Huarghhhhh!
"Pukul berapa ni?" Adam membesarkan bola matanya untuk melihat jam di telefonnya. Cahaya disebalik langsir menyilaukan matanya membuatkan dia segera segera duduk di hujung katil.
10 pagi? Bangun Adam. Jangan tahu nak tidur je.
"Pagi mama."
"Awal Adam bangun? Yelah selalunya Adam bangun dekat tengahari." Sindir Datin Hawa mengunyah roti sandwich yang dihidangkan atas meja makan. Surat khabar dibentangkan menjadi penemannya setiap pagi.
"Alaa mama ni bangun awal salah, lambat pun salah." Omel Adam mengambil tempat duduk di sebelah kerusi mamanya menuang air susu ke dalam gelas.
"Adam, mama nak cakap sikit. Boleh?" Ujar Datin Hawa tiba-tiba saja.
Aneh. Mama nak cakap apa? Jangan-jangan dia nak suruh aku pergi pasar lagi. Taknak dah!
"Mama nak Adam cari isteri orang Kelantan yang pandai masak masakan Thai boleh?" Jelas Datin Hawa terus terang. Sah! Ni mesti kes mama terasa sebab dia tak pandai masak masakan panas Thai.
Terbatuk-batuk Adam tersedak setelah mendengar permintaan mamanya. Isteri orang Kelantan? Pandai masak masakan Thai? Ya Allah apa bala lagi ni.
"Tapi kenapa mesti orang Kelantan? Kenapa mesti pandai masak masakan Thai? Aduh mama ni." Rungut Adam mula berserabut.
"Sebab mama tak pandai masak masakan Thai, suami dengan anak mama asyik makan kat Restoren Thai je." Jelas Datin Hawa panjang. Dahi Adam mula berkerut.
"Okay kalau macam tu lepas ni Adam dengan papa takkan pergi makan kat mana-mana Restoren Thai lagi. Okay?" Adam mencipta alasan kerana berangapan mamanya mungkin kecil hati.
"No, mama tak kisah sangat pun. Mama memang nak Adam cari isteri orang Kelantan yang pandai masakan Thai. Mama nak belajar dari menantu mama tu nanti." Ujar Dati Hawa sekali lagi membuatkan Adam pening.
Nak belajar masak Thai kelas masakan banyak kot. Kenapa mesti dari menantu jugak? Alahai.
🥀
Sementara menunggu makanan yang dia pesan, Adam termenung sambil tangannya menongkat pipi. Ikan-ikan yang berenang di dalam akuarium diperhatikannya khayal. Permintaan mamanya memang sukar ditolak namun dimana harus dia cari calon isteri yang mempunyai ciri-ciri seperti yang diidamkan oleh mamanya. Pening!
"Adam? Weh jauh termenung?" Tegur Mek Wan.
"Eh-- Mek Wan. Tak perasan pulak. Termenung fikirkan hasrat mama yang agak tak masuk akal. Nik Nufa mana Mek Wan?" Tanya Adam baru menyedari ketiadaan gadis itu setelah menoleh mencari Nik Nufa.
"Nik Nufa ada dalam bilik, solat Zuhur. Kalau Mek Wan boleh pesan kan Adam, selagi orang tua kita masih hidup inilah masanya kita ikutkan kehendak mereka. Kita tak tahu bila orang tua kita akan pergi. Apa hasrat mama Adam?" Tanya Mek Wan ingin tahu. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi bulat sementara masih tiada pelanggan lain. Entah kenapa Adam terasa selesa mahu berkongsi masalahnya dengan orang luar.
"Hasrat mama----"
"Eh kejap ye Adam, ada orang masuk. Mek Wan pergi ambik order dulu!" Mek Wan segera bangun setelah melihat meja luar diduduki oleh sepasang suami isteri.
Baru nak cerita tapi takpelah...makan dulu!
Mata Adam beralih pada satu sosok tubuh yang baru keluar dari bilik. Nik Nufa!
"Aduh panas!" Bisik Adam terkena sup panas pada bibirnya. Air sejuk segera dia sedut bagi menghilangkan rasa ketidakselesaan pada lidahnya.
Nik Suhana yang perasan Adam sedang makan di tempat biasa mula merapikan tudungnya. Senyuman yang manis dihadiahkan untuk Adam walaupun Adam tidak membalas kerana ralit menjamu selera makanan yang dihidangkan atas meja.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...