Part 33

7.6K 470 10
                                    

Kaki Adam terasa lemah melihat Doktor Sabrina baru keluar ruang kecemasan bersama beberapa orang pakar lain mengiringinya menuju kepada Adam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki Adam terasa lemah melihat Doktor Sabrina baru keluar ruang kecemasan bersama beberapa orang pakar lain mengiringinya menuju kepada Adam. Hati Adam sungguh masih ingin melihat sepasang mata cantik milik isterinya. Semakin dekat jarak Doktor Sabrina, semakin debaran membunuh harapannya. Mata Adam terpejam menanti perkataan itu keluar daripada bibir Doktor Sabrina.

"She's fine,"

Apa maksud she's fine? Okay dari segi mana? She's dying just now! Darah tak berhenti keluar dari mulut Nufa tadi.

"What do you mean?"

"I said she's fine Adam. Your wife dah selamat menerima hati baru. Kami dah keluarkan hati lama Nufa and then teruskan prosedur pemindahan hati baru. Alhamdulillah everything seems well. Buat masa sekarang kita cuma kena tunggu Nufa sedar, oh! Tahniah dah bergelar suami orang." Jelas Doktor Sabrina lancar. Dia sendiri akui ini adalah operation yang paling sukar memandangkan keadaan hati Nik Nufa sudah benar tenat, nasib gadis itu baik kerana seseorang telah datang tepat pada masa untuk mendermakan hatinya buatnya. Semua ini adalah keajaiban yang Allah tunjukkan, andai saja hati penderma itu tidak sesuai buat Nik Nufa sudah pasti nyawanya tidak tertolong tadi.

"Mama dengar tak tadi? Papa dengar tak? Ayah dengar? Nufa selamat!" Adam memeluk erat tubuh Dato Hazlan tanda dia benar teruja. Semua yang menunggu juga kelihatan sudah boleh menarik nafas lega setelah mendengar berita itu daripada Doktor Sabrina. Tapi siapa yang dermakan hati untuk Nufa?

"Bella mana?" Tanya Adam setelah mendapati Sheikh Azad hanya berdiri seorang diri dibelakangnya.

"Pergi tandas." Jawab Sheikh Azad sepatah. Gila ke apa Adam? Takkanlah budak Russia tu nak bagi organ kat isteri kau. Logik ke?

Oh tandas, bukan dia lah yang derma. Tapi siapa?

"I saw you husband..."

Perkataan yang keluar daripada mulut Nik Nufa sebaik saja melihat Adam malu mahu berdepan dengannya.

"Pergilah, isteri dah panggil." Sheikh Azad menolak Adam supaya terus masuk ke dalam menemani isterinya. Malu malu kucing konon!

Seluruh ahli keluarga sudah tidak sabar mahu menunggu Nik Nufa dipindahkan ke wad biasa sebelum dibenarkan berjumpa dengan keluarga masing-masing. Nik Nufa tidak menyangka dia diberi peluang sekali lagi untuk terus hidup bersama dengan orang yang dia sayang. Benar kata Rania, ramai yang sayangkan aku. Aku tak boleh pergi lagi.

"Awak rasa macam mana?" Tanya Adam mengambil tempat disebelah isterinya. Senyuman Nik Nufa sudah kian mekar, dia benar seorang pejuang yang hebat.

"Rasa macam mati hidup semula," ungkapan itu paling sesuai menggambarkan keadaannya.

"Adam takut Nufa pergi tadi,"

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now