Bab 25

509 6 1
                                    

"Honeymoon?"

Faris mengangguk. "Bukan hari tu cakap Ara keguguran? Bukan kena rehat lagi?" tanya Ara. "Sayang fikir sayang tu tidur 2 3 hari je ke?" Faris duduk menghadap muka Ara. Ara menghinjutkan bahunya. "Sayang tu tidur mahu dekat sebulan lebih tau." Ara mengangguk.

Ara berdiri membawa mangkuk mereka berdiri. Faris pula naik ke biliknya dahulu kerana rasa mengantuk selepas makan. Selesai Ara mencuci, Ara terus naik ke biliknya. Ara pun rasa mengantuk dan tidur.

Keesokan paginya, Ara membuka matanya. Dia berasa berada di tempat lain. "Eh? Aku dimana ni? Bilik siapa ni?" Dia terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Dia berasa terkejut dan terus menjerit. "Argh!!" Faris terkejut dengan jeritan itu. Faris berada di situ selepas solat subuh. Dia berbaring di situ kerana terlalu rindukan isterinya itu.
"Sayang, kenapa ni?" Faris memisat-misat matanya. "Sayang? Siapa sayang kau?!" Ara lari daripada tempat pembaringannya. "It's me Faris. Your husband." Faris terbangun dari pembaringannya. Terkejut Faris dibuatnya.

Ara cuba mengingati semuanya. Ya Allah, aku lupa! "Astaghfirullahalazim! Abang! Ara minta ampun! Ara lupa!" Ara terus mendapatkan Faris dan dipegangnya tangan lelaki itu. "Takpe. Abang faham." Faris terus berbaring dan menutup matanya. Ara hairan. Baru je aku teriak dah tidur balik? Mungkin mengantuk sangat kot.

"Honeymoon?" tanya Ara sambil menyandar di kepala katil di sebelah Faris dan menarik comforter hingga ke paras pinggangnya. "Abang nak tidur jap. Kenapa? Sayang excited sangat ke?" Faris tersengih dengan mata yang tertutup. Ara mencubit lengan Faris. "Eee, orang tanya jalah." Ara memeluk tubuhnya. Faris tergelak kecil.

Faris memeluk pinggang Ara dan menariknya supaya lebih dekat. Ara pula terkejut dan terkedu dalam pelukan Faris. Faris meletakkan dagunya di atas bahu Ara. Ara berasa kurang selesa walaupun lelaki itu bergelar suaminya.

"Relax sayang. I miss you so much. I miss hugging you like this. You slept for a long time. During your snow white time, I can't sleep every night because of you." Faris berbisik di telinga Ara. "Snow white hah?" tanya Ara. Faris hanya tersenyum. "Kalau snow white betul-betul, dah lama abang cium bibir sayang tu depan parents kita." Ara tergelak kecil.

Wangian lavender Ara menusuk ke dalam rongga hidung Faris. Kemudian diciumnya pipi Ara. "I thought that you will forget me again. If you were, I think I'll lose my mind, you know." luah Faris. Tiba-tiba jatuh air mata lesu Ara.

Faris terkejut kerana pipi Ara basah. "Hey, kenapa ni? Shh.." Faris menampung badannya dengan sebelah tangan kirinya. Tangan kanannya mengusap lembut pipi Ara.

"Ara minta maaf sangat. Ara langsung tidak ingat siapa abang sebenarnya. Sekarang ni pun Ara cuba biarkan diri Ara untuk terima abang dan cuba ingat abang." Ara memegang tangan Faris yang berada di pipinya. Faris terharu dengan kata-kata Ara itu. Dia cuba terima walaupun Faris baginya hanyalah orang asing yang pernah berkahwin dengannya.

Tiba-tiba, Faris mengucup bibir Ara. "My first kiss since you're sleep." kata Faris. Damn! Ara menggigit bawah bibirnya. "First kiss? Jadi yang cium-cium pipi dahi Ara tu bukan kiss?" tanya Ara. Apalah. Kalau bukan kiss jadi apa? Sentuhan bibir ke pipi? Aiyoo.

"What I mean with that first kiss is kissing your lips, honey." Faris mengusap bibir Ara. Merona merah muka Ara bila Faris berkata begitu. Your lips. Sound so seductive. Bisik hati Ara.

Tanpa Ara sedari, dia hanya memandang Faris. "Why are you looking at me like that?" tanya Faris secara tiba-tiba. Ara tersentak dari lamunannya dan dia menggeleng. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia berasa selesa dan nyaman dengan memandang muka Faris.

Gadis UnikWhere stories live. Discover now