Part 14

13.8K 804 10
                                    

"Awak keluar jom? Saya cuti, awak pun cuti." Ajak Adam mengangkat kening. Mata Nik Nufa meliar memerhatikan jika ada jiran yang melihat mereka berduaan di depan rumah walaupun mama dan ayah ada di dalam.

"Ish, malaslah. Aku nak tidur. Penat tahu tak?" Nik Nufa menolak. Selendang kelabu dibetulkan supaya tidak menampakkan anak rambutnya.

"Alaa... asyik tidur je. Keluarlah ambik angin. Barulah sihat, segar." Pujuk Adam lagi.

"Jomlah kak, Su pun bosanlah duduk rumah je cuti-cuti ni." Ajak Nik Suhana pula. Nik Nufa menjeling tajam ke arah Adam.

"Fine." Nik Nufa berjalan lemah masuk ke bilik menukar baju diikuti Nik Suhana memilih dress serba pink.

"Kau memang takde baju lain? Naik geli mata ni tengok warna tu." Sindir Nik Nufa melihat dari jauh.

"Biarlah. Taste orang kan lain-lain. Macam abang Adam, pelik betul dia boleh selera dengan akak." Perli Nik Suhana kembali.

Eh budak ni. Kecik besar kecik besar je aku tengok.

"Kita nak pergi mana ni Abang Adam?" Tanya Nik Suhana di tempat duduk belakang.

"Adalah. Rahsia." Ujar Adam tersengih.

"Jauh lagi ke Abang Adam?" Tanya Nik Suhana lagi setelah beberapa minit kereta bergerak.

"Tak jauh dah. Depan tu je."

"Eh kau duduk diam-diam boleh tak? Bising!" Rungut Nik Nufa bermain dengan tali pinggangnya.

Alaaa... tanya je.

"Kau bawak aku pergi taman? Buat apa? Bosan tahu tak!"

"Lah, kan saya dah cakap nak bawak awak pergi ambik angin. So inilah tempat paling sesuai. Taman, ada bunga pokok hijau. Best apa?"

Nik Nufa terus meluru ke arah buaian. Rasanya sudah lama tidak merasa naik buaian. Senyuman diwajahnya terukir manis apabila buaian itu mula bergerak. Dia tidak peduli kanak-kanak lain merenungnya, janji hasratnya mahu naik buaian dipenuhi.

"Tengok tu. Kakak Su, tadi merungut. Sekarang macam kanak-kanak tadika." Adam tersengih melihat gadis itu gembira.

Cantiknya senyuman itu. Kenapa dia tak senyum selalu? Ingatkan tak pandai senyum. Haih, manisnya... bergetar tulang rusuk.

"Su kenal Dokter Sabrina?" Tanya Adam tiba-tiba.

"Err--- siapa tu? Dokter apa? Su tak kenal rasanya." Nik Suhana berdalih. Dia hairan bagaimana Adam boleh terfikir untuk menyebut nama itu.

"Oh. Takpelah. Abang tanya je."

Aduh!

"Adik lain kali main bola elok-elok ye?" Pesan Adam lembut.

Budak lelaki tadi terus menangis di depan Adam. Nik Suhana turut terkejut. Ini kalau orang tengok, mereka pula yang dituduh usik budak-budak. Puas Adam memujuk budak lelaki itu namun tangisnya semakin kuat.

"Nampak sangat budak tak suka kau!" Sindir Nik Nufa dari jauh yang turut melihat mereka.

Adam dan Nik Suhana segera mengajak Nik Nufa balik setelah hari sudah hampir petang. Nik Nufa berat hati mahu meninggalkan buaian tadi terpaksa bangun dan segera meluru ke parking.

"Awak senyum?" Arah Adam mahu mengambil gambar.

"Taknak." Nik Nufa menayangkan belakang badannya sambil membuat peace.

Apalah. Gambar bontot je?

"Kita selfie dua orang jelah, Su." Sengaja Adam mahu menyindir Nik Nufa.

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now