Ara terbangun kerana anaknya sedang menangis. Dia perlahan-lahan mengangkat tangan Faris yang berada di pinggangnya lalu pergi ke crib anaknya. Rupanya yang menangis itu Farouq. Nasib sahaja masa menyusu mereka lain-lain, kalau serentak, susahlah jadinya.
"Shh.. shh.." Ara memujuk anaknya yang sedang menangis itu. Dia kemudiannya duduk di tepi katil mereka lalu dia susukan anaknya itu. Habis sahaja dia susukan anaknya itu, terus sahaja dia baring kerana terlalu mengantuk.
Baru sahaja dia melelapkan matanya, azan subuh berkumandang. Syaitan pula membuat kerjanya—membisik manusia supaya tidur dan tidak bangun solat. Itulah solat subuh besar pahalanya. Solat sunat subuh lagi besar pahalanya, barangsiapa yang mengerjakannya, bagaikan dia solat sunat sepanjang malam.
Ara gagahkan juga badannya untuk solat. Tapi sebelum dia lupa, dia membangunkan Faris lalu masuk ke dalam tandas untuk mengambil air wudhu. Dia tidak menunggu Faris untuk berjemaah.
Faris pula hanya melihat isterinya itu. Mata yang kuyu, tetapi masih lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Dia tidak juga menyuruh Ara untuk menunggunya berjemaah, kerana dia tahu isterinya itu penat.
Habis sahaja solat, Ara terus berbaring dan tidur. Sungguh penat menjaga anak kembar. Tengah malam menangis minta susu. Baru nak tidur, dah menangis yang satu pula. Hanya mampu berdoa semoga mereka menjadi anak yang baik. Penat tau jaga.
Usai sahaja Faris menunaikan solat, Faris terus berbaring di sebelah isterinya yang kepenatan itu. Kebetulan sahaja Ara tidur menghadapnya jadi dapat dia menatap lama wajah isterinya itu. Dia melihat wajah Ara yang sedang nyenyak tidur, hidungnya yang mancung, bibirnya yang merah dan keningnya yang cantik terbentuk langsung tidak dicukur. Teringat dia kisah yang diceritakan oleh ibu mertua tentang kening Ara itu sebelum Ara bernikah dengannya.
Pada hari mereka bernikah kata ibu mertuanya, semua makciknya menyuruh dia mencukur keningnya untuk mendapatkan seri di hari perkahwinan. Huru-hara mereka di dalam bilik kerana keengganan Ara mencukur keningnya. Sampaikan ibu mertuanya memimikkan suara Ara ketika menceritakan kisah itu. "Ara tidak mahu! Arghhh!" mimik ibu mertuanya. Teringatkan kisah itu membuatkan Faris tersenyum sendiri.
Faris mengusap pipi Ara lalu dihadiahkannya kucupan hangat di pipi itu. Kemudian dia beralih mengusap bibir Ara. Mahu sahaja dikucupnya bibir itu, tapi takut Ara akan terbangun kerana perbuatannya itu. "Abang." Perkataan terpacul keluar dari mulut Ara yang sedang menutup matanya. Terkejut Faris dibuatnya. Sensitif betul kulit dia ni.
"Abang, I know you want to do it." kata Ara lagi. Kuat betul instinct dia ni. "Do what?" tanya Faris berdalih. "I know when you touching my lips like that, you will kiss it." kata Ara. Terkejut Faris dibuatnya. Dah tak betul dia ni. Ke dia mengigau?
"Abang tak nak buat, takut sayang terbangun. Tup tup sayang dah bangun rupanya." jawab Faris selamba. Ara bangun lalu dikucupnya bibir Faris. Lama. Tangan Faris mula melingkar ke belakang Ara lalu dipeluknya erat. "I think you miss me very much." bisik Ara lalu dia tergelak kecil. "Yes honey. But we can't right?" kata Faris pula. "Yes we can't. Only this I can give you. Maybe we'll wait until our twins grow up." Ara meletakkan dagunya di atas dada Faris.
Keadaan mereka berubah apabila Faris berada di atas tubuh Ara. Faris menatap wajah Ara lalu diusapnya lembut wajah isterinya itu. "Abang, kenapa ni?" Ara memeluk leher Faris. "Nothing. I just miss doing like this. Don't worry, I can handle myself." kata Faris lalu diikuti dengan ketawa halus. "Auuwww, ciannya abang kita ni. Abang, tanya boleh?" Tangan kanan Ara memegang pipi Faris. "Tanyalah."
"Hmm, are my body still like before?" tanya Ara. Faris sedikit terkejut dengan pertanyaan Ara itu. "Even hotter. Kalau tak, taklah kita macam ni." jawab Faris. Keadaan mereka masih lagi begitu. "Yalah tu. Bukan sebab abang jaga hati sayang?" Ara mengalihkan pandangannya. Mungkin saja Faris menipu untuk menjaga hatinya.
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...