Part 2

23.5K 1.2K 74
                                    

"Semua dah siap, sekarang--- pergi minum dulu! Hahaha." Ujar Adam gembira. Barang yang sudah siap dibeli dia masukkan dalam bonet kereta.

Adam membelek notification facebook sambil menunggu air yang dipesan sampai. Ternyata ketibaannya di Malaysia mendapat perhatian ramai. Ada yang mengajaknya lepak, ada yang mengajaknya karaoke. Serabut semua ni. Mengampu!

"Troli ni memang cari pasal, arghh!" Nik Nufa menolak troli yang penuh dengan barang untuk meniaga hari ini. Apalah nasibnya mendapat troli pasaraya yang rosak dua tayar. Ergh!

Nik Suhana hanya tergelak melihat kesungguhan kakaknya menolak troli.

"Kau tengok je? Tolonglah!" Bentak Nik Nufa kelelahan.

"Taknak. Semalam adik dah tolak troli, harini turn akak pulak." Balas Nik Suhana selamba.

"Nak saya tolong?" Tegur seseorang dari belakang.

Lelaki rambut oren mata hijau tadi lagi! Apa pasar ni memang port dia ke apa?

"Takpelah. Aku boleh tolak sendiri. Benda kecik je." Ujar Nik Nufa bangga meskipun sudah mengah dari tadi berhempas pulas mengendalikan troli malang itu.

Troli kau jangan buat hal depan dia ni. Tak pasal-pasal malu aku!

"Eh its okay. Tadikan awak dah tolong saya carikan daun limau, saya tolong awak tolak troli pulak." Pelawa Adam mula memegang tempat pemegang troli tanpa segan silu dengan niat hanya ingin membalas jasa.

"Aku cakap takpe. Aku boleh tolak sendiri." Balas Nik Nufa segera menyusul Nik Suhana yang sudah jauh di depan meninggalkannya.

Sombongnya. Nak tolong pun tak suka? Pelik. Tolak troli pun terkedek-kedek.

"Sikit lagi Nufa! You can do it!" Nik Nufa menggunakan seluruh tenaganya menolak troli itu dengan bersungguh-sungguh. Sikit je lagi nak sampai tempat parking kereta tu Nufa! Kita lari!

"Aduh!"

Nik Nufa terlanggar seseorang menyebabkan dia sendiri terjatuh ke jalan tar diikuti dengan orang yang dia terlanggar tadi. Kali ini Nik Nufa mengaku semua yang terjadi adalah kerana salahnya sendiri yang mahu cepat sampai ke kereta.

"Sorry, sorry Encik. Saya tak sengaja!" Nik Nufa menerpa ke arah lelaki itu dengan merapatkan kedua tapak tangannya meminta maaf tanda mengaku salah. Lelaki itu berpaling sekilas lantas mengintai di sebalik kedua tangan Nik Nufa. Budak brutal tadi!

Hok aloh! Dia ni lagi.

"Tadi saya nak tolong taknak, sekarang dah langgar orang. Kalau orang lain dah saman je awak ni." Rungut Adam menggosok kakinya yang dilanggar tadi. Seluarnya yang melekat batu-batuan kecil tadi ditepuk-tepuk sehingga bersih.

"Siapa suruh kau lalu depan troli aku? Eh manusia melintas pun tengok kiri kanan, kau melintas tak guna mata apa? Mata dah lah hijau." Omel Nik Nufa segera bangun dan menepuk kedua tapak tangannya. Sempat dia membahasakan lelaki itu meskipun jelas semua ini adalah kesalahannya.

"Mata hijau saya tak ada kena mengena dalam hal kita. Oh! one more thing, memang manusia melintas pandang kiri kanan dulu tapi kalau manusia lain tak berhemah di jalan raya serupa je yang melintas tadi kena langgar. Macam awak. Main sondol je." Sindir Adam menekankan perkataan sondol sebelum berlalu pergi dari situ dengan rasa sebal.

Dia panggil aku tak berhemah? Main sondol? Apa ingat aku kerbau nak sondol? Kalau aku kerbau aku terajang kau terus pergi Planet Alien!

Adam meniup-niup tangannya yang sedikit terluka semasa jatuh tadi sementara kakinya dirasakan agak senak. Barangkali kerana dia jatuh melutut tadi. Bengkak lah ni. Haih...

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now