Bab 21

392 7 0
                                    

"Cerai? Baguslah. Dah kemaruk sangat dengan perempuan tu. Sampai ceraikan orang ni, sampai tak takut Allah langsung." bentak Ara. Dia cuba menutup perasaan tidak kuatnya itu daripada Faris. Faris terkedu dengan jawapan Ara itu. Pang!! Faris menampar muka Ara dengan kuat.

><

Ara terjaga dari mimpinya. Ya Allah, teruknya mimpi tu. Sampai aku bercerai dengan Faris. Siap tampar aku lagi tu. Dia lihat Faris lena tidur di sebelahnya sambil memeluk pinggangnya. Dia ambil telefonnya yang berada di meja sebelah katil mereka. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dia terfikir lebih baik dia menunaikan solat istikharah. Untuk meminta petunjuk daripada Allah.

Dia perlahan-lahan mengangkat tangan Faris daripada pinggangnya. Nasib sahaja Faris tidak terjaga. Dia kemudiannya mengambil air wudhu dan terus menunaikan solat istikharah.

Dalam doanya, dia minta untuk diberikan petunjuk siapa yang patut dia percaya buat masa sekarang dan selamanya. Dia juga meminta supaya hatinya supaya redha dengan apa jua yang berlaku kepadanya.

Habis sahaja solat, ketika dia melipat telekungnya, Faris memanggilnya. "Sayang, buat apa tu?" suara Faris mamai dan menjengukkan kepalanya. Ara pula hanya diam. Dia menyangkutkan telekungnya di tempat penyangkut. "Sayang?" panggil Faris lagi. "Tiadalah. Tidurlah." kata Ara. "Tidurlah sini. Janganlah lari. Please?" suara Faris masih lagi mamai. Eih, mengada pula dia pukul 3 ni. Ara pun membaringkan badannya di sebelah Faris. Ketika itu, Faris sudah tidur. Dia melihat wajah Faris sepuas-puasnya. "Kenapa tengok muka abang ni?" tanya Faris tiba-tiba. Terkejut Ara dibuatnya. Macam mana pula dia tahu aku tengok dia ni? Tutup mata pula tu. "Perasan. Orang mahu tidurlah. Bukan mahu tengok muka tu." Ara cuba menutupi malunya.

"Kalau sayang nak tengok muka abang ni boleh je. Nak kiss ke lagilah boleh." Faris tersenyum. Dia masih lagi bercakap dengan mata tertutup. Ya Allah, nasib saja tadi tu mimpi. Tapi kalau jadi betul-betul? Sungguh aku tidak kuat. Tiba-tiba mengalir air mata Ara. Faris terjaga kerana terdengar Ara yang teresak-teresak. "Sayang, kenapa ni? Did I make you really hurt?" Faris kerisauan kerana isterinya yang tiba-tiba mengalirkan air mata di pagi buta ni. Ara pula mengelap air matanya. "No. Just go to sleep. I'm sorry for making you awake." balas Ara sambil mengelap lagi sisa air matanya. "Can't you just tell me? Ini tak, asyik tiada je. Please, did I really hurt you badly?" Habis jadi rojak buah bahasa Faris😅. "Nothing. It just.. I don't know how to explain it. Hati ni rasa sakit sangat. Mungkin satu saat nanti." Ara membetulkan posisinya dari menghadap Faris ke menghadap siling.(I don't know how to explain it. Is it menelentang or what? Just understand it by yourselflah.)

"Just tell me. Esok abang dah nak ke Langkawi. Nanti sayang rindu?" kata Faris tiba-tiba. Eh dia ni. Orang tengah nangis, dia boleh pula buat lawak bodoh. "Tiba-tiba." Ara menjeling Faris. "Okay okay. Tell me please?" kata Faris lagi. Asyik-asyik dengan tell me please dia tu. "Kan orang cakap tadi nantilah. Paksa orang ni kenapa?" Ara semakin lama geram dengan tanyaan Faris itu. Tak paham bahasa ke?

"Okaylah. Tapi kena janji bagi tahu abang nanti okay?" Faris membuat perjanjian dengan Ara. Dia tidak mahu isterinya itu memendam sesuatu yang boleh memudaratkan isterinya itu. "Tengoklah." Dilihatnya jam di telefonnya lagi. Tak lama lagi masuk waktu subuh. Farislah ni. Bawa orang bercerita. "Tengok jam ni. Kejap lagi solat subuh. Orang mahu tidur tapi dibawa bercerita pula." keluh Ara.

"Alaa, sorry lah. Abang risaukan sayang sangat. Itulah pasal. So, can we solat together? As always?" tanya Faris sambil meraih tangan Ara dan memeluk Ara. "Orang mahu ambil air wudhu. Dari tadi orang ni dipegang je." Ara bangkit dari pembaringannya dan mengambil air wudhu semula. Setelah itu, mereka berdua menunaikan solat bersama-sama.

*********

Hari ini Faris bertolak ke Langkawi. Dia mula menyusun bajunya ke dalam beg bagasi. Keadaan mereka masih sama seperti kelmarin; Ara merajuk, Faris memujuk. Sebenarnya, berat hati Ara untuk berpisah dengan Faris walaupun sementara. Rindu gila. Rindu nak manja dengan dia. Padah sendiri mahu merajuk.

Semasa Faris menyusun bajunya ke dalam beg bagasi, Ara menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Kemudian, Faris turun sambil membawa beg bagasi. Dia betul-betul nak pergilah. Boleh tak aku nangis? "Sayang, sayang nak ikut tak?" tanya Faris sambil mengambil tempat duduk di meja makan. Nak! Nak sesangat. Tapi aku masih marah. "Buat apa? Bukan pergi sana buat kerja ke?" jawab Ara. Saja. Padahal dalam hati mahunya dia ikut. "Yalah. Sayang tak nak honeymoon ke? Walaupun dah ehem ehem. Haha. " Malu Ara dibuatnya. Apa ni main ungkit benda tu. Tapi terdetik juga dalam hati Ara ingin berhoneymoon. Baru sahaja dia ingin mengajak, dah jadi benda macam ni.

"Apa ni cakap benda tu." marah Ara. Faris pula hanya tersengih-sengih. "Abang kat sana 1 minggu tau. Sayang pergilah duduk rumah mak. Bahaya duduk kat rumah ni sendiri. Abang dah bagi tahu mak yang Ara tidur sana sebab abang nak ke Langkawi." Faris menghirup kopinya yang panas. "Hmm." Sedihnya aku! Tapi boleh jumpa abang Aiman. Dah lama dah aku tak nampak dia.

Habis bersarapan, Faris mengisi beg bagasinya ke dalam but keretanya. Dia membawa kereta dan nanti dia menyuruh pekerjanya untuk menghantar keretanya semula ke rumah. Ara pula hanya memandang kesibukan Faris itu. "Sayang, abang dah nak pergi ni. Sayang duduk rumah mak tau." pesan Faris lagi. Eih, dia ni risau betul. "Ya. Nanti. Orang kemas dulu rumah ni baru pergi sana." jawab Ara. Dia tidak terlalu suka orang memberitahunya banyak kali. "Now, can I hug you?" Ek'eleh mamat ni. Minta peluk pula. Biarlah aku rindu juga nak peluk bagai ni. "Hmm?" Ara sengaja membuat muka bingung. Tanpa berkata apa, Faris mencium pipi Ara dan memeluknya. Ara pula terkejut dan tidak membalas pelukan Faris itu. "Sayang, hug me back please?" bisik Faris. Ara hanya membuat apa yang diminta Faris. Yelah, takut kempunan kena peluk aku nanti. Huhu.

Lama Faris memeluk Ara. "Tak jalan ke ni?" tanya Ara. "Just a moment. I miss this." Faris mengeratkan pelukannya. Tetapi Ara cuba melepaskan dirinya tapi cubaannya sia-sia. Mentang-mentanglah badan besar, badan kita kecil. Faris makin mengetatkan pelukannya. "Nanti lambat!" kata Ara dengan kuat. Faris masih lagi tersengih dengan telatah Ara itu. Selepas itu, Faris melepaskan pelukannya. Tidak bernafas Ara dibuatnya. "Thanks sayang." kata Faris sambil mencium lagi pipi Ara. Ni nak pergi ke tak nak pergi ni? Asyik nak peluk cium aku je. Ara hanya diam membisu. "Okaylah. I have to go. See you next week sayang. Love you so much." Ara hanya mengangguk diam. Dia menyalam tangan Faris hanya sekilas. Belum sempat Ara melarikan tangannya, Faris terlebih dahulu menahannya. "Ni mahu pergi ke tidak ni? Berlambat je ni dari tadi." tanya Ara dingin. Saja nak jual mahal. Padahal dalam hatinya gembira kerana rindunya untuk memeluk Faris sudah terbalas. "Sebenarnya lambat lagi flight abang. Abang saja je kemas beg awal-awal ni. Tengok sayang nak ikut ke tidak. Haha." gurau Faris. Ah, sudah. Aku gila nak ikut ni tapi aku masih merajuk. Ara hanya memandang tangannya yang digenggam oleh Faris.

"Apa?" tanya Ara dengan serius. "Sayang... sayang." kata Faris. Ara pula sedikit terkejut. "Eiii, pergilah sana." Ara melepaskan tangannya daripada genggaman Faris. "Alaa, orang nak manja sikit pun tak boleh. Bye. Pergi rumah mak eh? Assalamualaikum." Faris naik kereta dan bertolak ke lapangan terbang. Ara pula cepat siapkan kerja rumahnya dan menuju ke rumah ibu bapanya. Mak! Bapa! Tunggu Ara datang!

Habis sahaja Ara menyiapkan kerja rumah, dia membawa beg pakaiannya untuk tinggal beberapa hari di sana. Dia matikan segala suis di rumah itu, kunci pagar belakang dapur dan kunci rumah. Jaga keselamatanlah katakan.

Semasa dalam perjalanan ke rumah ibunya, Ara membawa kereta dengan seronok sekali. Biasalah mahu jumpa ibu bapa dengan abang keshayangan. Rindu sesangat. Tiba-tiba, preeeeettttttt!!! Dush!!

*Bab 21 done. Terupdate pula cerita ni😰 . Sorry sebab cerita ni hampeh sangat. Dah Terlampau banyak sangat idea bertubi-tubi keluar even time belajar kat sekolah pun tiba-tiba datang idea😧 . What just happen? Until next time. You guys also can follow me on ig faraa2110. If you want to follow, follow. If don't want just ignore it. Lagipun ig tu tiada apa2 pun. Follower pun takat 8 org je, hampeh😤 .Sebab baru buat. I'm just liking people's post and so on. Dah melarat pula. Okaylah👌 . Thanks for reading and vote! Lupp yaa guys! 😍😍😘💓💓

Gadis UnikWhere stories live. Discover now