Bab 19

320 5 0
                                    

Ara membuka matanya perlahan-lahan, dia rasa ada sesuatu yang lembap di atas dahinya. Dia merasa dahinya ada tuala yang basah diletakkan. Sakitnya kepala. Dia melihat ke tepi katilnya Faris tengah menunaikan solat, duduk tahiyat akhir. Diperhatikan suaminya itu solat. Sungguh kacak walaupun dari belakang.

Habis sahaja Faris solat, Ara cepat-cepat menutup matanya. Faris pula menghampirinya dan mengucup pipi Ara. Dia kemudian mengambil tuala di dahi Ara dan dia basahkan. Ara membuka matanya. "Kenapa tak bangunkan solat?" tanya Ara dingin. Dia kemudiannya cuba untuk duduk. "Sayang larat ke?" tanya Faris kembali. "Larat tak larat wajib buat. Bukannya orang lumpuh satu badan pun." Ara sendiri rasa bersalah dengan jawapannya itu. Dinginnya aku. Ara bangun perlahan untuk mengambil air wudhu. Ditiliknya jam di dinding bilik itu, pukul 3.40 petang. Zuhurnya sudah tertinggal. Ya Allah, lamanya aku tidur.

Faris memeluk bahu Ara untuk membantunya berdiri dengan lebih stabil. Baru sahaja Ara meminta untuk dilepaskan, tapi Faris menahan terlebih dahulu. "Boleh tak buang keras kepala tu dulu? Kalau jatuh nanti macam mana?" kata Faris sambil memegang tangan Ara dan memeluk bahu Ara. Kali ini dia terpaksa guna kekerasan sedi.......kit(amboi, sikitnya😅 ) supaya Ara tidak keras kepala. Kalau tidak, makin susah lagi nanti. Ara pun terpaksa ikutkan kehendak Faris. Lagipun betullah apa Faris buat, nanti aku juga yang susah.

Habis Ara mengambil air wudhu, Faris hanya menjaganya dari belakang. Kot-kot jatuh ke belakang lagi boleh sambut. Ara menunaikan solat asar dengan bertemankan Faris yang menemaninya.

Habis sahaja solat, Ara terlihat Faris sudah tertidur di katil. Penat nampak? Bukan hari ni cuti ke? Pasal apa pula dia penat? Eh, yang aku peduli ni pasal apa pula? Lantaklah. Ara turun ke bawah untuk membuat kerja rumah. Satu hari dah aku tidur. Ara turun ke bawah semuanya sudah kemas. Dia pergi ke belakang untuk mencuci pakaian, semuanya sudah dijemur pun. Ya Allah, dia ni. Sepatutnya dia rehat, ini tak, licin rumah ni dia bersihkan. Haih, rasa bersalah datang pula.

Dia terus mengambil bahan-bahan untuk masak makan malam, even though it's too early to cook all of that. Takut Faris buat semua lagi. Aku demam je kot, bukan lumpuh. Sayang aku konon, padahal, Allahuallam.

Ketika dia memasak di dapur, Faris pun turun ke bawah apabila dia sedar tiada Ara di bilik tersebut. Kelam kabutnya dia turun melihat ke dapur. "Sayang! Kenapa masak ni? Nanti kalau pengsan lagi? Terbakar nanti? Siapa susah?" Faris merampas spatula dari tangan Ara. Ara pula terkejut dan terkedu di situ. Dia hanya melihat Faris membebelnya. "Orang demam ja lah. Bukannya orang lumpuh pun. Sudah dibuat semua kerja rumah yang lain tu, takkan orang duduk diam sepanjang hari?" Ara tegak berdiri di sebelah Faris, walaupun sakit kepala. Panggilannya terhadap Faris sudah hilang, bukan lagi memanggilnya 'Abang' yang hilang, malah, panggilan namanya pun tiada. "Mestilah kena duduk diam. Orang sakitkan? Orang lain sakit, suka lagi duduk diam. Yang sayang ni, tak tenang duduknya kalau tak buat kerja rumah." kata Faris. Ara hanya pergi ke ruang tamu untuk menonton televisien. Nak buat kerja sangatkan? Buatlah.

Faris memasak sup sayur untuk Ara kerana demam dan beberapa lauk lain. Takkanlah demam macam tu pun berselera gajahkan? "Sayang, mari sini makan." panggil Faris. Ara pula baring di sofa. Alah, tak laratlah pula. Faris faham tak kalau aku baring je? Maksudnya, tolong bawakan makanan tu ke sini? Ara kemudiannya berdiri ke meja makan. Sampai di meja makan, dia duduk dan meletakkan kepalanya diatas meja kerana dia rasa terlalu berat kepala untuk bangun. Ara hanya memandang makanan yang dihidangkan oleh Faris. Ah, tidak selera pula. "Nah, makan sup sayur ni supaya cepat sembuh." Faris menghulurkan sup sayur itu kepada Ara. "Kenyang." Ara mengacau sup sayur itu. "Makanlah. Lepas tu makan ubat. Boleh rehat." kata Faris. Ara hanya makan sup sayur itu walaupun tekaknya tidak mahu menerimanya. Sadolah wahai tekak.

*******

Habis sahaja solat Isya', Ara terus baring kerana kepalanya terlalu sakit. Baru sahaja dia baring, telefonnya berbunyi.

Mama syg

Mak? Rindu pula tiba-tiba.

Helo. Assalamualaikum mak.

'Waalaikumsalam Ara. Lama sudah kau tidak telefon mama. Sihat juga kau nak?'

Kurang sihat sikit mak. Ara demam ni.

'Demam? Kau punya laki mana?'

Ada juga. Kenapa mama tiba-tiba telefon Ara ni?

'Tiadalah. Mama rindu sama kau itu. Cuma mama mau kasi tau, abang kau si Aiman sudah balik. Kau kata hari tu, kau rindu dia. Dia pun tu rindu sama kau juga.'

Iya mak? Abang Aiman ada sudah? Nantilah bila Ara sudah sihat sikit Ara pergi sana. Ara mau ole-ole. Haha.

'Kau ni Ara. Mau jadi mama orang sudah pun tetap juga kau macam budak-budak.'

Haha. Mama budak ah? In shaa Allah, mama jadi nenek orang. Haha.

'Wah, berita gembira itu. Oklah, nantilah kau datang sini kita cerita panjang lebar ya?'

Ok mak. Kirim salam dengan abang Aiman ya? Cakap dengan dia Ara rindu betul sama dia tu. Ara mau peluk dia kunun. Haha.

'Haha. Iyalah. Kau ni ada-ada saja. Bye, assalamualaikum. Jaga kesihatan ya?'

Iya mak. Bye Waalaikumsalam.

Ara mematikan telefon. Rindunya dengan mama. Faris pula berdiri di belakang pintu mendengar segala yang diperkatakan Ara. Dia tidak memberitahu masalah mereka kepada ibunya. Ara sangat menjaga hati ibu bapanya. Faris juga terdengar gelak ketawa Ara. Sungguh rindu dengan gelak ketawa itu.

Faris masuk ke dalam bilik itu dan melihat Ara sedang minum ubat Panadol. Ara pula langsung tidak mempedulikannya. Tetapi Faris tetap menghampiri Ara dan duduk di tepi katil Ara. Ara menyelimutkan dirinya dan cuba untuk tidur. Dia tidak selesa kerana Faris sedang memerhatikannya.
"Orang mau tidur. Bolehkah?" kata Ara. "Tidurlah. Siapa larang? I'm just sitting here. Not even touching you." Faris hanya memandang Ara. "Walaupun tidak, tapi buat orang tak selesa." Faris tetap tidak berganjak malah dia pergi ke sebelah Ara berbaring. "Apa ni? Bilik ada di sebelahkan? Kenapa tidur sini?" Ara terbangun dari pembaringannya. "Just go sleep. If you won't, you know I can do what right?" Faris menyelimutkan dirinya. Seram pula dia ni. Begini ke dia sebenarnya. "Tol-" Belum sempat Ara menghabiskan ayatnya, Faris terlebih dahulu menutup mulut Ara dengan mulutnya. "Boleh tak tidur je? Awak tu sakit. Saya yang kena jaga tahu tak." Panggilan Faris berubah kepada saya-awak. Ara pula terkejut dan dia cepat-cepat melarikan tangan Faris dari mulutnya. "Apa ni main tutup mulut. Bukannya orang berteriak pun." Ara baring dan membelakangkan Faris.
Faris pun ikut berbaring lalu dia letakkan lengannya di atas pinggang Ara. Ara hanya membiarkan. "Sayang, lusa ni abang pergi Langkawi sebab ada kerja kat sana." Faris berbisik di telinga Ara. Sekali-sekala diciumnya rambut Ara itu. Wangi! Rasa nak makan😋. "So?" Ara mengalihkan tangan Faris. Faris pula menahan tangannya lalu dia tersenyum. "So, please can you, I mean we, be better as always?" tanya Faris teragak-agak. "Be better? In your dream lah. Kenapa tak be more better with your future wife?" jawapan kasar yang diberikan Ara. Tersentak dengan jawapan itu, Faris memalingkan badan Ara supaya menghadapnya. "Macam mana lagi abang nak buat sayang percaya ni? Abang tak ada lagi kena mengena dengan perempuan tu. Dia datang entah dari mana, terus sayang percaya begitu je. "Memang datang entah dari mana, last night? I see it with my own eyes." Ara menatap mata Faris. Sungguh dia rindukan mata yang selalu memandangnya dengan pandangan yang penuh kasih dan sayang. "Don't you see that I'm try to let go of my hands from her? If someone witnesses the whole story, he or she gonna tell you everything." Faris cuba untuk menerangkan segala-galanya kepada Ara.

Ara membelakangkan Faris semula dan cuba untuk tidur. Fikir punya fikir, patutkah dia percayakan Elina itu? Orang yang entah dari mana membuat serabut dalam keluarga mereka, atau, Faris suaminya yang sedaya upaya untuk membuat dirinya percaya? Ya Allah, tolonglah aku siapa yang patut aku percaya.

*Bab 19 done! Cerita ni macam klise sikit. Saya saja masukkan unsur humor sedikit supaya pembaca terhibur sedikit. Maybe this story lack of idea. I'm sorry because I'm not really good enough in writing story but, I'll improve my idea in my next book. As always, thanks for reading and keep voting. Luvv yaa!😙😙😘😘

Gadis UnikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang