Bab 4

430 15 0
                                    

Ara pulang ke rumah pada pukul 5 petang. Apa tidaknya, lepas sahaja mereka minum di cafè, Ara membawa lagi mereka bertiga itu berjalan-jalan. Katanya hendak membeli baju formal kerana dia start kerja esok hari. Pertamanya Ara ingin balik ke rumah jam 7 malam, tapi Asni dan Effa, mak bapak dorang siap beritahu lagi supaya pulang sebelum maghrib. Julia pun begitu juga. Terpaksalah Ara pulang jam 5 petang. Takkan dia jalan-jalan kat bandar sendiri, ye dak?

Selepas dia mandi dan solat, dia mengambil phonenya dan cek kalau ada notification masuk. Mmm, banyak betul chat ni. Padahal, baru kejap kot aku mandi. Chat yang diterimanya kebanyakkan dari grup mereka dan satu nombor yang tidak diketahui.
Tapi didalam grup mereka hanya banyak gambar mereka. Mmm, gambar semua. Eh, siapa ni? Gambar dia tiadalah.

Ara. Abang ni. -Unknown number

Siapa ni ya? Abang mana? -Ara

Laa, Ara tak save number abang rupanya. -Unknown number.

Ni abang Farisla. -Unknown number. Ohh, abang Ris rupanya. Sangka siapa tadi nak mengaku abang aku. Bagus aku savelah .

Faris

Ohh. Hahaha. Ara dah save ni. Taulah suda Ara ni abang Ris. -Ara

Haha. Thanks dear. Ara dah dapat kerja dah? - Faris. Abang Ris ni suka betul panggil orang dear. Tapi biarlah. Haha.

Dah. Abang Ris di mana ni? -Ara. Alamak Ara ni. Dia tanya pula kita kat mana. Mmm, kat KL laa.

Hah? Abang kat KL laa. Mana lagi? -Faris

Ohh. Hahaha. Abang tak datang Sabah? -Ara

Tengoklah nanti. Ikut keputusan papa dengan mama. Lagipun, abang rindu nak tengok muka Ara. Mungkin cantik dah kot. -Faris

Ish abang ni. Kejap. -Ara

Ara nak gi mana? -Faris

Ara tutup hidung dulu. -Ara
Kenapa bau apa? -Faris. Aduh dia ni lurus sangatlah. Orang dah kembang ni kena puji dia boleh tanya ada bau apa? Hailaa.

Adui, abang ni lurus betulla. Kan abang puji orang tadi. Orang kembang hidunglah kena puji. -Ara

Hahaha. Abang saje je tu. -Faris

Hahaha. Iya ka tu? -Ara

...dan mereka pun bersembang sampai tengah malam. Walaupun tengah makan pun masih lagi sembangnya. Ada saja hendak dicerita. Abang Ris, abang Ris. -_-

Keesokkan paginya, nasib saja dia ingat solat subuh kalau tak, bangun lambatlah jawabnya. Gara-gara Farislah ni. Bawa orang chat sampai tengah malam. Nasib subuh tak terlepas. Haiyaa.
Selepas bersiap, Ara turun ke bawah untuk bersarapan. Hairan ibunya lihat dia. Tak tidur ke budak ni? "Ara, kenapa macam panda sudah mama tengok kau ni?" tanya ibunya. "Tiadalah mak. Semalam orang chat dengan abang Faris." jawab Ara. Mendengar Ara bercakap begitu, tersedak ayahnya. Faris? Budak ni dah aku bagi tahu jangan beritahu. Nak kena penumbuk ulung betul budak ni. "Ish bapa ni. Tersedak lagi. Pelan-pelan bah kunun. " kata Ara. "Kau kata kau cakap dengan Faris?" tanya ayahnya. Ara hanya mengangguk dengan roti di mulutnya. "Kau masih ingat muka si Faris?" tanya ayahnya lagi. "Nda sudah Ara tu ingat bapa. Tapi Ara mau jumpa dia." kata Ara. Fuhh, nasib kau tak ingat Ara. Setakat ni rancangan berjalan dengan lancar lagi, Zakaria. Zakaria merupakan papa kepada Faris.
Setelah bersarapan, Ara terus pergi ke pejabat. Sampai di pejabat, Ara menegur Sofia yang berada di kaunter receiption. "Hai kak! Encik Faris dah sampai kah?" tanya Ara. "Dah. Dia suruh Ara masuk dalam bilik dia." kata Sofia. "Okay kak. Bye!" kata Ara. Sofia hanya tersenyum. Ceria betul budak tu.

Tok!Tok! "Masuk!" laung Faris dari dalam. Ara pun masuk ke dalam bilik Faris. "Assalamualaikum Encik!" kata Ara. "Waalaikumsalam. Kau dah breakfast ke?" kata Faris tapi dalam nada yang tegas. Garang pula dia ni. Bagus lagi abang Faris daripada Faris ni. Awal lagilah nak marah orang. "Dah Encik" kata Ara perlahan. "Mmm, temankan aku breakfirst dulu. " kata Faris. "Tapi- " belum sempat Ara menyambung ayatnya, Faris memotongnya terlebih dahulu. "Jom. Aku bos kau. Dengarlah. " kata Faris tegas. "Iyalah. " itu sahaja dia mampu balas. Faris sengaja buat begitu supaya Ara tidak perasan bahawa dia Faris yang dikenalinya selama ini. Maaf Ara. Aku buat ni untuk bapa kau.

Di restoran pula, Faris mengorder makanannya dan makanan Ara. "Nah. Makan. Aku belanja kau." kata Faris. Makanan mereka ialah nasi goreng pattaya dan minuman mereka ialah Nescafe susu. "Thanks Encik. Tau-tau je Encik ni makanan favourite saya" kata Ara. "Mestilah tau. Kan abang-" kata Faris. Hadehh, sikit bocor rahsia. "Apa dia encik? Saya nda dengar sebab bising betul di sini." kata Ara. Nasiblah pekak kau datang masa ni. Kalau tak, naya aku jawabnya.

Selepas mereka bersarapan, mereka berdua pergi ke pejabat untuk sambung kerja. Didalam bilik Faris pula, ayah Ara menelefonnya.

'Helo Ris. Ni uncle ni'

Ya uncle. Ada apa?

'Ok juga Ara?'

Oklah uncle. Kenapa?

'Uncle terkejut tadi pagi dia beritahu kau chat dengan dia. Nasib ja dia lupa muka mu.'

Don't worrylah uncle. Kalau kat pejabat ni Faris sengaja garang-garang dengan dia supaya dia tak perasan sangat.

'Terima kasih Faris. Tolong jagakan Ara ya? Kalau jadi apa-apa dengan dia, awas.'

Haha. Iya uncle. Faris akan jaga Ara dengan baik.

'Oklah. Bye'

Bye.

Setelah berbual dengan bapa Ara, Faris kembali membuat kerjanya yang tertangguh. Ara, Ara banyak sangat orang sayang dengan kau. Sampai aku pun dah jatuh sayang juga dengan kau. Walaupun kau dah anggap aku macam abang kau, tapi aku tak boleh nak nafikan. Walaupun dah banyak kali aku cuba buang perasaan tu, tapi tetap sama. Dengan kau lagi dah bekerja dengan aku yang boleh dikatakan hampir sepanjang masa kau dengan aku, lagi buat jantung ni rasa nak meletup.

*Bab 4 done! Lepas ni saya akan skip cerita ni beberapa bulan ke hadapan.
Sebab dalam tempoh tu, Ara hanya bekerja seperti biasa. Faris pula still sama dengan lakonannya. Itu je. Anyway, thanks for reading and vote! Love You !

Gadis UnikWhere stories live. Discover now