Bab 20

351 7 4
                                    

Pada keesokan paginya, Elina pergi ke rumah Faris dan Ara. Hendak berjumpa Faris dan Ara katanya. Elina duduk di sofa ruang tamu mereka sambil menunggu Ara untuk turun. Apabila Ara sudah turun, Ara duduk di hadapan Faris dan Elina. "Ara, It seems to be I can't pretend anymore infront of you. I want to tell you that I'll be marrying Elina." kata Faris yang duduk di sebelah Elina. Elina pula hanya tersenyum. Gembira dengan perkhabaran itu.

Ara kelihatan agak terkejut dengan kata Faris itu. Buat apa nak pura-pura kalau hati dah sayang? "I knew it. Buat apa mahu pura-pura. Tahniah ya Elina. Tahniah sebab dah dapat cinta sejati kau yang pernah hilang ni. And you too, Faris. Sebab dapat kahwin dengan cinta pertama. " Mahu saja dia ingin menangis sepuas-puas hatinya dan ingin menafikan semua itu. Tetapi, kekerasan kepalanya membuatkan dia terbatas.

Elina pula memeluk lengan Faris. Faris hanya membiarkannya sahaja dan memandang Elina dengan senyuman. Terbit rasa kebahagiaan dalam mata mereka Ara lihat. Beginikah bahagia cinta yang terputus terjalin semula? Ara sedaya upaya menahan air matanya. Tiba-tiba Elina menghulurkan sampul surat kepada Ara. Ara membuka sampul surat itu terdapat kad kahwin. Betul ke semua ni?

Walimatulurus Faris dan Elina

Oh, dah siap kad kahwin rupanya. "For me? So lovely. I'll try to come." kata Ara selamba. Dalam hatinya, mahu sahaja dikoyakkan kad kahwin itu dan dicampakkan ke muka mereka berdua. Elina hanya tersenyum. Tiba-tiba telefon Elina berdering dan dia meminta izin untuk keluar.

Ketika Elina keluar, dengan lebatnya air mata Ara mengalir keluar. "Wah, bagusnya. The day supposed to be my birthday is going to be happiest and the biggest moment for me and the both of you." Ara menyeka air matanya sambil tergelak gembira. "I'm sorry Ara. Saya mengaku saya masih sayangkan dia, walaupun dia pernah sakitkan hati saya dahulu." Faris memandang wajah Ara. "So, kenapa kahwin dengan aku dulu? Kau tahu sakitnya hati aku bila dapat tahu benda yang aku cuba nafikan kebenarannya jadi betul. Jadi realiti." Ara begitu marah sekali dengan Faris. Begitu sakit hatinya. Dia sudah cuba untuk menutup masalahnya daripada ibu bapanya, lain balasan Faris.

Elina masuk ke ruang tamu semula. Dia memandang mata Ara yang sembap. "Oh, don't mind me. This is cry of happiness. I really, really happy for both of you until I can cry." Ara memberi alasan bodoh. Isteri mana yang suka suaminya kahwin lain? Siap bagi jemputan kahwin lagi tu.
"Sayang, I have to go. Just talk to her slowly. Okay? Ara, I have to go. Thanks for taking of him." Elina berkata kepada Faris dan memeluk Ara. Ara memberi pelukan yang tidak ikhlas. "You're very welcome." Ara tersenyum sinis.

Yang dia risaukan sekarang ini, bagaimana mahu hidup dengan lelaki yang sudah tidak menyayanginya lagi? Yang selalu memeluknya, yang selalu meraih tangannya, yang selalu menatap matanya dan semualah.

Setelah Elina pulang, Ara terus naik ke biliknya. Rasa nak berkabung pula hari ini. Tetapi tangannya ditarik oleh Faris. "Kenapa lagi?" tanya Ara dengan riak muka tidak puas hati. "Saya-" belum sempat Faris menghabiskan katanya Ara memotong terlebih dahulu. "You know what Faris? Aku menyesal. Aku menyesal sebab sayang kau, percaya kau, bagi semuanya dekat kau. Tapi kau? Siap bagi kad jemputan lagi. Siap menghadap muka aku konon." Ara mencuba lagi menahan air matanya dan melepaskan tangannya untuk naik ke bilik. Faris pula hanya membiarkan tanpa berkata apa-apa. "Oh, before I forget, if you want to marry that woman, please, please and please let me go forever. And also start now, don't you ever dare to touch me. I can do a thing that you will never forget it." Ara terus berlalu naik ke bilik.

*******

Pada petangnya, Ara keluar untuk berjumpa dengan Julia. Dia menceritakan segala-galanya kepada Julia. Baginya, Julialah yang memahaminya, yang mampu membantunya untuk menyelesaikan masalahnya. "Beginilah Ara. Kau mesti teguhkan perkahwinan kamu tu. Jangan sebab si Faris tu cakap macam tu. Kau sudah minta cerai. Kau fikir tu bagus kah?" kata Julia sambil menghirup coffee latte. "Aku tahu tu Julia. Tapi kalau sudah macam itu, macam mana hidup bermadu? Perempuan tu saja yang disayang, bagus aku tiadalah. Lagi bahagia." Ara cuba mempertahankan keputusannya untuk berpisah dengan Faris. Hidup bermadu? Please. Aku tak sanggup hidup kalau share kasih sayang dengan orang lain.

Di rumah ...

Ara masuk ke dalam rumah dan melihat Faris bertelefon dengan seseorang. Pasti Elina. Dari wajahnya yang gembira bergelak ketawa. "Okaylah sayang. I ada kerja sikit ni. Bye." Kedengaran suara Faris bertelefon. Apabila melihat wajah Faris, terasa sakit hati ini. Air mata ni mesti mengalir apabila melihat wajahnya. Ara naik ke bilik untuk solat.

Habis sahaja solat, dia terlihat Faris menyusun bajunya ke dalam bagasi. Hampir semua bajunya dia masukkan ke dalam bagasi. Memang benar dia akan pergi. Allah, sungguh aku tidak kuat. Faris langsung tidak melihat wajah Ara.

Setelah dia memasukkan bagasinya ke dalam but kereta, dia jumpa Ara untuk terakhir kalinya. "Arania, nampaknya kita tak lagi sehaluan. Dengan ini aku ceraikan kau dengan talak satu."

Cerai ??!!


*Bab 20 done! OMG! Faris dah ceraikan Ara. Sedihnya. Otak saya hilang lagi. Itulah saya panjangkan lagi cerita ni. Mesti tertanya-tanya kenapa story line dia lari? Entahlah. Itu je yang termampu. Thanks for reading and vote! Luvee 😍😍😙😙😘😘

Gadis UnikWhere stories live. Discover now