Beeeeeeeppp.
Ara terbangun dari tidurnya yang panjang. Dia terbangun dengan keadaan seperti orang yang diberhentikan jantungnya buat sekian kalinya lalu terbangun secara tiba-tiba. Faris yang memegang tangannya terkejut lalu dia memanggil doktor.
Doktor kemudian segera masuk ke dalam bilik Ara. Ketika Faris ingin masuk sekali ke dalam bilik Ara, dia terlebih dahulu dihalang oleh seorang jururawat. "Maaf Encik. Sila tunggu di luar, ya?" kata jururawat itu kemudian dia menutup pintu bilik Ara itu.
Faris duduk di kerusi yang tersedia di tepi bilik Ara itu. Dalam hatinya, dia berdoa mudah-mudahan Ara tidak apa-apa.
Semasa dia menunggu Ara, keluarga Ara dan keluarganya datang ke situ. "Faris, ada apa? Ara okay tak?" tanya mama Faris. "Tak tahu lagi ma. Masa Faris duduk kat sebelah dia tadi, dia tiba-tiba bangun secara mengejut." cerita Faris. Mereka hanya mendengar penjelasan Faris itu. Ibu Ara pula menelefon Asni untuk memberitahu yang Ara sudah bangun.
Asni dan Effa bergegas ke hospital. Julia yang baru sahaja sampai dari Korea terus pergi ke hospital untuk melawat Ara.
Setelah beberapa minit menunggu, doktor yang merawat Ara pun keluar daripada bilik Ara. Mereka yang tadinya duduk, automatik berdiri dari duduk mereka. "Macam mana isteri saya doktor?" tanya Faris ingin tahu. "Alhamdulillah. Dia sudah sedar. Bolehlah jenguk dia. Tapi, masalahnya dia hilang ingatan. Masa dia bangun tadi, dia cakap dia tengah ambil result SPM." kata doktor tersebut. Mereka terkejut dengan penjelasan doktor itu. SPM? Lamanya.
"Oh, terima kasih doktor." Mereka kemudiannya masuk ke dalam bilik Ara. Ara yang di dalam bilik itu terkejut kenapa ada keluarga selain keluarganya.
"Mak, bapa." panggil Ara sambil duduk menyandar di kepala katil. Ibu Ara terus menghampiri Ara. Ara pula memeluk ibunya. "Mak, SPM Ara. Ara dapat 8A mak. Kenapa orang di sini?" Ara menangis pula dalam pelukan ibunya. "Ara. Nak, itu 7 tahun lalu. Sekarang kau sudah 23 tahun. Kau sudah kahwin pun." jelas ibu Ara.
Kahwin? Jadi suara yang memanggil aku tu laki akulah? "Kahwin? Bila masa lagi mak orang kahwin?" Ara semakain bingung. Tiba-tiba pintu dikuak. Julia, Asni dan Effa masuk ke dalam bilik.
"Ara!" suara Julia sedikit terjerit memanggil Ara. Dia terus memeluk Ara. "Anti, maaflah Ju tidak datang. Sebab Ju sibuk sangat." kata Julia kepada ibu Ara.
"Tidak apalah Ju. Ju, tolonglah ingatkan si Ara ni. Si Ara ingat dia tengah ambil SPM lagi ni." suara ibu Ara sedikit merundum. Mereka yang lain hanya sebagai penonton. Faris lagilah. Dia terkedu. Ara langsung tidak mengenalnya.
"Lia, mak aku cakap aku sudah kahwin." Ara berkata kepada Julia. "Ya Ara. Tu laki kau. Lama sudah kau orang kahwin. Takkan kau tidak ingat langsung?" tanya Julia. Sangat terkejut dengan pertanyaan Ara itu.
Ara memandang lelaki yang dikatakan suaminya itu. Sungguh dia tidak percaya dengan kata-kata ibunya dan Julia. "No. Married? Seriously?" kata Ara. Mereka semua terkedu dengan jawapan Ara. Ibu Ara membawa keluarga mereka semua keluar kecuali Julia, Asni dan Effa. "Ju, Asni, Effa. Tolong ya?" kata ibu Ara sebelum keluar.
"Safa, Zakaria, Faris. Minta maaf kenapa Ara boleh jadi macam ni." kata ibu Ara. "Mak, takpelah. Kami semua tahu keadaan Ara. Nanti Faris cuba." Faris menyedapkan hati ibu mertuanya itu. "Yalah Auni. Kami semua tahu keadaan Ara. Kan kita semua ada kat sini tadi. Janganlah risau. Yang penting Faris dengan Ara ni hah." kata Datin Safa pula menyedapkan hati besannya itu.
"Lia, tolonglah. Aku ingat sangat yang kita tengah ambik sijil SPM. Tup tup aku di sini." kata Ara ingin kepastian. "Ara, itu sudah lama. Okay, that's enough. Sekarang, kau punya SPM cemerlangkan?" Ara mengangguk. "Kau tahu, lepas tu kau kahwin. Jelesnyalah aku kau sudah kahwin. Aku ni bf pun tiada." Julia cuba meyakinkan Ara. "So?" kata Ara. "Yang lelaki tadi berdiri, dan ramai-ramai orang tadi berdiri di sini tu suami kau dengan keluarga dia."
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...