Semasa dalam perjalanan ke restoran, Ara dan Faris hanya berdiam diri sahaja. Hanya kedengaran bunyi kaset sahaja yang dimainkan oleh Faris. Makin lama Faris tidak tahan dengan kedinginan Ara itu. Rindu dengan manjanya, senyumnya, gelak ketawanya semualah. Padahal baru satu hari je kot. Maybe it's sound like nonsense, but when you're really in love with someone who will live forever with you, the pain is killing.(idk lol)
Faris memandang Ara di sebelahnya hanya memandang ke luar tingkap. Ketika itu, lagu kegemaran Ara tengah dimainkan. Faris hanya nampak mulut Ara trerkumat-kamit menyanyikan lagu tersebut sambil melihat ke luar tingkap. "Why don't you sing it loud?" kata Faris memecah kesunyian antara mereka berdua. Terkejut Ara dibuatnya. Gulp! Dia nampak aku lip-sync ke? Dia ni tengok depan ke masa memandu?
"Kenapa tidak tengok depankah masa memandu? Nanti accident macam mana? Tengok orang pula." kata Ara sambil menjeling Faris. "Abang sangka sayang dah bisu dah." kata Faris. Mereka sampai di restoran yang mereka ingin pergi. Faris dan Ara turun dari kereta dan terus mengambil tempat duduk di restoran tersebut.
Seorang pelayan datang ke meja mereka. "Yes sir and miss? Would you like for tonight?" kata pelayan tersebut. Ara melihat menu makanan tersebut. Wah, banyaknya sedap. Merajuk ke tak merajuk ke makan tetap sama. "Hmm, saya nak ni, hmm, ni, dengan, ini." Ara menunjuk makanan yang dia mahu. Faris sahaja membawa Ara ke restoran ini kerana dia tahu Ara suka sangat makan. Mungkin itu boleh pujuk dia? Habis sahaja pelayan itu mengambil pesanan, Faris senyum-senyum melihat Ara. "Apa? Fikir belanja orang makan boleh bagus kah?" kata Ara sambil menjeling. "Are you sure? Please be. I think you will hug me, kiss me after this." kata Faris sambil berpeluk tubuh. Tersentak Ara dibuatnya. Hug me? Kiss me? Kalau orang dengar, malunya! Dia ni. Argh! Ara hanya menjelingnya.
Setelah menunggu beberapa minit, makanan pun sampai di meja mereka. Makanan aku dah sampai! Mahu sahaja dia tersenyum gembira disitu, tetapi dia masih merajuk dengan Faris.
Habis sahaja mereka makan, Ara masuk ke tandas kerana dia ingin membasuh tangannya dan membetulkan shawlnya. Setelah itu, dia keluar dan dia ternampak Faris berpegangan tangan. Dengan siapa tu? Dengan ... ?!
Flashback
Elina ternampak Faris dan Ara masuk ke dalam restoran. Mungkin ini masa yang baik untuk hancurkan lagi keluarga mereka. Elina pun ikut masuk ke dalam restoran tersebut dan mengambil tempat duduk yang jauh sedikit daripada mereka tapi boleh melihat mereka dengan jelas. Dia melihat Ara sedang bermasam muka dengan Faris. Hensem pula Faris malam ni. Menyesal aku tinggalkan dia.
Habis sahaja mereka makan, dia ternampak Ara bergerak masuk ke dalam tandas. Yes! Peluang bagus. Thanks, Ara. Elina pun berdiri dan menuju ke meja Faris. Dia terus duduk di sebelah Faris dan memegang tangannya. Faris terkejut dan cuba melepaskan tangannya daripada dipegang Elina.
End of flashback
Faris cuba melepaskan tangannya. Tapi sayangnya, Ara sudah terlebih dahulu sampai dan melihat mereka berpegangan tangan. Faris terkejut dan Elina pula tersenyum girang melihat muka Ara yang tengah marah. "Sudah habis? Aku nak balik. Kau perempuan memang tak tahu malu, kan? Kenapa tak kahwin lagi? Cepat-cepatkanlah sebab tak baik kalau bukan mahram ni. Aku on ja kalau kamu orang mahu kahwin. Tapi jangan lupa jemput." kata Ara sambil meninggalkan mereka berdua dari restoran itu. Ara mengambil teksi untuk pulang ke rumah. Rumah mak bapa aku ke, rumah kami? Rumah kami je lah. Lebih baik kalau mak bapa aku tak tahu. Mahunya dia menampar perempuan itu. Faris? Seperti sudah biasa. Ya Allah, tolonglah aku.
Faris cepat-cepat membayar
dan lari untuk mengejar Ara. Tapi sayangnya, Ara sudah naik teksi. Harap-haraplah dia balik rumah kami. Jangan dia lari sudah. Faris terus cepat-cepat memandu ke rumah mereka."Assalamualaikum! Sayang! Sayang!" laung Faris masuk ke dalam rumah. Tiada sebarang jawapan.Dia terus naik ke atas ke bilik. Dilihatnya ke bilik mereka, tiada. Mesti ada di bilik sebelah. Dibukanya pintu bilik itu, dia ternampak badan Ara terhinjut-hinjut menangis. Berdosanya aku buat dia menangis. "Sayang.." kata Faris sambil mendekati Ara. Ara mendongak dan berdiri di hadapan Faris. Dipukulnya dada Faris sekuat-kuatnya. "Aku benci kau! Aku benci! Benci!" kata Ara sambil memukul dada Faris. "Ara! Mengucap sayang." kata Faris sambil menahan tangan Ara daripada terus memukulnya. Sakit tau dia pukul kalah lelaki. "Tolonglah. Perempuan tu tadi tiba-tiba datang." kata Faris separuh merayu. Ara terduduk di bawah tepi katil. Dia memeluk kedua-dua lututnya sambil menangis. "Kau orang yang pertama yang aku percaya selain mama bapa aku. Lepas tu kau buat aku macam ni. Kalau kau mau kahwin dengan perempuan tu, just go. Tak payahlah pura-pura. Tapi kalau kau kahwin, tolonglah lepaskan aku. Aku tak sanggup hidup berkongsi dengan orang lain." kata Ara sambil menangis. "Ara! Sedar tak apa yang Ara cakap ni?! Perempuan tu yang tiba-tiba datang entah dari mana, terus datang pergi tempat kita makan. Abang tak tahu langsung. Sumpah demi Allah." kata Faris terdesak untuk mendapatkan kepercayaan Ara kembali. "Tolonglah. Abang tahu sayang percaya dengan abang daripada perempuan tu. Remember what I told you about that woman? She's my dark past and you're my bright future?" kata Faris lagi. Ara pula naik ke atas katil dan berbaring untuk tidur. "Whatever. Just go out from this room. I want to be alone." Ara menyelimutkan badannya dan menutup mata untuk tidur.
Macam mana aku nak pujuk lagi ni? Dinner tu sepatutnya menjadi penyelesaian. Ini tak, makin lebih teruk. Lagi 3 hari aku outstation kat Langkawi. Silap haribulan dia lari. Ya Allah, minta dijauhkan. Bisik hati Faris sambil duduk di tepi katil Ara dan memerhatikan Ara. Ara perasankan kehadiran Faris disitu. "Kenapa tak keluar lagi?" kata Ara sambil membelakangkan Faris. "You know, I miss your hugs, your smile, your laugh. I don't know when will I can make you laugh again." kata Faris. Dia kemudiannya meninggalkan Ara. Ara pula makin lebat air matanya. Luluhnya hatinya ketika itu. Siapa patut dia percaya? Faris, suaminya yang merayu untuk dipercaya kembali, atau Elina, wanita yang tiba-tiba datang dalam hidupnya menghancurkan rumah tangganya. Ah, serabut aku.
Faris duduk di tepi katil mereka. Dilihatnya katil dibahagian Ara selalu tidur. Tanpa disedarinya, benteng air matanya telah pecah. Sungguh dia rindukan Ara. Ya Allah, tolonglah aku lembutkan hatinya untuk percaya aku kembali.
******
Keesokkan paginya, Faris bangun untuk membuat sarapan. Dia turun dan menjenguk ke dapur. Ara masih belum bangun lagi. Dia siapkan sarapan dan membangunkan Ara. Dia buka pintu bilik Ara dan lihat Ara masih tidur nyenyak. Dia duduk di tepi katil dan dilihatnya wajah Ara. Halus mulus, matanya yang agak sembap kerana terlalu menangis semalam, bibirnya yang merah, hidungnya yang mancung. Dia masih lagi tidak membangunkan Ara. Dia mahu menatap muka Ara sepuasnya sebelum Ara bangun dan mengelak daripada dirinya.
Diperhatikannya lalu diciumnya dahi Ara. I miss doing that. Tapi dahi Ara terasa panas. Mesti demam ni. "Sayang, bangun." kata Faris sambil menggoyangkan badan Ara. Ara masih lagi tidur. "Sayang bangunlah. Panasnya badan. Mesti demam ni." Faris menggoyangkan lagi badan Ara. "Tak mahulah keluarlah." Itu sahaja dibalas Ara. "Bangunlah. Pergi klinik. Demam ni." Faris masih lagi memujuk. Ara terus bangun. Aduh, sakitnya kepala. Dia memegang kepalanya. Faris di hadapannya sudah mula risau. Ah, peduli apa aku dia risau.
Dia cuba berdiri dengan kepala yang sakit mencucuk-cucuk itu. Mahu sahaja dia menghentak kepalanya di dinding kerana terlalu sakit. Ketika dia berdiri, Faris membantunya. "Lepaslah. Aku boleh jalan sendiri." kata Ara yang masih lagi memegang kepalanya. Tiba-tiba dia rebah ke belakang. Penglihatannya terus gelap. Faris kelam kabut menyambutnya. Nasib sahaja dia di belakang, kalau tidak, pasti Ara sedar balik dari pengsan sebab terhempas.(kidding jk)
Faris tidak membawanya ke klinik tapi hanya memanggil doktor ke rumah sahaja. Rupanya Ara demam dan sakit kepala akibat terlalu penat dan stres. Faris menjadi lagi serba salah. Ya Allah, apalah aku nak buat ni?
*Bab 18 done! Sedih do cerita ni. Saya pun dah nangis sebab buat cerita ni. Sorry to all who are hoping they will be fine and sweet again. Saja nak panjangkan cerita. Thanks for reading this nonsenzeeee story, I think. And keep reading and vote. Lupp ya .. 😙😙😘😘

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...