Bab 22

359 8 0
                                    

Preeeettttt! Dush!

Kereta Ara dilanggar oleh lori yang memuat buah-buahan. Keretanya dilanggar di simpang lampu isyarat. Lori tersebut melanggar lampu merah dan akhirnya melanggar kerera Ara. Pemandu lori itu tidak mempunyai kecederaan, tetapi Ara cedera parah di kepalanya dan badannya. Setelah beberapa minit kejadian itu berlaku, ambulans pun tiba di tempat kejadian. Ara dimasukkan ke dalam unit ICU.

******

"Helo? Siapa ni?" tanya ibu Ara kepada pemanggil. "Helo ini ibu kepada Cik Arania ke?" soal pemanggil itu kembali. "Ya saya. Ini siapa dan kenapa ya?" soal ibu Ara dengan kerisauan. "Puan, anak puan Arania, dimasukkan ke dalam hospital unit ICU sebab dia terlibat dalam kemalangan jalanraya." Gugur air mata ibu Ara mendengar perkhabaran itu. Kemalangan? Dia melepaskan gagang telefon itu. Bapa dan abang Ara, Aiman melihat ibunya itu sedang menangis. Aiman tergesa-gesa menanyakan ibunya. "Mak, kenapa ni? Kenapa dengan Ara?" tanya Aiman dengan kerisauan. "Adikmu Man ..." tangis ibunya. Bapa Ara turut kerisauan dengan isterinya itu, menangis bila ditelefon. "Kenapa Auni? Kenapa dengan Ara?" tanya bapa Ara yang juga kerisauan. "Ara.. accident. Dia masuk hospital bahagian ICU." Makin lebat air mata ibunya. Aiman dan bapanya terkejut. Mereka kemudiannya bergesa untuk pergi ke hospital.

Setelah sampai ke hospital, Aiman terus ke kaunter untuk menanyakan wad Ara. "Nurse, boleh saya tahu di mana wad Arania binti Imran?" tanya Aiman kepada jururawat yang berada di kaunter itu. "Jalan terus. Dia sekarang ada di wad ICU. Anda keluarganya?" tanya jururawat itu kembali. "Ya, saya abang dia. Terima kasih ya nurse." Aiman berlalu dan membawa ibu bapanya ke wad Ara. Tetapi Ara masih belum boleh dilawat kerana dia tengah menjalani pembedahan.

Sementara mereka menunggu, Asni dan Effa turut datang ke hospital kerana mereka diberitahu Aiman yang Ara kemalangan. "Anti, bawa bersabar. Ara tu kuat semangat. Dia mesti sembuh punya." Asni memberitahu ibu Ara. Asni dan Effa pun turut terpukul dengan perkhabaran itu. Sahabat mereka yang selalu menceriakan hari-hari mereka mendapat musibah seperti ini.

Setelah 2 jam menunggu, akhirnya Ara dipindahkan ke wad biasa. Doktor memberitahu keluarga Ara, "Arania mempunyai kecederaan di kepala, keretakan leher, dan calar di badan. Syukur kepada Tuhan. Selalunya mangsa yang terlibat dalam kemalangan begini akan mati di tempat kejadian, mati dalam perjalanan ke sini, ataupun mati semasa pembedahan dilakukan. Tetapi Arania masih mempunyai semangat untuk terus hidup. Ada satu berita buruk, kemungkinan dia akan hilang ingatan. Dia akan lupa hampir semua orang, benda, dan perkara yang baru berlaku. Selalunya dia akan bangun dan ingat benda yang bertahun-tahun lamanya sudah terjadi. Mungkin akan jadi, mungkin juga tidak." Panjang penjelasan doktor tersebut. "Oh satu lagi. Kandungan yang ada di dalam perut dia gugur akibat hentakan yang begitu kuat." Terkejut keluarga Ara. "Kandungan? Berapa minggu?" tanya ibu Ara. "Oh baru sahaja. Baru seminggu lebih." kata doktor itu kemudian pergi dari situ.

*******

Di lapangan terbang, sementara menunggu pengumuman kapal terbang ke Langkawi, hati Faris berasa tidak tenang, seperti ada sesuatu yang buruk terjadi. Jadi dia mengambil keputusan untuk menelefon Ara jika semuanya okay. Dia menelefon Ara beberapa kali, telefonnya dimatikan. Semakin gelisah hati Faris. Lalu dia mengambil keputusan untuk menelefon Aiman.

Helo, assalamualaikum.

'Waalaikumsalam. Faris, kau di mana ni?'

Aku kat airport ni. Aku nak tanya, Ara mana?

'Cancel flight kau tu sekarang! Ara kat hospital ni!

Hah?! Hospital? Okay okay. Aku datang.

OFF

Faris terus bergegas ke hospital. Dia menelefon Sofia untuk memberitahu dia tidak jadi ke Langkawi kerana hal yang sangat tidak dapat dielakkan. Nasib sahaja flight lambat lagi. Patutlah dia berasa tidak senang duduk.

Gadis UnikWhere stories live. Discover now