Bab 9

437 8 0
                                    

Pada petang itu, Ara meminta izin daripada Faris untuk keluar sebentar untuk berjumpa Julia. Katanya ada berita gembira sangat. Apalah mak nenek ni.
Mereka berjumpa di tempat biasa. Julia sampai awal daripada Ara. "Hah, ada apa kau mau jumpa aku ni?" kata Ara. "Kau ni salam pun tiada. Kenapa aku kacau kau berasmara dana kah?" kata Julia. "Tiada maknanya tu semua. Apa yang kau mau kasi tau ni? Kata berita gembira." kata Ara. Adalah pula berasmara dana dengan Faris. Memang taklah. "Haha. Oklah. Aku sudah dapat kerja!" kata Julia. Sikit saja dia berteriak tapi itu di tempat awam jaga adab sikit. Anak daralah katakan. Haha. "Ya Allah Ya Tuhanku. Aku sangka kau mau kahwin juga. Rupanya itu. Kan kau boleh cakap di phone." kata Ara. Mak nenek ni. Hailaa. "Aku tau. Tapi ini kerja bukan sembarang. Kau ingatkah cita-citaku time sekolah menengah? Yang aku semangat mau jadi?" kata Julia yang seperti mengharapkan Ara tahu pekerjaannya itu. "Pilot?" kata Ara. Julia mengangguk laju. "Jadi?" kata Ara pura-pura tidak tahu. "Punya main bangang kau ni. Maksudnya aku jadi pilotlah!" kata Julia sedikit marah. "Tau bah. Sengaja ja tu aku nda tau kunun. Itu pun mau panas. Alhamdulillah tercapai juga cita-citamu. Kalau aku bercuti, aku mau naik flight yang kau bawa ah?" kata Ara. "Aish, boleh bah. Haha." kata Julia. Mereka berdua bergurau dan selepas itu berjalan-jalan di bandar.

Selepas balik dari jalan, Ara terus pulang ke rumah Faris yang kini merangkap rumahnya. Haha. Dicarinya Faris tiada di ruang tamu. Pasti ada di dapur. Dilihatnya di dapur, betul ada Faris di situ. Memasak. Memang kalau tak kerja, masak je ke kerjanya? "Assalamualaikum abang." kata Ara. "Waalaikumsalam sayang. Baru balik?" kata Faris. "Hah? Ndalah. Baru mau jalan. Iyalah baru balik." kata Ara. Apalah Ara ni. Orang nak manja cikit je pun tak boleh. "Haha, sayang dah makan?" kata Faris. "Sudah dengan Julia tadi. Abang masak banyak kah?" kata Ara. "Ala, dah makan? Siapa nak makan ni? Takkan abang nak makan sorang?" kata Faris. "Biarlah Ara temankan abang makan. Lagipun Ara lapar lagi." kata Ara sambil mengusap perutnya. "Betul ni? Sayang pergilah mandi. Lagipun lama lagi nak masak ni." kata Faris. Ara menunjukkan signal ok kepada Faris kemudian naik ke atas untuk mandi. Sambil dia naik ke atas, dia berfikir, Faris yang membahasakan dirinya sebagai sayang tapi Ara hanya membahasakan dirinya dengan namanya dan kadangkala orang dipanggilnya dirinya sendiri. Biarlah. Faris tak kisah pun. Hehe.

Setelah habis mandi, Ara turun ke bawah untuk makan. Wah, sudah siap disediakan. Wangi pula tu. Beruntung aku dapat suami pandai masak. Faris pula sudah menunggu di situ. "Kenapa abang nda makan lagi?" kata Ara. "Abang tunggu sayanglah." kata Faris. "Lah, buat apalah mau tunggu Ara. Hmm, makanlah. Sini Ara kautkan nasi." kata Ara sambil mengaut nasi untuk Faris. Mereka berdua membaca doa sebelum makan. Semasa mereka makan, tiada langsung perbualan antara mereka berdua. Hanya cengkerik yang mengambil tempat di situ. Habis sahaja mereka berdua makan, Ara menjadi volunteer untuk membasuh pinggan sebab Faris dah masakkan makan malam takkan nak suruh lagi dia yang basuh pinggan. Apa punya binilah macam tu.
Semasa Ara mencuci piring, Faris pula memeluknya dari belakang. "Sayang.." kata Faris sambil meletakkan dagunya di bahu Ara. "Abang ni kan. Nda nampak kah orang cuci piring." kata Ara. "Ala, marah ke sayang kita ni?" kata Faris. "Bukan marah. Cuma orang tengah buat kerja. Kenapa abang panggil?" kata Ara. "Cucilah piring tu dulu." kata Faris yang masih lagi memeluk Ara. Hadui, nasib kaulah Ara dapat laki yang asyik-asyik nak sawit-sawit je ni. Habis Ara mencuci piring, Ara melepaskan tangan Faris yang berada dipinggangnya itu kemudian dia berpusing menghadap Faris. "Kenapa?" kata Ara sambil menjongketkan keningnya. "Jom." kata Faris sambil menarik Ara ke ruang tamu. Kenapa Faris ni? Takkan? Aish! Aku belum ready lagi oi! Otaknya ligat memikirkan tentang benda itu. "Kenapa ni?" kata Ara. "Jom kita tengok movie." kata Faris. "Oh. Kalau iya pun perlukah memeluk orang?" kata Ara. "Haha. Biarlah." kata Faris sambil duduk di sofa. Kemudian dia suruh Ara duduk disebelahnya. Mereka menonton action movie. Faris pula membuat air untuk mereka berdua. Ara pula tiba-tiba membuka topik perbualan antara mereka berdua. "Abang, boleh tak Ara tanya sesuatu?" kata Ara perlahan. "Sure sayang. What is it?" kata Faris. "Abang.. sudah terima Arakah sebagai isteri abang yang sebenar-benarnya?" kata Ara yang menginginkan kepastian. "Dah lama. Sebenarnya sebelum mama dengan papa pinang sayang untuk abang, abang merancang nak pinang sayang dulu. Tapi bila tahu sayang yang nak jadi isteri abang, abang rasa happy sangat." kata Faris panjang lebar. "Oh. But I'm sorry. I'm not ready yet to be your real, real wife for now." kata Ara sambil tunduk. Hilang moodnya untuk menonton movie. "It's okay sayang. Take it slow. And I will waiting for you until you're ready." kata Faris. Ya Allah, terima kasih kerana kau telah anugerahkan suami yang seorang memahami. "Thank you abang." kata Ara sambil memeluk Faris. Entah apa yang merasuknya untuk memeluk Faris. Selalunya Faris start dulu. Biarlah. Dia berasa tenang berada dalam dakapan Faris. "You're welcome sayang. Ni peluk-peluk ni dah ready ke ni?" gurau Faris. Mendengar kata Faris seperti itu terus dia melepaskan pelukannya. Apalah peluk je pun bukannya aku kiss pun. "Ala, abang gurau je pun. Takkan itupun nak takut. Dah meh sini." kata Faris sambil mendepakan tangannya. "Nda apalah. Ara mengantuk sudah ni. Ara mau tidur." kata Ara sambil menguap. "Tunggu jap. Abang offkan dulu tv ni. Kita tidur sama-sama." kata Faris. Kemudiannya dia mematikan tv dan suis lampu. Ara pula tercegat disitu menunggu Faris. Malas dia bercakap gara-gara terlalu mengantuk. "Dah jom." kata Faris sambil menarik tangan Ara. Ara hanya membuntuti Faris.
Sampai sahaja dibilik, Ara terus melompat diatas tilam dan tidur. Sebenarnya belum tidur sepenuhnya cuma tutup mata untuk cuba tidur. Ara tidur membelakangi Faris. Tidak mahu dia menghadap Faris kerana sebab yang dia sendiri pun dia tidak tahu. "Tak baik tau tidur membelakangkan suami. Tak cium bau syurga nanti." kata Faris. Apalagi Ara terus memusingkan badannya menghadap Faris itupun gara-gara terpaksa. Kalau dah pasal syurga ni, siapa tak nak? Ye dak? Tetapi setelah dia menghadap Faris, dia menutup mukanya dengan bantal. Malu ah. "Sayang, kenapa ni?" kata Faris sambil mengalihkan bantal dari muka Ara. Tetapi walaupun bantal takde bikin tutup, tangan pun jadilah bikin tutup. "Malu eh?" kata Faris. Ara yang masih menutup mukanya hanya mengangguk sahaja. "Buat apa nak malu. Dah buka tangan tu sekarang." kat Faris. Walaupun perlahan tapi ia berbunyi tegas. Ara pun terpaksa ikutkanlah. Tetapi kali ini dia beranikan diri untuk melihat Faris. "Kenapa?" kata Ara. Garang nampak. Jangan buat muka macam tu. Jangan buat iman lelaki aku gugur. Kang naya hang. "Tiada apa-apalah. Sayang nampak comellah kalau marah." kata Faris sambil tersenyum. "Comellah sangat." kata Ara sambil menjelingkan mata ke atas dan tangan di bahu. Haha. Faris perlahan-lahan rapat dengan Ara sehingga tiada ruang antara mereka berdua. Tiba-tiba Faris memagut bibir Ara. Terkedu Ara dibuatnya. Dia tidak melawan tetapi sebaliknya dia membiarkan dirinya. Setelah Faris melepaskan bibir Ara, Ara menggigit bibirnya. My first kiss gone! Tiba-tiba Faris berkata sesuatu kepada Ara, "Your lips so sweet, honey." kata Faris perlahan. Merah muka Ara dibuatnya. Ya Allah, kau boleh cakap benda tu depan aku? Malunya. Ara hanya melarikan matanya ke tempat lain daripada memandang Faris. "You look so cute when you're blushing." kata Faris. Ya Allah, malunya. Baru je aku kata tadi aku belum ready. Ni kiss aku tiba-tiba ni apahal do? "Why are you biting your lips? Do you want more? Or you addicted tu my lips?" kata Faris. Ingin sahaja dia tergelak disitu kerana wajah Ara yang memerah. "Amboi, bahasa bukan main lagi ah. Addicted konon." kata Ara separuh marah. "Alaa, janganlah marah." kata Faris. Alaa lagi. Tak habis dengan alaa dia tu. "Bukan marah. Kan tadi Ara cakap Ara belum ready?" kata Ara. "Abang tu bagi goodnight kiss kat sayang. Semalam tak sempat. Haha." kata Faris. Apa kejadahnya nak bagi goodnight kiss? Nak bagi pun bagi warning lah sikit. Haha. "Entahlah. Ara mau tidur. Assalamualaikum." kata Ara sambil memusingkan badannya membelakangkan Faris. "Thank you sayang. Waalaikumsalam." kata Faris.

❤❤❤❤❤❤❤

Keesokan paginya, Ara dan Faris jalan untuk membeli barang keperluan. Stok dah nak habis. Tulah siapa suruh rajin betul masaknya. Mereka berdua menaiki kereta BMW milik Faris. BMW wo! First time aku naik benda ni do. Sebelum naik kereta Ara terberhenti sekejap. "Wow! Abang punya ka ni?" tanya Ara. "Yalah." kata Faris pendek. Smart nya!

Dalam perjalanan menuju ke pasaraya, mereka berdua hanya diam membisu. Hanya bunyi radio yang kedengaran. Tiba-tiba lagu kegemaran Ara dimainkan. Apalagi Ara pun ikut nyanyi samalah. Tajuk lagu tersebut ialah Like I'm gonna lose you daripada Meghan Trainor feat John Legend. Faris hanya tersenyum mendengar Ara menyanyi. Merdu juga suara dia ni. Habis sahaja lagu dimainkan, mereka sampai di pasaraya. "Pandai juga sayang nyanyi eh?" kata Faris. "Mestilah. Tengok kakilah. Haha." kata Ara.

Di dalam pasaraya, Faris menolak troli. Mereka berdua ke tempat makanan basah. Faris sibuk memilih manakala Ara pula meminta izin untuk pergi sebentar. Rupanya dia pergi ke bahagian makanan ringan. Faris yang bayar, baik aku pilih makanan aku. Daripada aku bosan duduk di rumah? Baik aku makan. Fikir Ara.
Dalam sibuk-sibuk memilih makanan, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Terjatuh dia dibuatnya. "Aduh, sorry." kata Ara. "Oh takpa." kata pemuda itu. Dia melihat muka Ara. Macam pernah nampak. "Arania kan?" kata pemuda tersebut. "Ya saya. Kenal saya kah?" tanya Ara. "Don't you remember me? Adamlah." kata pemuda yang bernama Adam itu. "Adam?" kata Ara sambil cuba mengingat. Adam merupakan seorang rakan sekelasnya dari sekolah menengah. Sebenarnya Adam ni pernah suka dengan Ara. Tapi Ara tidak tahu kerana semua kawannya sama ada lelaki atau perempuan dilayannya sama rata. "Oh Adam! Lama nda jumpa kau! Macam mana kau sekarang?" kata Ara. "Cam ginilah. Aku tinggal kat KL tapi aku bercuti kat sini dulu." kata Adam. Niat sebenarnya ialah dia ingin mencari Ara. Tak sangka pula boleh jumpa. "Oh. Kau ada gf sudahkah?" tanya Ara. "Takde lagilah. Single mingle." kata Adam. "Single? Really? Kenapa nda cari? Hensemnya kau ni ndada yang mau." kata Ara. 'I was looking for you. No one else.' desis hati Adam. "Bukan orang tak mau. Cuma aku yang tak cari." kata Adam. Kalaulah kau tahu Ara. "Haha. Oklah Adam. Aku gerak dulu." kata Ara. "Eh, Ara tunggu jap. How do I contact with you? Phone number maybe?" tanya Adam teragak-agak. "Ok." kata Ara sambil memberikan nombor telefonnya kepada Adam. Selepas 'drama' itu, Ara mengambil makanan yang dia mahu dan mencari Faris. Mungkin dia risau. Hah! Tu dia. Tengah pilih sayur. "Abang!" kata Ara. Terkejut Faris dibuatnya. "Banyaknya keropok! Ni nak buka kedai ke?" tanya Faris. "Sikitnya ni. Nda cukup lagi ni. Abang sudah habis pilihkah?" kata Ara. "Dah napa?" tanya Faris pula. "Jom. Ara mau tambah stok Ara. Hehe." kata Ara. Ara, Ara serupa budak dah dia ni. Kemudian, Faris pun menolak troli ke bahagian yang Ara ingin pergi. Dari jauh Adam memerhatikan mereka berdua. "Abang dia ke tu? Kalau husband dia, tadi tak cakap pun. Abang dia kot. Kalau abang dia, ada chance." kata Adam sendiri.

Gadis UnikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang