"Arisya.. bangun sayang papa." Faris menggoyangkan badan Arisya untuk membangunkan dia. Arisya memisat-misat matanya untuk bangun. "Kenapa papa? Risya baru tidur." suara Arisya masih lagi mamai. "Bangunlah. Kita nak buat suprise untuk mama ni." Faris membangunkan kedua anak kembarnya selepas solat subuh. Ara pula terus sahaja tidak sedarkan diri lepas solat subuh.
Bila terdengarkan kejutan untuk mama diorang, terus sahaja mata mereka berdua segar. Faris membuat kejutan di bahagian beranda bilik anak mereka berdua. Beranda di situ lebih luas kerana berada di tingkat atas sekali. Penth house la katakan.
Faris menyiapkan meja dengan pelbagai hiasan dan bunga-bungaan. Arisya dan Farouq pula menyumbang nafas ke dalam belon. Itu sahaja papa diorang suruh. Buat ajelah. Demi mama yang tershayang..
"Abang.. Farouq.. Arisya.." panggil Ara dari luar bilik. "Papa! Mamalah!" Mereka bertiga serta merta cemas mendengar suara Ara. Mereka kemudiannya keluar daripada beranda masuk ke dalam bilik lalu menutup cermin itu dengan langsir. "Apa korang buat tu?" tanya Ara dengan mamai. "Takdelah. Buat apa sayang datang sini? Bukan sayang tidur ke tadi?" Faris memeluk bahu Ara. Ara sebenarnya masih mengantuk tapi dia mencari Faris. "Hmmm, tapi sayang tengok abang tiada dalam bilik. Tulah sayang cari."
"Oh yeke? Dah jomlah, sayang tidur ya? Abang ada kerja sikit dengan anak-anak tu." Faris membawa Ara masuk ke dalam bilik. Sikit kedapatan..
Ara pun sama. Dia langsung tidak ingat hari ini hari jadinya. Nasiblah dia lupa, ada suprise jugak. "Abang, kerja apa dengan budak-budak tu?" kata Ara yang sedang mengantuk. "Tiadalah. Saja nak spent time dengan anak awal pagi buta ni." Spent time sangat. Apa punya spent time lepas subuh, hah?
"Hmm." Ara kemudiannya terlena. Faris dengan segeranya menyiapkan segala-galanya untuk sambutan hari jadi Ara.
"Dah siap." Faris membetulkan gubahan bunga di atas meja yang besar itu. Makanan sudah ada, apa lagi yang kurang? "Papa, kek ada tak?" tanya Arisya. Terus sahaja Faris menepuk dahinya. Lupa pula nak beli.
Apa punya kejutanlah, kek pun lupa."Papa pergi belilah. Cepat. Pandailah Risya dengan abang Farouq tutup." Faris kemudiannya cepat-cepat bersiap dan terus keluar membeli kek. Orang tua betul..
****
Akhirnya kejutan yang ingin dibuat, sampai juga masanya. Faris menutup mata Ara lalu memimpinnya masuk ke dalam bilik yang mempunyai kejutan tersebut. "Tadaaa!" kata Faris selepas membuka penutup mata Ara. Terkejut Ara dibuatnya. "Apa ni?" tanya Ara terkejut. "Mama tak ingat ke?" tanya Farouq.
"Oh! Hari jadi! Hari jadi siapa?" Ketiga-tiga anak beranak itu menepuk dahi masing-masing. Mama ni biar betul? "Mama! Hari ni hari jadi mama lah!" kata Arisya pula. Ara mengingat berapa tarikh pada hari ini. "Ha ah lah. Mama lupalah sayang. Siapa yang buat ni semua? Cantik sangat." Ara memegang hiasan bunga di atas meja. "Siapa lagi, papalah. Papa je pandai." kata Arisya sambil berpeluk tubuh.
"Oh ya? Terima kasih abang. Jom, kita makan! Mama lapar sebab nampak kek tu." Ara terus sahaja duduk di kerusi. Anak kembarnya pula turut serta. Faris pula tersenyum-senyum lalu turut serta duduk di kerusi. "Eh, sebelum tu, kita gambarlah dulu. Baru best. Ini makan terus pula." kata Faris sambil menghalang tiga beranak itu memotong kek. "Betul kata papa tu." sampuk Farouq. Mereka kemudiannya bergambar dan terus sahaja makan.
"Tiada hadiah untuk mama ke?" tanya Ara. Arisya terus sahaja bangun lalu mencium pipi kanan Ara dan memeluknya. "Sayang mama. Risya tiada duit jadi ini je Risya boleh bagi, kisses and hug." kata Arisya selamba. Tergelak Ara dibuatnya, pandai je. "Itu je?" sampuk Farouq. "Eleh, abang ada hadiah? Tiada kan? Jadi?" marah Arisya. "Ada. Hadiah abang pun sama. Extra kisses." Farouq memeluk mamanya lalu mencium kedua-dua pipi mamanya.
"Papa? Tiada hadiah?" tanya Arisya sambil duduk di kerusinya semula. Faris menggaru kepalanya. "Papa lupa lagilah, Risya." kata Faris perlahan.
"Apalah abang ni. Selalu sangat lupa." Ara merungut. Semua benda nak lupa. Sedangkan hari jadi Arisya yang hari itu pun dia lupa. Nasib sahaja Ara ingatkan kalau tidak pasti Arisya bergulik-gulik dalam rumah sebab hari jadinya tidak diingat.
"Sorry sayang." Faris tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya.
****
Habis sahaja majlis kecil-kecilan itu, Farouq dan Arisya terus masuk tidur. Ara dan Faris pula pergi menonton tv di ruang tamu. "Terima kasih abang." Ara melentokkan kepalanya di bahu Faris. "Sama-sama. Kejap eh." Faris bangun lalu mengambil hadiah di laci dalam sebuah meja terletak di sebelah kabinet tv.
"Here's your present. There's no anything I can think about. Only this." Ara membuka kotak tersebut dan di dalamnya ada rantai yang mempunyai buah berbentuk lolipop? Tergelak Ara dibuatnya. "I'm not sweet sixteen, honey. Why you brought this for me?" kata Ara dengan sisa tawanya. Lolipop? Seriously?
"Sayang tak suka ke? Kalau tak abang bagi Arisya je." Faris cuba mengambil rantai itu dari tangan Ara. Tapi Ara mengelak. "Eh, siapa kata tak suka? Ara sukalah. Comellah abang ni. Apa maksudnya ni?"
"Maksudnya, your face sweet just like the lollipop. You also like lollipop because you calm down our children if they crying." kata Faris. "Maksud dia tu untuk sayang dan anak-anak je. Untuk abang? Lolipop ni apa?" tanya Ara pula. Ya lah, maksud yang dia beritahu pun tentang dia dan untuk anak-anaknya, untuk Faris tiada pula.
"You as lollipop for me because.." Faris mendekati muka Ara lalu dia mengucup bibir Ara. "Your lips. Taste sweet for me. That lips make me addicted, make me want for more and more." suara Faris bertukar menjadi romantik di telinga Ara. Lalu dia mengucup lagi bibir Ara sehingga mereka masing-masing tidak cukup nafas.
"Your lips are sweet too." Ara kemudiannya tergelak besar dengan pernyataan yang dia berikan. "Abang ni, dah tua-tua macam ni masih sweet lagi kan?" Ara mencuit hidung Faris. "Jomlah masuk tidur. Sayang pun ada hadiah." Ara tersenyum nakal.
"Hadiah apa?"
"Adalah. Jomlah sayang mengantuk. Sebelum tu, sayang ada request." Ara berdiri dari tempat duduk mereka. "Abang kuat lagi tak?" tanya Ara. "Eyy, kuatlah. Ni mesti nak suruh abang angkatkan?" tebak Faris. Ara terus sahaja mengangguk laju.
Faris terus sahaja mengangkatnya dengan bridal style. "Yeay! Sayang abang." Faris mengangkatnya terus sahaja masuk ke dalam bilik. "Dah sampai tuan puteri, apakah ganjaran yang akan patik terima?" Lagak Faris seperti dalam cerita dongeng. Tergelak lagi Ara. "Apalah abang ni. Okay, hadiahnya.. ini." Ara meletakkan kedua-dua tangannya di bawah dagunya yang membentuk seperti bunga.
Tergelak Faris dibuatnya. Dia kemudiannya duduk di sebelah Ara di atas katil. "Wah, tidak terkata ganjaran yang patik bakal terima." lagak Faris lagi. Dia kemudiannya memeluk Ara. "Sayang nak tambah lagi ke?" tanya Faris. "Anak tu rezeki yang tidak terkira. Lagipun, ingat tak impian abang dulu? Masa kita bulan madu kat Korea? So, i'm trying to fulfil it for you now." Ara meleraikan pelukan antara mereka.
Ketika Ara cuba meleraikan pelukan, Faris menarik Ara berbaring dalam keadaan Ara berada di atas badan Faris. Faris mula mencium keseluruhan muka Ara. "Abang, take it slowly. This lollipop will be not finished forever and ever for you." Tergelak Faris dibuatnya. "Haha, pickup line, huh?"
"Abanglah yang mula dulu. Sampai sekarang sayang pun terikut-ikut nak bagi pickup line untuk abang."
"Oh, salah abang eh?" Faris menggeletek Ara dengan mencium leher jinjang Ara. Cita-cita Faris yang ingin mempunyai anak ramai, rasanya akan tercapai jika keadaan Ara seperti ini selama-lamanya. Malam itu menjadi saksi kepada bakal anak mereka nanti.
Thanks my lollipop princess. Thanks for showing in my life. Thanks for cherishing our life. Thanks for everything. Thanks and thanks.
Thanks to Allah.
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...