20 bulan kemudian ..
Keluarga Faris dan keluarga Ara menunggu di ruangan menunggu di hadapan bilik bersalin. Hari ini Ara akan melahirkan anak kembar mereka. Faris dan keluarga mereka berdua hanya mampu berdoa sementara Ara bertarung dengan nyawanya.
Setelah beberapa jam kemudian, seorang doktor wanita keluar daripada bilik bersalin tersebut. Faris terus sahaja berlari ke tempat doktor tersebut. "Macam mana doktor?" tanya Faris. Doktor tersebut hanya tersenyum. "Baby kembar selamat dilahirkan dan ibu dia pun, Alhamdulillah selamat. Encik bolehlah masuk." Syukur kepada Allah, isteri dan anak kembarnya masing-masing sihat.
Ara dipindahkan ke wad biasa untuk berehat. Faris pula mengazankan anak-anak mereka berdua. Ara hanya mampu menangis gembira. Ibu mereka berdua pula juga menangis kerana Ara selamat melahirkan cucu mereka.
"Abang nak bagi nama apa?" tanya Ara. Kembar mereka adalah lelaki dan perempuan. "Hmm, kalau yang perempuan nama dia Arisya Farhanah. Kalau lelaki pula, Farouq Ashraff. Macam mana, okey tak?" Faris memandang Ara dan keluarga mereka berdua. "Okey. Cantik nama tu. Arisya Farhanah dan Farouq Ashraff. Satu sayang jaga, satu abang jaga. Amacam adil tak?" sempat lagi Ara bergurau dalam kepenatan. "Abang mana ada susu. Macam mana nak bagi?" Tergelak mereka semua di situ.
Ara terus sahaja tertidur kerana kepenatan. Sungguh sakit dan penat ketika melahirkan anak. Mungkin begitulah ibunya rasa ketika ibunya melahirkannya. Rasa sakit seperti 20 tulang rusuk dipatahkan serentak pada masa yang sama.
Bagaikan faham dengan situasi itu, keluarga mereka terus keluar meninggalkan Faris di situ. Faris melihat Ara begitu penat sekali. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengambil air wudhu dan melakukan solat sunat sebagai tanda syukurnya kepada Allah kerana dikurniakan cahaya mata yang sihat dan isteri yang selamat melahirkan.
Ara membuka matanya dan ternampak kepala Faris di tepinya. Mesti dia penat jaga aku. Diusapnya lembut kepala suaminya itu sehingga suaminya itu terjaga. "Sayang dah bangun?" suara Faris sedikit mamai. Ara hanya tersenyum. Faris berdiri lalu mengucup pipi dan dahi Ara. "Thanks sayang. Thanks for giving birth our children. 3 more to go." Faris masih lagi ingat impiannya itu. "Apalah abang ni. Orang baru habis beranak dah merancang nak 3 lagi." Ara menjeling Faris. Faris pula hanya tergelak. Tamaknya kau Faris.
"Alaa abang main-main jelah. Kalau boleh kembar ni cukuplah. Dah cukup abang terseksa menunggu nasib sayang masa bersalin. Sayang jangan pula nak goda abang, eh? Nanti kang tertambah pula." kata Faris. Siap bagi amaran lagi tu.
"Hish apalah abang ni. Salah orang pula. Sayang juga abang eh?" Faris mencuit hidung Ara. "Sayanglah. Kejap abang panggil keluarga kita dulu." Ara menahan tangan Faris daripada pergi dari situ. "Kenapa sayang?" tanya Faris lembut. "Tiadalah. Baru nak sweet-sweet." Ara mencebikkan bibirnya. Alahai, comelnya mama kembar ni. "Sabarlah sayang sampai rumah. Kita sweet-sweet puas-puas eh?" gurau Faris yang kemudiannya memanggil keluarga mereka.
"Ara, duduk rumah mak ya? Kamu masih ada pantang lagi tu." kata Puan Auni. Risau dengan anaknya ini. "Mak duduk rumah kamilah. Boleh?" Ara memegang tangan ibunya. "Boleh Ara." jawab ibunya pendek.
"Masa Ara berpantang biar mak Ara dengan mama jaga anak kamu ya?" tambah Datin Safa. Prihatin sungguh keluarga mereka berdua terhadap Ara. Maklumlah cucu pertama dalam keluarga. "Mak, abang Aiman mana?" tanya Ara.
Pintu wad dikuak. Rupanya Aiman dan tunangnya datang. Panjang umur. Guess what? Aiman dah bertunang, dah nak kahwin pun. Tunang dia rupanya Julia. Selama ini diushanya si Julia tu. Julia pada awalnya tiada perasaan sebab Aiman merupakan abang sahabatnya. Tapi bila Aiman dah nyatakan perasaannya, Julia juga rupanya mempunyai perasaan yang sama cuma dia sendiri tidak pasti.
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...