Bab 16

350 8 3
                                    

Adam mengemas begnya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Gadis yang dia impikan selama ini telah menjadi isteri orang. Mahu saja dia merebut Ara, tetapi salahnya juga tidak memberitahu Ara awal-awal. Allah maha Esa. Kalau ada jodoh, pasti akan datang cuma masa sahaja lambat atau cepat.

Sebelum Adam bertolak, dia ingin berjumpa Faris dahulu. Dia pergi ke syarikat di tempat Faris bekerja. Sebelum dia pergi, dia ingin memohon maaf.

Sampai dia di syarikat itu, Sofia seperti biasa menyambut tetamu yang datang.
"Hai Encik. Boleh saya bantu?" tanya Sofia lembut.
"Ya. Boleh saya berjumpa dengan Encik Faris?" jawab Adam. Sofia mendail Faris menggunakan telefon office tersebut. "Helo, encik. Ada orang mahu berjumpa dengan Encik." kata Sofia.
Faris menjawab, "Boleh. Suruh dia masuk."

"Okay Encik. Mari saya bawa ke pejabat Encik Faris." Sofia membawa Adam ke pejabat Faris. Sofia mengetuk pintu pejabat Faris."Masuk." Kedengaran suara Faris dari dalam pejabat tersebut. Adam masuk ke dalam pejabat tersebut perlahan-lahan.

"Ya, Encik. Ada apa mahu berjumpa dengan saya?" tanya Faris dengan senyuman. "Tak payahlah berencik. Just Adam." kata Adam. "Saya datang ke sini sebab saya nak minta maaf dengan encik dan Ara." sambung Adam lagi.

"Maaf? Adam, awak tak salah orang ke? Muka awak pun baru saya nampak, bila masa pula buat salah dengan kami." Faris tersenyum.
"Maybe not with you. But with your wife, Ara. I think you must know about it. Didn't she told you that someone want proposed her?" Adam bertanya dengan penuh yakin. Faris berfikir kembali. Oh! "Oh, so that was you?" Adam hanya mengangguk. "For that, I want to ask apologise from you especially. At that time, I didn't know that she was yours. Jadi saya ambil keputusan untuk pinang dia." Faris hanya berdiam diri.

"Oh. Tak apa. Lagipun awak tak gunakan kekerasan, right? Just consider it done." Faris hanya senyum. Pada awalnya berat sekali hati Adam mahu menerima Ara itu adalah isteri orang. Tapi biarlah, banyak perempuan kot kat dunia ni.

"Okaylah. Terima kasih banyak. Send my regards to Ara. Assalamualaikum." Adam berdiri dan menjabat tangan Faris. "Sama-sama. Waalaikumsalam. Awak nak pergi mana cepat sangat ni?" tanya Faris sambil menyambut jabat tangan Adam. "Saya nak kejar flight saya. Nak balik KL." Faris hanya mengangguk.

Adam kemudian terus pergi ke lapangan terbang setelah berjumpa dengan Faris. Kini dia berasa tenang untuk pulang ke rumah asalnya. Selamat tinggal Negeri Bawah Bayu!

*********

Ara sedang menjemur pakaian di luar rumah. Tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng dibunyikan di luar rumah. Siapa agaknya?

Ara terus pergi ke pagar untuk melihat siapa yang datang. Seorang wanita yang berpakaian agak seksi telah datang ke rumahnya. Miss, I think you must go to a wrong place, maybe?

"Ya cik? Nak cari siapa?" tanya Ara perlahan. "This Faris Farhan's house right? Are you his maid?" jawab perempuan itu. Maid? Punya lawa muka aku ni kau kata maid? Tak boleh jadi ni.
"Yes this is Faris Farhan's house. And, I'm his beloved wife." Amek kau. Suka hati je cakap kita orang gaji. Koyak baju kau kang.

"Oh, pity young lady. Hasn't ... Hmm, before that. Are we going to talk here or what? Don't you want to take me inside?" kata perempuan itu dengan angkuh. Ya Allah, dahlah datang tak dijemput, minta bawa masuk rumah aku lagi. Lepas tu cakap English je memanjang. Nasiblah aku pro juga. Hehe.
Baik aku kenakan dia.

"Yes, we gonna to talk here. I prefer standing than sit. Meanwhile, I don't want to take a risk to bring freak stranger inside my house." kata Ara tersenyum sinis. Ya Allah, ampunkanlah dosa ku menyakiti hatinya.(Tetiba😂 ) "Urgh, hasn't Faris told you about me? I'm his girlfriend. We'll married soon." kata Elina. Tiba-tiba Ara tergelak besar. Entah disengajakannya atau apa. "Kahwin? Kau ni biar betul. Aku ni isteri dia. Dia pernah juga cerita pasal gf dia tapi itu dulu. Mesti kau ni Elina kan? Dahlah datang tiba-tiba. Mengaku nak kahwin dengan laki aku pula tu." sindir Ara. Sedaya upaya Ara menahan amarahnya. Itu baru sikit tau.

"Oh, kau tak percayalah ni kan? Aku ada buktilah." Elina menyeluk ke dalam begnya untuk mengambil telefonnya. Dia kemudiannya menunjukkan gambarnya bersama-sama Faris dahulu. Ara terkejut. Betapa rapatnya mereka. Dia sedaya upaya membuat muka cool. Mesti ni gambar masa mereka bercinta dahulu. Tak mungkinlah Faris nak menduakan aku? Mustahil. Dia cakap dia sayang aku. Mustahil.

"So, now you believe it right?" kata Elina sambil memasukkan telefonnya ke dalam beg. "Kalau tak percaya, tanyalah Faris. Bye." kat Elina sambil berangkat pergi. Selepas itu, Ara meneruskan kerja menjemur kainnya dengan fikiran yang tidak tenang. Arghh!! Mustahil.

5.30 petang ..

Kedengaran deruman kereta Faris di luar perkarangan rumah. Aku nak merajuk ke tak nak? Macam nak macam tak nak. Pintu berkuak. Kelihatan Faris tengah berbual mesra dengan seseorang melalui telefon. Takkanlah? Ya Allah, ujian apakah ini? Ara melihat dia tergelak ketawa, sungguh mesra sekali. Mungkin mama? Baik aku kacau dia. Ara kemudiannya mengambil beg bimbit dari tangan Faris. Belum sempat Ara mengambilnya, Faris pula memeluk bahu Ara. Terkejut Ara dibuatnya. Ara mencuba untuk melepaskan diri akhirnya dapat juga. Faris tersenyum dengan Ara sambil bertelefon lagi dengan pemanggil tersebut. Miang! Sempat lagi walaupun masih bertelefon.

Ara kemudiannya mengambil keputusan untuk masak makan malam. Faris pula mandi untuk menyegarkan badan. Setelah dia keluar dari bilik mandi, dia pakai baju dan menyemburkan haruman ke seluruh badannya. Aku nak ngorat bini akulah.(Tetiba lgi)

Faris kemudiannya turun ke bawah. Dilihatnya Ara sudah duduk di kerusi meja makan. Ara tiada mood selepas kejadian tadi. Betul ke semua tu? Boleh aku tanya tak?

Mereka berdua makan bersama-sama tanpa ada sebarang bicara langsung. Hmm, wanginya laki aku malam ni. Nak goda aku lagi ke? Haha. Usai sahaja makan, Ara terus bertanya kepada Faris. "Abang? Boleh tanya something?" tanya Ara berhati-hati. "Many things pun tak apa sayang." jawab Faris tersengih-sengih. Ish dia ni, muka aku tengah ketat ni boleh pula dia main-main. "Ish abang ni. Hmm, abang nak kahwin lagi ke?" apa punya pertanyaanlah Ara. Kang dicepuknya engko. "Haish, sayang ni!" suara Faris sedikit terjerit. "Punyalah susah nak pikat hati sayang tu, nak cari lagi satu? Memang tak akan. Never. Only you. Just you. Okay sayang? Kenapa tanya camni ni?" sambung Faris lagi. "Bakal madu orang tadi datang. Punya main jauhnya tu KL, dia datang sini? Pergi rumah ni." serta merta keluar loghat Sabah Ara yang pekat. Amek kau. "Siapa?" tanya Faris yang sedikit terkejut. "Elina. Your ex, right?" jawab Ara sambil mengangkat piring ke dapur. Faris pula menolongnya. "Buat apa dia datang sini?" tanya Faris lagi. Dah jadi investigator pula dia ni. "Dia cakap dia gf abang dan kamu orang tak lama lagi kahwin. Wah, Ara tumpang gembira ya abang?" kata Ara tersenyum sinis.

"No! She is a liar. Do you trust her rather than me? Hah, sayang?" kata Faris. Mahu sahaja dia menampar perempuan bernama Elina itu. "Entahlah. Siap dia bagi bukti lagi. Sweet betul gambar tu." kata Ara. Sakit pula hati aku cakap macam tu. Ara kemudiannya duduk di sofa ruang tamu mereka. Faris ikut sama. "Sayang, dia tu..." tidak sempat Faris menyambung katanya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Faris melihat nama pemanggil itu. Ara hanya melihat dari jauh.

Elina

Makin membaralah amarah si Ara melihat nama pemanggil itu. Faris tanpa teragak-agak menyambut panggilan itu. "Hello!" jerit Faris. "Kenapa ni sayang? Tak suka I call you ke?" kedengaran suara si pemanggil. Ara tidak tahan lagi lalu dia terus masuk ke dalam bilik yang bersebelahan dengan bilik mereka. Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk semua ini. Andainya dia ingin berkahwin lagi, aku redha. Ara menangis di dalam bilik tersebut tanpa mempedulikan Faris di luar.

*Wuu! Lamanya tak update! Dah naik basi dah cerita ni. Amacam bab ni? Mesti hambur, lepastu tak paham, lepas tu mengarut. Sorrylah kesibukan melanda. My friend did ask me to update this story since school holiday start. Tapi sibuk je memanjang. Sorry for the last time. Anyway, thanks to all who keep reading this story and wait for the updates. Love ya! Muahh! ❤😘😘😙😙

Gadis UnikWhere stories live. Discover now