Sesampainya Ara di rumah, Ara berpura-pura menangis. Saja untuk kenakan ibu dan ayahnya. Dia ternampak ibunya di dapur tengah memasak. Dengan cepatnya dia memeluk ibunya dari belakang. "Mak ... huhu" kata Ara di belakang ibunya.
"Ara? Kenapa kau ni? Siapa kasi menangis kau kasi tau mama kunun." kata ibunya risau. "Mak.. " tangis Ara lagi. "Ara kenapa kau menangis ni? " tanya ayahnya pula di belakang mereka berdua. "Iya betul kata bapamu tu. Kau ni mengasi risau saja. Cepat kasi tau kenapa." Risau mamanya lagi. Ibu ayah mana tak risau dahlah balik awal, lepas tu siap nangis lagi.
"Mak, pak, Ara .... " kata Ara. "Apa?!" jawab ibu dan ayahnya serentak. "Ara... Ara ... dapat kerja!" teriak Ara. Pandai betul dia ni berlakon. Kalau dia berlakon betul-betul ni, mungkin dapat anugerah pelakon wanita terbaik. "Ish kau ni Ara. Risau sudah kami ni. Kau buat begitu." kata ibunya.
"Hahaha, sayang juga kamu sama orang. " kata Ara. "Macam mana kami nda sayang, kau saja anak perempuan kami." kata ayahnya. "Ara pun sayang mama sama bapa." kata Ara. 'Terima kasih Faris. Kau saja yang boleh uncle harapkan. Terima kasih sebab jaga rahsia kita. Ara, bapa minta maaf. Sebab bapa nda mau kau hidup susah walaupun kau pandai jaga dirimu sendiri.' Rupanya Faris dan ayahnya berahsia daripada Ara. Ini kerana ayah Ara sayang sangat dengan anaknya yang satu ini. Tapi sebenarnya ayah Ara dan ayah Faris merancang sesuatu yang paling besar dalam hidup mereka.
Flashback
"Ara, Ara nak kahwin dengan abang Faris tak?" tanya seorang ayah kepada budak kecil yang bernama Ara itu. "Nak! " kata Ara. "Kenapa Ara nak kahwin dengan abang Faris?" kata ayahnya. "Bab abang palish encem. Dia baik ama Ara" kata Ara.End of Flashback
'Dan bapa akan tunaikan permintaanmu itu.'
Selepas Ara memberitahu ibu dna ayahnya, dia terus ke cafè untuk berjumpa bffnya itu. Sebelum dia bertolak, tiba-tiba ada orang menelefonnya.
'Helo? Ni cik Arania ke?' suara pemanggil seperti suara lelaki. Tapi tak pernah aku bagi number aku kat lelaki lain selain keluarga aku je .
Iya saya. Boleh saya tau siapa ni?
'Ini akulah, Faris!'
Faris? Siapa tu?
'Ini abanglah. Ara sihat tak?'
Oh abang Faris. Nama abang samalah dengan bos Ara. Ara sihat ja. Alhamdulillah. Abang macam mana?
'Oh, abang sihat. Abang Ara,abang Aiman mana ?'
Abang Aiman masih belajar lagilah.
'Ara ingat muka abang lagi tak? '
Nda sudah Ara ingat. Mungkin abang makin hensem.
'Hahaha. Mestilah.'
Okayla bang. Ara mau jalan dengan kawan Ara dulu. Kita sambung di whatsapp.
'Anything for you my dear. Bye. Assalamualaikum. Hati-hati yea? '
Okay bang. Bye. Waalaikumsalam.
'Ara,Ara kalaulah kau tahu. Abang Faris yang kau kenal ni ialah bos kau sendiri. Nasiblah kau tak ingat muka aku ni. Kalau tak naya aku kena bunuh oleh bapa kau ' kata Faris dalam hati. Rupanya Faris kenal dengan Ara. Tapi Ara ni langsung tidak ingat muka Faris. Faris merupakan anak kepada bestfriend ayahnya. Apa tidaknya, masa Ara berumur 6 tahun dan Faris pula berumur 7 tahun, Faris dan keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur. Tapi ikatan persahabatan antara keluarga mereka sangat kuat.
Setelah bertelefon dengan Faris yang dianggapnya sebagai abang itu, Ara meneruskan perjalanannya ke cafè. Sekali lagi, telefonnya berdering. Dilihatnya skrin telefonnya.
Julia <3
Julia rupanya. Apa mak nenek ni mau.
'Helo Ara. '
Mmm, Julia. Kenapa kau ni? Kau sudah sampaikah?
'Belum. Aku mau minta ambik sama kau ni. Rosak keretaku.Boleh kah?'
Haha. Boleh bah. Siaplah kau aku on the way sudah ni.
Siap sudah aku ni.
Oklah. Aku ambil kau. Bye.
Bye.
Selepas itu, Ara pun bertolak ke rumah Julia untuk mengambilnya. Sebenarnya dekat je rumah Julia dengan rumah Ara. Pusing pusing sikit dah sampai. Meh, saya ceritakan sikit pasal 4 sekawan ni dah alang-alang Ara on the way ke rumah Julia ni takde cerita sangat jadi saya ceritakan pasal diorang ni. Julia ni merupakan seorang gadis yang sifatnya hampir sama dengan Ara, samseng. Tapi walaupun samseng, cantik, manis ada. Satu je dia ni lemah, lelaki. Asal nampak lelaki hensem sikit je, dah nak gugur jantung. Lepas itu Asni. Asni merupakan gadis yang lemah lembut, ayu dan yang paling penting sekali, dia seorang yang alim. Almaklumlah, mak bapak uztaz dan uztazah. Effa pula dia ni macam Asni sikit tapi bapak dia Tan sri tau. Tapi dia tak suka gunakan kuasa veto bapak dia tu.
Selepas mereka semua sampai di cafè, apa lagi benda yang wajib dilakukan apabila bff dah berjumpa, sembang. Kalau dah bff berjumpa mesti ada je cerita nak dikongsi ye dak? Dalam sibuk-sibuk mereka bercerita seseorang telah memerhatikan mereka dari jauh. 'Ara, Ara. Makin cantik kau sekarang.'
*Thank you for reading and voting my story. Walaupun cerita saya ni taklah best sangat biasalah first time buat cerita. Saya buat cerita ni sebab tangan ni gatal nak menaip cerita. Sebenarnya, jalan cerita dia ni lain daripada sinopsis. Tapi saya dah tukar dah sinopsis dia tu. Kalau ada orang komen sinopsis dia lain daripada jalan cerita, salah sendiri yea? Sebab tak baca note ni. Hahaha! Love you !
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...