Pada malam itu, majlis resepsi diadakan di Grand Hotel. Ramai tetamu yang hadir ke majlis tersebut biasalah keluarga Datuk. Tema majlis persandingan mereka pula green turquoise dan white. Majlis tersebut diadakan dengan meriah sekali. Ara kini sedang berbual-bual dengan rakannya yang tiga orang itu. "Ara, congratulations and good luck!" kata Julia. "Thanks. Tapi good luck tu untuk apa?" kata Ara. "Good luck for tonight." kata Julia. "Hah? Nda faham aku kau ni." kata Ara kebingungan. "You know..." kata Julia tersengih-sengih. Ara tahu apa yang dimaksudkan Julia tu. Eh, aku terpaksa je pun kahwin ni. Mata Ara meliar melihat sekeliling dia ternampak Faris berbual dengan rakannya kemudian mata mereka bertembung. Ada satu aura dari Faris yang tak dapat dijelaskannya. Satu aura yang membuatkan dirinya tenang. Walaupun dia hanya memegang tangan ini, tapi sentuhannya sudah memberikan ketenangan dalam jiwanya.
Habis sahaja majlis resepsi pada pukul 10 malam. Ara dan Faris terus balik ke rumah Faris. Ara mahu balik ke rumahnya tapi mak bapak dia yang suruh ke sini. Terpaksa ikutkan jelah. Semasa mereka sampai di rumah Faris, hanya mereka berdua sahaja yang ada disitu. Papa dan mama Faris katanya nak berjumpa dengan mak dan bapa Ara konon ada hal katanya. Padahal sengaja je tu. "Abang Ris, macam mana Ara mau mandi? Ara tiada bawa baju. " tanya Ara. "Abang dah bawa baju Ara dari siang tadi. Abang minta dari mak tadi." kata Faris. "Ohh, jadi biliknya mana?" tanya Ara lagi. "Tu sana. Itu bilik abang but it's not now. It's ours." kata Faris dalam nada sedikit romantik. Cakap omputih lagi. Hailaa. "Oh? Hehe. Ara nak pergi mandilah dulu." kata Ara. Ara angkat kainnya yang berjuntai dan terus berlari ke bilik yang ditunjukkan oleh Faris. Bukan apa, dia rimas dengan baju tu dahlah blink-blink, ketat, berjuntai pula tu.
Setelah habis mandi, Ara duduk di meja solek. Dia memberus rambutnya. Dia merasakan ada tangan melingkar di pinggangnya. Faris ni. Faris kemudiannya meletakkan dagunya diatas bahu Ara. "Sayang wangi." kata Faris perlahan. "Abang Ris busuk. Pi lah mandi." kata Ara kuat. "I hate when you call me Abang Ris." kata Faris sambil melepaskan pinggang Ara. "Jadi mau panggil apa? Faris? Aris? Ris?" tanya Ara panjang. "Panjangnya. No, just call me abang? Biy ke? " kata Faris. "Biy? Gelilah. But, I'll try call you abang." kata Ara. Asyik-asyik cakap omputih. Tapi biarlah cakap English ayat dia berlapik sikit. Haha. Faris meninggalkan Ara dan masuk ke dalam wardrobe room. Ara kemudiannya berpindah ke atas katil dan mencapai phonenya. Hmm, tiada notification langsung. Baik aku main game. Tengah game loading, Faris keluar dari wardrobe room. Dengan tidak berbaju lagi tu. Dia hanya memakai tuala paras pinggang hingga lutut sahaja. Bicep dia tu. Perut dia tu. Ya Allah. Ara menelan air liurnya dengan berat macam telan batu. Ni kes nak goda aku ke apa ni. Dia sangka Faris terus masuk ke tandas rupanya singgah lagi duduk disebelahnya. Kini dia rasa jantungnya macam nak tercabut. Dia tahu Faris dekat dengannya kerana dia merasakan nafas Faris dipipinya. "Sayang buat apa tu?" tanya Faris lembut. Hadui dia ni. Sudah terang lagi bersuluh nak tanya lagi. "Memasak. Nampak?" kata Ara. Amek kau. Siapa suruh tanya begitu. "Haha. Abang nak mandi ni." kata Faris. "Pergilah. Jadi?" kata Ara sedikit kasar. "Mungkin sayang nak join ke." kata Faris. Dah kena. "Merepek. Dahlah pergilah mandi. Hapalah.." kata Ara. "Haha. Iyalah sayang hoi." kata Faris lalu masuk ke tandas. Akhirnya! Ara terus menarik nafas lega. Masa Faris disitu, tak bernafas aku dibuatnya. Setelah dia rasa bosan main game, dia pula sempat lagi berselfie. Faris tak habis mandi lagi. Selfielah. Rumah baru woi. Haha. Macam-macam gaya dibuatnya. Ala, tak cantik pula. Mana phone Faris eh? Telefon dia Iphone6 plus lah. Baik aku gi tanya dia dulu. Ara kemudiannya mengetuk pintu tandas. "Abang!" jerit Ara. "Ya? Kenapa? Dah berubah fikiran?" kata Faris. "Ish ndalah. Ara mau pinjam phone abang. Boleh kah?" kata Ara. "Bolehlah. Apa pula tak?" kata Faris. "Thanks abang!" kata Ara. Kemudian Faris kembali sambung mandi. Ara mengambil phone Faris kemudian berselfie. Macam-macamlah gaya dibuatnya. Setelah kehabisan gaya, dia meletakkan phone Faris kemudian bersiap-siap untuk tidur. Dilihatnya Faris baru habis mandi. Punya lambat mandi. Mengantuk pula mata ini rasanya. Kemudian Ara terlelap. Faris melihat Ara sudah terlelap. Kemudian Faris duduk diatas katil. Dia mengambil telefonnya. Apa dia buat dengan telefon aku ni? Dia check tiada apa-apa pun. Cuba tengok gallery. Ya Allah, banyaknya gambar. Suka selfie rupanya. Dia melihat gambar Ara itu. Comel juga dia ni. Haha. Kemudian dia melihat jam. Dah 11.30 malam. Baik aku tidurlah. Baru sahaja dia mahu baring, badan Ara yang tadi membelakangkannya kini berpusing menghadapnya. Ara membuka matanya sedikit. Dia ternampak Faris mahu baring. "Abang Ris, belum tidur lagi?" kata Ara dalam keadaan mamai. "Baru nak tidurlah ni. Dah tidur." kata Faris. "Mmm, assalamualaikum." kata Ara kemudian tidur. Faris tidur menghadap muka Ara. Faris memerhatikan muka Ara. Lalu disentuhnya. Ya Allah, indah sungguh ciptaanMu. Terima kasih kerana Kau telah jodohkan kami. Mudah-mudahan hubungan kami berkekalan hingga Jannah. Faris kemudiannya mencium dahi Ara. Dan akhirnya dia tidur sambil memeluk pinggang Ara.❤❤❤❤❤❤❤
Azan yang sayup kedengaran membuatkan Ara bangun. Eh, aku kat mana ni? Siapa punya tangan ni? Dilihatnya muka pemilik tangan itu. Encik Faris! Kemudian ditolaknya sekuat hati badan lelaki itu. Sampai dia terjelepuk jatuh dari katil. "Apa kau buat ni? Aku dimana ni?" kata Ara. Faris yang tadinya lena tidur terbangun gara-gara ditolak Ara. "Sayang, ni abanglah! We're married yesterday. Don't you remember?" kata Faris. Ya Allah! Apa aku buat ni? Aku lupalah. "Abang, Ara minta maaf. Ara lupalah. Sakit kah? Dimana sakitnya?" kata Ara. "Sakit semualah. Kuat juga sayang ni tolak abang. Aduhh." kata Faris. Habis sakit pinggang Faris dibuatnya. Apalah nasib subuh-subuh macam ni kena watcha dengan bini sendiri. "Alaa, sorry lah. Ara lupalah. Tiba-tiba pula hilang ingatan. Nanti siang kita pergi klinik." kata Ara sambil membantu Faris untuk berdiri. "Tak yahlah pergi klinik. Urut-urut sikit oklah ni." kata Faris. "Urut? Nanti Ara suruh mama urutkan" kata Ara. Rasa bersalah aku dibuatnya. Kenapalah karate aku keluar time macam ni. Haha. "Apa pula mama. Sayanglah tolong urutkan. Lagi mujarab. Haha." kata Faris sambil tersenyum. "Entahlah. Nda mau solat?" kata Ara. "Naklah. Apa pula tak." balas Faris. Kemudiannya Ara pergi ke bilik mandi untuk mengambil air wudhu. Setelah berwudhu, dia pula menunggu Faris kerana dia ingin berjemaah sama-sama katanya.
Habis sahaja mereka solat, Ara pergi mengambil minyak gamat yang ada di meja solek. Kemudian dia suruh Faris untuk bertiarap. Nak sangat aku urut kan? Dituangnya minyak gamat di pinggang Faris yang katanya sakit dengan banyak. "Sayang, kenapa banyak sangat tu? Ubat tu pedaslah." kata Faris. "Kan kalau Ara urutkan mujarab? Begini lagi tambah mujarab." kata Ara. Hah. Amek kau. Mengada sangat. Nak juga aku yang urut. Sabarlah Faris. Pedas sikit je ni. Haha. Kemudian Ara mengurut perlahan pinggang Faris. Perlahan tapi ditekannya sekuat mungkin. Berteriak Faris dibuatnya. "Tahanlah. Sikit ja ni." kata Ara sambil menahan ketawanya. Apalah kau ni Ara. Kenakan laki sendiri pagi buta. Habis Ara mengurut, dia pergi mencuci tangannya kerana dia tidak suka akan bau minyak gamat itu. Selepas itu, dia menanya Faris, "Ok sudah?" kata Ara. "Ok sikit. Mungkin rehat sikit sembuhlah. Thanks sayang." kata Faris. "You're welcome" kata Ara. Ara kemudiannya duduk di sofa dan akhirnya terlelap. Penat sangat agaknya.Setelah tertidur sekejap, Ara bangun dan terus ke tandas untuk mandi. Dia lihat Faris tiada dalam bilik. Nantilah cari, mandi dululah. Habis sahaja dia mandi, dia terus turun ke bawah. Sunyinya rumah. Papa dengan mama mana? Faris pun hilang. Pembantu rumah takkan takde kot? Tiba-tiba dia dengar ada seseorang tengah memasak di dapur. Mungkin itu mama. Tetapi sangkaannya meleset. Rupanya Faris yang memasak di dapur. Hmm, wanginya. Ara kemudiannya masuk ke dapur untuk melihat apa yang dimasak Faris. "Assalamualaikum abang. Masak apa tu?" tanya Ara. "Omelette and fried rice. Abang nak masak nasi pattaya untuk sayang. Your favourite right?" kata Faris sambil menggoreng telur. Ara hanya mengangguk dan senyum. "Thanks abang. Lain kali, biar Ara ja yang masak." kata Ara. "Abang nampak sayang penat sangat. Tulah abang tak kacau." kata Faris. "Bah suka abanglah. Mmm, mana mama dengan papa?" tanya Ara. "Dah balik KL semalam. Dorang lupa nak bagitahu kita." kata Faris. "Ohh. Abang, Ara mau tolong. Nda selesa pula berdiri ja." kata Ara. "Boleh tolong duduk kat meja makan? Abang dah siap dah ni." kata Faris sambil tersenyum. "Pula. Dengan senang hati. Haha." kata Ara. Ada saja.
*Hai. Sorry sebab lambat update sibuk sikit time cuti sekolah. Haha. Anyway thanks for reading and vote. Luv you !
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...