Bab 30

1.2K 12 0
                                    

Beberapa tahun kemudian ..

"Arisya! Farouq!" laung Ara dari tempat makan. Terdengar nama mereka dipanggil, terus mereka berlari ke tempat Ara. "Perlahan-lahanlah. Duduk." arah Ara kepada anak-anaknya. Dia menyapu Nutella di atas roti lalu dia memberikan kepada anak-anaknya. "Terima kasih mama. Cantik mama hari ni." tegur Farouq. Hmm, sweet talker macam papa dia juga.

"Mama hari-hari cantiklah. Abang tu yang baru perasan." kata Arisya pula. Ara hanya tersenyum melihat gelagat anak kembarnya itu. "Ma, papa mana?" tanya Arisya lagi. Belum sempat Ara membalas, Faris bersuara terlebih dahulu. "Siapa cari papa? Siapa cantik?" Faris duduk di kerusi meja makan.

"Papa, hari ni kita nak pergi mana? Papa tak penat ke baru balik semalam? " tanya Farouq. Faris baru sahaja pulang dari Selangor atas urusan kerja. Dia menyuruh Ara untuk membangunkan anak-anaknya awal kerana ingin melepaskan rindu katanya. "Hari ni kita jalan-jalan. Korang nak pergi mana?" Faris makan roti yang diberikan Ara. "Ikut papalah. Papakan yang bawa kereta?" jawab Arisya. Arisya terikutkan perangai mamanya, ada sahaja jawapan keluar dari mulutnya.

"Okay kalau macam tu. Lepas ni pergi bersiap." kata Faris. Ara hanya memerhatikan anak beranak itu berbicara. Anak kembarnya kini berusia 10 tahun. Mereka berdua pula sudah masuk dekad ketiga dalam hidup. Ara berusia 34 tahun, Faris pula 35 tahun, masih muda anak mereka sudah besar. (Author main hentam je kira. Tak kisahla.)

Habis sahaja bersarapan, Faris membawa Farouq dan Arisya naik ke bilik mereka untuk bersiap. Ara pula mencuci pinggan dan mengemas apa yang patut.

"Arghh!" suara Ara sedikit terjerit apabila Faris memeluknya dari belakang ketika dia mencuci pinggan. "I miss you." Adoyai dia ni. Baru je duduk depan mata tadi. "Ish, apalah abang ni. Mana Farouq dengan Arisya?" Ara selesai mencuci pinggan. "Kat atas bersiap. Don't you miss me?" Faris memusingkan badan Ara menghadapnya. "Oh. Sayang pun mahu naiklah bersiap. Abang bersiaplah. Nanti menunggu pula budak-budak tu." Ara tidak menjawab tanyaan Faris itu. Sengaja. Gila tak rindu? Dahlah satu minggu tidur sendiri.

Baru sahaja Ara ingin pergi, Faris menahan tangan Ara. "You're not answering my question Arania." Berbunyi lembut tetapi tegas. Ara memalingkan badannya menghadap Faris. "Do I must answer it Faris? If I don't want, what you gonna do?" Ara tersenyum sinis. Sengaja mencari pasal. Tu pun nak mengamuk ke? Benda remeh je kot.

"You know what I can do right? Abang boleh hilangkan rindu abang tu sekarang juga, here, on this table." Faris berbisik di telinga Ara. Terus sahaja dipukulnya lelaki itu. "Eyy, tak senonoh! Apalah abang ni! Tu pun nak serius sangat." marah Ara. Tergelak Faris dibuatnya. 'Ter'kasar pula gurau aku. "Yalah, mengelak je. Tulah pasal. So, do you miss me?" tanya Faris lagi.

Ara terus sahaja berlari naik ke bilik mereka untuk mengelak dari menjawab jawapan Faris itu. Ketika dia menaiki tangga, dia bertembung dengan anak-anaknya yang sudah bersiap. "Mama! Kenapa tak siap lagi?" marah Arisya. Yalah, excited sangat nak jalan.

"Sorry sayang. Okay, mama nak bersiaplah ni. Mama siap cepat-cepat. Tunggu di bawah." Ara memujuk anaknya. Arisya hanya mencebikkan bibirnya. Comel!

****

Mereka sekeluarga berjalan-jalan ke pusat membeli belah. Farouq dan Arisya pula asyik-asyik menarik mama papa diorang nak pergi situlah, nak pergi sinilah. Salah Faris juga bila Ara ingin membawa anak-anaknya jalan ada saja alasan yang diberikan.

Tapi! Faris lupa hari ni hari jadi Ara. Ara sangkakan Faris balik akan ucapkan happy birthday kepadanya, rupanya tidak. Ish, bencinya!

"Papa, mama, jom kita pergi makan aiskrim." Arisya menarik-narik tangan mereka berdua. "Makan aiskrim? Jom." Faris membawa mereka ke kedai yang menjual pelbagai aiskrim. Ara membawa anak mereka duduk di kerusi.

Gadis UnikWhere stories live. Discover now