorang." kata Faris. "Suka hati abanglah." kata Ara. "Tinggi pula kabinet ni." kata Ara. Dia menjengketkan kakinya untuk menyusun barang-barang di dalam kabinet. Faris pula melihat telatah isterinya itu. Tersenyum dia dibuatnya. Kemudiannya dia mengambil barang yang ada di tangan Ara lalu dimasukkan ke dalam kabinet. "Tulah siapa suruh tak rajin minum susu masa kecik. Kan dah pendek?" kata Faris mengejek. Ara hanya memuncungkan bibirnya. Tahulah badan macam zirafah. Nak kutuk kita pula. "Tu muncung bibir tu kenapa? Nak abang kiss?" kata Faris. Bila mendengar Faris berkata begitu, dia terus menutup mulutnya dan mengambil sneknya di bahagian kabinet bawah supaya dia senang untuk mengambilnya. Tergelak Faris kerana melihat Ara gelabah. Asal cakap kiss je gelabah. Takut bebenor kena kissnya.

Habis sahaja mereka berdua mengemas, Ara terus mandi dan duduk depan tv. Dia ingin menonton drama korea kegemarannya. Tahap minat Ara terhadap K-pop sampai dia boleh faham dan bercakap Korea sikit-sikit. Ara duduk di tengah ruang tamu supaya dapat feel sikit katanya. Faris hanya mengiakan sahaja. Masa Ara menonton, Faris berasa bosan dan dia kemudiannya masak untuk makan malam. Biarlah Ara tengok drama dia tu.
Semasa cerita tersebut iklan, dia melihat ke belakang Faris tiada di sofa. Tiba-tiba dia mendengar bunyi kuali diketuk. Mesti dia masak ni. Dia kemudiannya masuk ke dapur. Kan betul, dia masak lagi! "Abang! Kan Ara kata biar Ara yang masak. Abang masak juga ni kenapa?" kata Ara separuh marah dan mengambil spatula dari tangan Faris. Eih, marah nampak. Aku masak je pun. Bukannya aku buat benda salah. "Dah. Biar Ara yang buat. Abang pergi duduk luar." kata Ara. "Jadi drama Ara nak tengok tu?" kata Faris yang berdiri dekat di sebelah Ara. "Biarlah." kata Ara. 'Marah betul pula dia aku yang masak. Entah kalau perempuan lain. Mesti lagi suka. Sebab ada orang yang nak masakkan.' desis hati Faris. "Alaa, sayang marah ke?" tanya Faris. Ara hanya menggeleng. Bukan apa, Ara rasa bersalah hampir semua kerja dia nak buat. Nasib cuci kain pakai mesin. Nasib menjemurnya Ara yang buat. Rasa macam tak bertanggungjawab pula. Dahlah aku tak mahu laksanakan tanggungjawab yang satu itu, biarkan pula dia buat kerja. Apa punya binilah.

Faris tidak pergi ke luar seperti yang disuruh oleh Ara sebaliknya dia hanya berdiri di situ. Dia melihat Ara memasak. Masam muka Ara dilihatnya.
"Marah sangat dengan abang ke?" kata Faris sambil memujuk. Ara hanya diam dan membuat kerjanya. Tidak menjadi pujukannya itu. Dia kemudiannya memeluk Ara dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu Ara. "Sayang marah ke?" kata Faris. Ara diam lagi. Kali ini dia siap memasak. Dia lepaskan tangan Faris yang memeluk pinggangnya. Sebenarnya dia bukan merajuk, dia hanya ingin melihat kalau Faris sabar dan tidak putus asa dengan kerenahnya. Sebenarnya sudah lama dia ingin berbuat seperti ini, tapi tiada salah yang pernah dibuat Faris. Jadi bila dia buat salah sikit, bolehlah test dia. Tapi! Drama korea aku dah habiss! Tulah cari pasal! Ego konon nak biarkan.

Ara kemudiannya menghidang makanan di atas meja. Faris pula duduk di kerusi. Risau pula dia Ara tidak bercakap langsung. Drama yang Ara ingin tonton tidak habis ditontonnya. Mereka berdua makan dengan sunyi sekali. Hanya cengkerik sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba Faris memulakan perbualan, "Sayang marah ke?" kata Faris. Ara hanya memandangnya dan kemudian dia larikan pandangannya. Marah sangat ke bini aku ni? "Sayang jangan buat macam ni. Salah ke abang masak?" kata Faris. Faris bagaikan tidak percaya. Takkan gara-gara masak pun nak marah? Hailaa..

Setelah mereka habis makan, Ara terus mengemas meja makan. Faris pula hanya membuntuti Ara ke dapur. Ketika Ara mencuci piring, dia hanya diam. Faris pula hanya melihatnya. "Sayang marah sangat ke? Abang masak je pun. Lagipun abang boring tengok drama korea tu." kata Faris memujuk. "Entahlah." kata Ara sambil mencuci piring yang terakhir dan berlalu ke ruang tamu. Faris pula menggaru kepalanya. Memang begini ke perangai dia? Ke saja nak test aku? Tapi kalau nak test aku, serius betul pula muka dia. Hah! Bagai ada lampu mentol hidup di atas kepala Faris. Dia dapat idea macam mana nak buat Ara cakap balik.

Ara duduk di ruang tamu dan menonton drama korea yang main seterusnya. Kali ini dia siap tutup lampu lagi. TV besar, tutup lampulah. Baru puas tengok. Haha.
Faris pula duduk disebelahnya. Dia pun nak tonton drama korea tu. Entah apa saja yang bestnya pasal korea ni. Tapi sebenarnya dia mahu pujuk Ara. Saja je bagi alasan. "Sayang marah ke?" kata Faris. Entah keberapa kali sudah Faris berkata begitu. Tapi kali ini Faris memeluk pinggang Ara. Ara hanya membiarkannya padahal dalam hatinya mahu saja lari dari situ. Ara melihat muka Faris. Kesian pula aku. Sabar sikit ye? Haha. Faris pula merenung mata Ara lalu direnungnya bibir Ara dan dikucupnya. Terkejut Ara dibuatnya. Dia ni memang tak bagi warning betullah. Lama Faris mengucup bibir Ara. Setelah melepaskan bibir Ara, dia berkata, "Do you still mad at me?" kata Faris. Ara hanya membisu. Matanya yang tadi melihat Faris kini dilarikan ke kaca tv. Pandai kau ye? Siap bagi kiss lagi nak pujuk.. Kali ini pula Faris mengangkat Ara. Teriak Ara dibuatnya. Kali ini dia buang egonya jauh-jauh. Menyesal pula aku buat ni semua. Tengok! "A.. apa abang mau buat ni?" kata Ara berketar-ketar. Terkejut do. "I want to give you something really, really special." kata Faris dalam nada romantik. Takkanlah? "Argh!" teriak Ara. Nyaring suaranya berteriak. Dia ni pun teriak. Nanti orang sangka pula dia ni nak kena rogol. "Janganlah jerit. Abang angkat je pun." kata Faris sambil menurunkan Ara keran tidak tahan mendengar jeritan Ara. "Tulah. Siapa suruh angkat? Kan kena jerit?" kata Ara selamba. "Jadi kenapa sayang marah abang?" kata Faris sambil datang dekat Ara. "Abang nak apa ni?" kata Ara. Matilah aku! Baik aku surrender. "Ok stop!" kata Ara sambil mengangkat tangannya menunjukkan tanda berhenti. Faris pula memeluk tubuhnya. "Bukannya Ara marah, cuma Ara tak suka abang buat kerja rumah. Ara rasa bersalah. Hampir semua benda abang yang buat. Abang tak bagi pun Ara buat kerja. Ara-" belum sempat Ara menghabiskan kata-katanya, Faris meletakkan jari telunjuknya di bibir Ara. "Shh, dah. I like to do those things. Anyway, I like when you care about me. The way you mad, your sulky face. I do all the things because I want to take care of you. I don't want you to get tired, okay sayang?" kata Faris panjang lebar. Speaking lagi. Haiyaa. Nasiblah aku faham. "Tapi, itu tanggungjawab Ara, okay?" kata Ara. "Okaylah. In case you're tired tell me and I'll do it for you." kata Faris. Ara hanya mengangguk. Ya Allah, sayangnya dia kat aku. Tapi aku? Tanggungjawab aku pun aku tak laksanakan. Sayang dia pun tak. Sayang sikitlah. Cinta lagi? I'm not really ready for all that.

*Bab 10 done. Happy new year guys! Lama saya buat bab ni. Tak lama lagi buka sekolah mungkin sibuk sikit. Sebab tahun ni saya SPM. Anyway, thaks for reading and vote! Love you! Annyeong!

Gadis UnikWhere stories live. Discover now