Bab 7

400 11 0
                                    

Setelah beberapa mengikat tali pertunangan, Ara masih tidak berjumpa dengan tunangnya itu. Dia langsung tidak kenal sama sekali. Lagipun, dia malas mahu ambil kisah pasal semua tu. Tapi, Faris sudah tahu dengan siapa dia bakal dikahwinkan. Pada saat dia tahu dengan siapa dikahwinkan, dia menjerit satu rumah gara-gara terlalu gembira.

Flashback

Faris dan keluarganya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba Datin Safa membuka cerita tentang tunangnya itu, "Faris tak nak tahu ke siapa bakal isteri kamu tu?" kata Datin Safa. "Tak naklah ma. Biarlah Faris kenal dengan dia sendiri masa nikah." kata Faris pula. "Kamu tak nak tahu tapi mama tetap ceritakan juga." kata Datin Safa. "Mmm. Yelah." jawab Faris perlahan. "Nama tunang kamu tu Nia. Tapi nama penuh dia pula... mmm, Arania tak silap mama." kata Datin Safa sambil berfikir. Apa? Ara? Betul ke ni? "Ara, ma?" kata Faris separuh gembira. "Yelah." kata Datin Safa. "Ara anak uncle Imran?" kata Faris lagi. Macam tak cayalah. "Yelah. Kamu ni dah kenapa? Baru je kata malas nak ambil tahu. Tapi dah bagitahu siapa dia macam tak percaya pula kamu ni." kata Datin Safa panjang. "Ma! Kenapa tak bagitahu Faris awal-awal?!" jerit Faris. "Ish kamu ni menjerit pula. Ni dah bagitahu kan?" kata Datin Safa terkejut dengan reaksi anak lelakinya itu. Kena sampuk ke apa budak ni? "Iyelah Faris. Kamu ni. Suka ke?" sampuk Datuk Zakaria pula. "Suka sangat. Terima kasih pa, ma. Bila tarikh perkahwinan kami?" tanya Faris pula. "Ai, dah gatai sangat ke?" kata Datin Safa. "Minggu depan. Dah 3 bulan kamu bertunang. Tak bagus kalau lama sangat bertunang nanti lain jadinya. " kata Datuk Zakaria. "Wuhoo!" jerit Faris. Terkejut mak bapak dia tengok perangai dia. Sebelum ni malas nak ambik tahu. Sekali dah tahu, menjerit pula dia. Hailaa...

End of flashback

Hari ini merupakan hari pernikahan mereka berdua. Di dalam bilik Ara, Ara sedang dipakaika make up oleh mak andam. Mak andam dia Effa. Tak yah susah-susah cari. Bestfriend sendiri makeup kan kau. Haha. Make up Ara simple je. Sebab kata Effa muka dia memang original beauty. Kalau makeup tebal sangat terkejut orang nanti. Pengapit Ara ialah Julia. Asni pula menolong ibu Ara dengan makanan. Mereka sendiri nak jadi volunteer. Bagi jelah. Daripada susahkan diri? Ye dak?

Setelah Ara bersiap, Ara menunggu di bilik kerana pengantin lelaki belum sampai. Ara membisikkan sesuatu kepada Julia, "Nervous pula aku." kata Ara. "Buat apa kau mau nervous? Nda apa-apa juga bah tu." kata Julia. "Aku takut. Hehe." kata Ara bergurau. "Apalah kau ni. Nda apa. Akukan ada. Cehh.." kata Julia. Sibuk mereka bercerita Asni masuk ke dalam bilik dan menyuruh Ara turun kerana pengantin lelaki sudah sampai. Rasa macam nak tercabut lutut ni rasanya. Ara pun turun ke bawah ditemani oleh Julia. Kemudian Ara duduk beberapa inci jauhnya dari pengantin lelaki. Kemudian, Tok Kadi memulakan akad nikah dengan Bismillah. Setelah membaca doa, Tok Kadi pun membacakan lafaz, "Faris Farhan bin Zakaria,"
"Saya, " kata Faris. 'Hah? Faris? Abang Ris ke? Kata Abang Ris dia kat KL. Kah bos aku? Mustahillah bos aku.' kata Ara dalam hati. "Aku nikahkan dikau dengan Arania binti Imran dengan maskahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai." lafaz Tok Kadi tersebut. "Aku terima nikahnya Arania binti Imran dengan maskahwinnya 300 ringgit tunai." ucap Faris dengan sekali lafaz.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah." Rasa nak meloncat je Faris dekat situ. Kemudian, Faris menyarungkan cincin di jari manis Ara. Ara yang pertamanya tunduk, mengangkat mukanya untuk melihat suaminya itu. Ceh suami. Ara terkejut. Ya Allah! Betul ke semua ni? Aku kahwin dengan bos aku sendiri? Rasa nak pengsan pula. Dia melihat Faris tersenyum sambil menyarungkan cincin. Kemudiannya, dia mencium dahi Ara. Allah, terasa syahdu pula hati ini. Apalagi kamera tak henti-henti mengambil gambar saat-saat ini. Kemudiannya pula Ara menyarungkan cincin di jari Faris kemudian dia mengucup tangan suaminya itu. Faris terasa ada air menitis di tangannya. Ai, menangis ke budak ni? Rupanya Ara menangis. Ini kerana dia sudah bergelar isteri orang. Tanggungjawab semua berpindah ke suaminya.

Siap sahaja akad nikah, Ara naik ke biliknya kerana terlalu penat duduk bersimpuh dan melayan tetamu. Biasalah kalau selalu duduk bersila je. Itulah jadinya. Kemudiannya Faris pun masuk ke dalam bilik tersebut juga. "Assalamualaikum Ara." kata Faris. "Waalaikumsalam. Eh, Encik rupanya." kata Ara. Dia tidak sangka bosnya sendiri menjadi suaminya. "Hey, kenapa panggil encik lagi ni? Sayakan suami awak." kata Faris lembut sambil mengambil tempat duduk di sebelah Ara. "Jadi? Mau panggil apa? Faris?" jawab Ara. "Call me Abang. Can you call me that dear?" kata Faris sambil memandang Ara. Sungguh kacak muka itu dipandangnya. Ara! Jangan cair! Ego dulu! "Dear?" tanya Ara. Hanya Abang Faris panggil dia begitu. Baik aku call Abang Ris lah. "Mmm, encik.. eh... abang? Boleh tak saya call someone?" tanya Ara sedikit gagap. "Who is it dear?"  Dear lagi. Adehh. "Someone who is important to me. Can I ?" kata Ara. Asyik-asyik speaking dia ni. Kang aku tumbuk kang. Aish, derhaka pula nanti. "Sure." Kemudiannya Ara berdiri dan keluar ke balkoni untuk menelefon Faris. Faris pula siap-siap mengambil telefonnya kerana tahu bahawa dia orang yang dimaksudkan Ara. Walaupun perasan.

Helo? Abang Ris?

'Helo. Yes dear?'

Kenapa Abang nda datang Ara kahwin?

'Macam manalah nak datang Abang pun kahwin hari ni juga.'

Alaa. Ara nda dapat tengok siapa bini abang. Mesti cantik.

'Cantik sangat. Nak tahu siapa nama dia?'

Siapa abang?

'Nama dia....'

Kemudian Faris mematikan telefon dan berdiri hanya beberapa inci je di belakang Ara. "Nama dia Arania. Orang dia cantik sangat". Terkejut Ara dibuatnya. "Abang Ris?" kata Ara. "Jadi Encik Faris ni Abang Ris lah?" kata Ara lagi. "Yes dear. Sorry for everything. I just want to suprise you but suddenly our parents want us to marry. I want to meet you, but your parents said you didn't want to. So I wait until this moment to tell you the truth." kata Faris sambil memegang tangan Ara. Panjang betul speech dia. Speaking lagi tu. "Okay." kata Ara pendek. Punya main panjang aku berucap okay je? "Do you forgive me?" kata Faris. Tangannya pula beralih ke muka Ara. Diusapnya lembut muka Ara. "Yea. Dah abang Ris cakap macam tu. Mau buat apa lagikan? Takkan merajuk? Cari dosa kering ja. Tapi ada syarat." kata Ara. "What is it dear?" kata Faris. "Bolehkah jangan speaking selalu? Cakap melayulah. Bahasa jiwa bangsa tau." kata Ara. Tergelak Faris dibuatnya. "Yelah sayang hoi." kata Faris. Baru sahaja Faris ingin memeluk Ara, 'Tok! Tok!' Aish. Kacau daunlah. Ara pun sendiri tak tahu Faris nak peluk dia. Kemudian Ara pergi membuka pintu. Mak nenek ni rupanya. "Ohh, disini pengantin rupanya. Wui Ara, kamu buat apa hah?" kata Julia. "Tiada buat apa-apalah. Ish kau ni. Otak kuning betul bah." kata Ara. "Haha, nenek kau suruh laki kau balik dulu." kata Julia. "Kenapa pula?" tanya Ara. "Adat katanya. Pengantin nda boleh sama-sama dulu selagi majlis belum habis. Ai, kenapa nda mau berpisah kah?" kata Julia sempat lagi bergurau. "Mmm, yalah." kata Ara kemudiannya menutup pintu. "Abang Ris, nenek Ara suruh Abang Ris balik dulu sebab adat katanya." kata Ara. "Oh, okay." kata Faris sambil mendekati Ara. "Abang Ris mau buat apa ni?" kata Ara. Tapi Faris hanya tersenyum nakal. Kemudiannya dia mengucup pipi Ara. Lama. Ara tidak melawan tapi sebaliknya dia membiarkan sahaja pipinya dikucup. Kemudiannya, Faris melepaskan kucupannya itu dan membisikkan sesuatu kepada Ara, "Jumpa nanti sayang. Assalamualaikum." kata Faris dan berlalu pergi dari situ. Ara hanya berdiri kaku dan memegang pipinya yang dicium oleh Faris tadi. Ya Allah, apa perasaan ini? Aku dah jatuh cinta ke? Bantulah aku terangkan perasaan ini.

*Bab 7 done! Bab ni pun saya terkeluarkan banyak idea. Anyway thanks for reading and vote! Haha! Lup U!

Gadis UnikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang