Cahaya dari luar tingkap membuat Faris terbangun. Dia memisat-misat matanya untuk bangun. Dia melihat Ara yang masih lena dibuai mimpi di tepinya. Dia mengusap pipi Ara dengan tangan kanannya. Dia tersenyum mengingatkan perkara semalam—Ara mengaku yang Ara sudah jatuh cinta dan sayangkannya, bahkan menjadi miliknya sepenuhnya.
Dia mengucup ubun-ubun Ara, lalu beralih ke bibir Ara. Bahu Ara yang terdedah membuatkannya beralih ke situ. Sentuhan Faris itu membuatkan Ara terjaga. "Abang." panggil Ara. Faris tersedar kerana panggilan Ara itu. "Sorry sayang." kata Faris. Ara melihat badan Faris tanpa berbaju itu. Baru dia teringat tentang semalam, dia sudah jadi milik Faris.
"Thanks sayang for yesterday." Faris sengaja menyakat Ara. Terbuntang mata Ara apabila Faris berkata begitu. "Apa ni abang. Main ungkit-ungkit pula." Ara menutup mukanya dengan tangan. Faris pula hanya tergelak.
"Hari ni nak buat apa?" tanya Faris. "Entah. Sayang tiada mood nak jalan." Ara membahasakan dirinya sebagai 'sayang' pertama kalinya. Faris pula bagaikan tersilap dengar yang Ara membahasakan dirinya seperti itu. "What did you call yourself?" Riak muka Faris seperti teruja. "Sayang. Kenapa?" tanya Ara. "You really prove your words a lot." balas Faris. Laa, Faris ni. Tu pun nak gembira sangat ke?
"Jom." Faris duduk di sebelah Ara yang sedang berbaring. "Jom pergi mana?" tanya Ara hairan. Dahlah aku tengah 'seksa' ni, nak bawa jalan. "Mandi. Tak nak mandi ke?" Cewah. Mengada betul pula dia pagi ni. "Abang ni. Pergilah mandi apalah bawa orang." kata Ara. Faris pula tergelak. Faris bangun dari katil hanya dengan berseluar slack yang dipakainya semalam dan tanpa memakai baju. Lawanya otot belakang dia.
Setelah Faris masuk ke dalam tandas, Ara ternampak baju putih Faris di atas katil. Dia terus sahaja mengambil baju itu dan memakainya. Lantaklah.
Dia kemudiannya membuka langsir lalu dia berpeluk tubuh. Dia menikmati pandangan bandar yang sedang sibuk dengan kenderaan yang masing-masing hendak melakukan kerja seharian. Ara kemudiannya pergi ke meja solek untuk mengikat rambutnya yang terurai itu. Setelah selesai mengikatnya, dia perasan satu bekas merah di lehernya. "Lainnya nyamuk gigit. Dalam bilik macam ni pun ada nyamuk?" bebel Ara di hadapan cermin. Ara hanya melihat bekas itu sekilas sahaja, itulah yang disangkakannya nyamuk. Padahal nyamuk itu suaminya sendiri.
Setelah beberapa minit, Faris keluar daripada bilik mandi dengan tuala berlilit di pinggang tanpa berbaju. Ara melihat Faris seketika dan terus mengalihkan pandangannya ke kaca televisien. Faris yang terlihat gelagat Ara itu hanya tergelak kecil. Laa, takkan masih malu kot?
"Sayang, pergilah mandi." Faris duduk rapat disebelah Ara. Wangi mandian yang Faris gunakan menusuk ke dalam hidung Ara. "Hmm. Kejap. Malas." jawab Ara sepatah-sepatah. Faris sedikit terkejut dengan jawapan Ara itu. Yalah, mandi pun malas?
"Ke nak abang mandikan?" Faris tergelak kecil. "Hish abang ni. Malar betul suruh orang mandi sama-sama. Gatal betul." Ara mencebikkan bibirnya. Faris pula tergelak. Baru dia teringat, dia selalu katakan benda itu kepada Ara.
"Biarlah. Gatal dengan sayang juga. Baru nampak sweet." Faris menjongketkan keningnya berkali-kali. "Jadi, pakai bajunya bila?" tanya Ara. Dia tidak berasa selesa dengan Faris yang tidak berbaju duduk di sebelah. Walaupun sudah ...
"Abang, tengok ni." Ara menunjukkan bekas merah di lehernya. "Apa ni? Nyamuk gigitkah?" sambung Ara lagi. Sememangnya dia langsung tiada idea tentang bekas merah itu. Faris pula melihat bekas yang ditunjukkan Ara itu. Tergelak kecil dia dibuatnya. "That's my mark." bisik Faris. Ara memikirkan tentang perkara semalam. Apabila dia sudah tahu apa yang dimaksudkan Faris, terbuntang matanya. "Haiyoo. Mati mati saya ingat ni nyamuk gigit oo." Ara bercakap seperti orang cina. Mereka berdua tergelak sama-sama.
YOU ARE READING
Gadis Unik
RomanceAra merupakan seorang gadis yang berasal daripada Sabah. Dia mendapat kerja di sebuah syarikat yang bernama Syarikat FJ. Tetapi, pada suatu hari seseorang yang dia sangat kenal dikahwinkan dengan dia iaitu anak kepada kawan baik ayahnya. Bila waktu...