Bab 5

419 15 4
                                    

Setelah beberapa bulan bekerja dengan Faris, Ara semakin tidak selesa. Apa tidaknya, sekejap mood baik, sekejap mood nak marah-marah. Dah macam orang gila dah aku tengok. Hmm, abang Faris ni pun satu. Kata nak datang sini. Sekarang ni aku tengah merajuk dengan dia sebab tak datang sini.

Flashback
Mereka berdua hanya berhubung dari telefon. Almaklumlah Faris katakan dia kat KL padahal dia hari-hari depan muka Ara.

Abang Ris, bila nak datang sini?

'Tak tahulah dear. Kata papa dengan mama diorang nak datang cuti-cuti kat Sabah'

Ala abang Ris ni pun. Abang Ris datanglah sendiri.

'Tak bolehlah. Abang Ris kerja ni.'

Oklah. Mmm, apa boleh buat. Kalau orang nda mau.

'Ala dear. Janganlah marah-'

OFF

Belum sempat Faris menghabiskan kata-katanya, Ara dah matikan telefon. Merajuk konon.

End of flashback

Faris melihat dari cermin pejabatnya yang Ara tengah termenung jauh. Tengah merajuk dengan akulah tu. Padahal aku dah terpacak kat depan mata kau ni pun. Faris pun memanggil Ara ke dalam ruangannya. "Ya Encik? Apa yang boleh saya bantu?" kata Ara. "Mmm, begini. Esok aku dah naik balik KL sebab papa aku suruh balik. So, kau boleh start cuti dah esok. " kata Faris. "Okay Encik." kata Ara. Kemudian Ara keluar dari bilik Faris. Yes! Esok cuti! Bolehlah aku bangun lambat esok! Haha.

❤❤❤❤❤

Sesampainya di rumah, ayah Ara menyuruhnya duduk sebentar kerana ada benda katanya nak dibincangkan. "Ara, sini kau. Ada benda mau dicakap ni" kata ayahnya. "Kenapa pak? Macam serius ja" kata Ara. "Kau ada teman lelaki ka?" kata ayahnya. "Ish, tiadalah. Kan bapa sendiri larang." kata Ara. "Ok, kau mau kahwin ka?" tanya ayahnya lagi. "Tiba-tiba pula bapa ni. Siapa nda mau kahwin pak? Tapi orang tiada calon lagi. Lagipun awal lagilah. Hehe" kata Ara. "Oh. Oklah. Nah, pigi lah naik. Esok ada tetamu nak datang." kata ayahnya. "Mmm, ok pak." kata Ara. Bapa ni. Macam lain je lepas tanya orang mahu kahwin ke tidak. Lepas tu ada tetamu nak datang. Takkan meminang aku kot? Ish, think positive Ara!

Keesokan paginya, Ara terpaksa bangun awal sebab ada tetamu nak datang ke rumahnya. Ala, baru nak bangun lambat. Dia menjenguk ke dapur dan dia ternampak ibunya tengah memasak. Walaupun ada orang gaji, tapi ibunya selalu masak. Bukan apa, bosan duduk di rumah. Orang gaji tu hanya bantu mencuci dan mengemas rumah. Senang je kerja dia. "Mak! Apa mama buat?" kata Ara. "Mmm? Tiadalah tengah tunggang kuda ni. Nampak?" jawab ibu Ara. "Mama ni. Orang tanya betul-betul. Main-main pula." kata Ara. "Nda kau nampak ka mama masak ni? Menanya lagi." kata ibunya lagi. "Haha, sorrylah mak. Mak, kata ada tetamu. Siapalah tetamunya tu kunun ?" tanya Ara. "Oranglah." gurau ibunya. "Mama ni. Main-main lagi. Iyalah orang takkan kucing." kata Ara. "Tengoklah nanti." kata ibunya. "Mmm yalah. Ada apa Ara boleh tolong kah?" tanya Ara. "Nda payah kau tolong sini. Kau pigi siap." arah ibunya. "Okaylah. Baru orang mau tolong tengok." sempat lagi Ara bergurau sebelum naik ke biliknya.

Di rumah Faris pula, Faris tengah marah dengan kedua orang tuanya sebab dia hendak dikahwinkan dengan orang lain.Dan namanya Nia. Alasannya dia ada calon yang sesuai. Tapi papa dan mamanya tidak peduli. Mereka tetap ingin dia berkahwin dengan calon pilihan mereka sendiri. Benda yang dia tidak tahu ialah dia akan dikahwinkan dengan orang yang dia kata calon yang sesuai iaitu Arania.

Flashback

"Papa nak kamu kahwin dengan anak kawan papa. Mungkin dah tiba masanya kamu berumahtangga. " kata papa Faris. "Apa pa? Kahwin? Faris taknak. Faris dah ada calon sendiri. " kata Faris. "Papa tak peduli. Esok kami akan pergi meminang dia." kata papa Faris lagi. "Pa, tolonglah pa. Faris taknak." kata Faris. Macam dah nak menangis dah budak ni. "Keputusan papa muktamad. Nama dia Nia. Dia berasal dari keluarga yang baik." kata papa Faris tanpa berkata apa-apa Faris terus naik ke biliknya.

End of flashback

Hari ini hari papa dan mama Faris datang ke rumah Ara untuk meminang. Faris tidak ikut kerana takde mood katanya. Dah orang marah, buat apa nak paksa ikut kang dia buat kecoh, nayalah hidup.

Ding!Dong!

"Fina, tolong bukakan pintu pagar tu. Mungkin sampai sudah tetamu kita." arah Datin Auni. "Baiklah Datin" jawab Fina pembantu rumah itu. Fina pun pergi membuka pintu pagar rumah tersebut. Rupanya keluarga Faris datang. Nasib saja Faris tak ikut, kalau tak hancur plan. Tapi kalau Faris tahu dengan siapa dia dipinangkan, mungkin dia terloncat-loncat macam orang gila dah sekarang ni.

"Oh. Datuk Zakaria dengan Datin Safa rupanya. Masuklah. Datin Auni sudah lama tunggu." kata Fina. "Oh ya? Datuk Imran ada?" tanya Datuk Zakaria. "Ada. Datuk ada di ruang tamu. Silalah. " jawab Fina. Lalu Datuk Zakaria dan Datin Safa masuk ke dalam rumah. "Zakaria! Lama kita nda jumpa! Mana anak teruna kau?" kata Datuk Imran. " Takde mood katanya. Mmm, anak kau tiga orang tu mana?" tanya Datuk Zakaria pula. "Anak lelaki aku dua orang tu pergi belajar. Anak dara kesayanganku ada di atas." jawab Datuk Imran. "Fina, tolong panggilkan Ara." arah Datuk Imran.

"Baiklah Datuk." kata Fina. Lalu Fina pun naik ke atas untuk memanggil Ara. Tok!Tok! "Ara!" kata Fina. "Ya kak? Kenapa?" kata Ara. "Datuk suruh Ara turun." kata Fina. "Oh iyalah. Terima kasih kak." kata Ara. Sebelum Fina berlalu pergi Ara memanggilnya lagi, "Kak!" kata Ara. "Ya? Kenapa Ara?" tanya Fina. "Siapa datang tu?" tanya Ara. "Datuk Zakaria dengan isterinya." jawab Fina.

"Ohh, oklah." kata Ara. Ara kembali masuk ke dalam biliknya sebelum turun ke bawah. "Siapa tu ah? Macam pernah dengar pula. Eh, bagus aku turunlah." kata Ara sendiri dalam bilik. Ara pun turun ke ruang tamu. Nampaknya mereka sedang bergelak ketawa. Maklumlah, kawan yang lama terpisah jumpa balik. Jadi cerita dia pun 10 tahun punya cerita. Haha. Semasa menuruni tangga, Datuk Zakaria dan isterinya menjadi speechless(Ceh).

"Oh, ini ke anak dara kau tu Imran?" tanya Datuk Zakaria. Datuk Imran melihat ke belakang, "Iyalah. Kenapa? Ada masalahkah?" kata Datuk Imran. "Tiadalah. Cantik." kata Datuk Zakaria. Ara hanya tersengih-tersengih. Jarang bebenor orang nak puji kita tau. "Nia, marilah duduk sebelah mama." kata Datin Safa. Eh? Bila masa pula dia jadi mama aku ni? Ara terus duduk di sebelah Datin Safa. Dia hanya membuat muka blur. "Tak payahlah bingung sangat." kata Datin Safa.

"Okay, Ara, tahu tak hajat kami datang sini?" kata Datuk Zakaria. Ara hanya menggeleng. "Kami datang nak meminang kamu untuk anak teruna kami." kata Datuk Zakaria. Ara terkejut. Ya Allah, betullah firasat aku semalam! "Macam mana Ara?" kata ayahnya pula. "Hah?" kata Ara. Ara hanya bingung. Dahlah bingung, terkejut, rasa nak jadi Hulk pun ada. Ara hanya diam membisu.

"Setujulah tu maksudnya." kata Datin Safa. "Alhamdulillah" kata mereka serentak. Yang mereka tidak tahu adalah Ara tidak sedia lagi untuk berumahtangga. Takkan nak tolak begitu je. Ara terpaksa sebab dia nak jaga hubungan baik keluarga mereka. Mungkin dah masanya dia kahwin.

*Bab 5 done! Cipta rekod sampai 1135 words! Banyak pula idea keluar di bab 5 ni. Anyway thanks for reading and vote. Haha. Love You!

Gadis UnikWhere stories live. Discover now