"Kak bangun! Big day!" Kejut Nik Suhana teruja. Nik Nufa bangun lantas menggosok matanya memperlihatkan jam di dinding masih pukul enam pagi. Orang lain yang nak bertunang, orang lain yang terlebih syok sendiri!
"Adik bukak ke topi akak semalam?" Tanya Nik Nufa menyedari topinya ada di tepi bantal. Seingat aku topi ni aku pakai masa tidur.
"Mana ada. Terbukak kot masa akak tidur. Akak kan tidur ganas." Usik Nik Suhana mencapai tuala lantas ke bilik air dengan segera takut terlepas pula Subuh.
Nik Nufa merenung topi tadi sejenal sebelum kembali mengutip rambutnya yang gugur bersepah di atas bantal. Hati siapa tidak sedih melihat semakin hari rambutnya yang gugur semakin banyak. Kulit kepala juga sudah jelaa kelihatan jika rambutnya diselak. Nik Nufa mulai teringatkan Adam. Lelaki itu benar-benar bersungguh mahu memperisterikannya meskipun dia tahu umur Nik Nufa tidak panjang. Sangkaannya Adam akan berundur saat tahu penyakit yang dihidapinya namun apa yang lelaki itu lakukan sungguh diluar jangkaan, tak terduga.
"Majlis pukul berapa?" Tanya tokwan menyediakan sarapan. Matanya masih memandang cucunya, Nik Nufa.
"Pukul sepuluh pagi." Balas Nik Suhana pantas. Nik Nufa yang lengkap dengan baju kurung warna merah jambu lembut sedang duduk di sofa menunggu seseorang. Tangannya masih memegang telefon menantikan panggilan daripada buah hatinya, Pakyah.
Trut trut trut!
"Ayah!" Suara Nik Suhana dan Nik Nufa serentak menjerit sebelum panggilan itu segera diangkat.
"Hello, ayah kat mana?" Tanya Nik Nufa berebut mahu bercakap dengan orang tuanya.
Nik Nufa mengangguk saja sepanjang bercakap dengan ayahnya. Air mukanya kelihatan sangat gembira seperti ada berita baik. Nik Suhana dan tokwan menunggu dengan penuh penasaran. Nik Nufa hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya sengaja menambah debar.
"Macam mana?" Tanya tokwan sebaik saja telefon Nik Nufa letakkan.
"Ayah cakap--- dia takut dia tak sempat." Balas Nik Nufa bernada sedikit sayu. Sebenarnya dia sudah tahu kedua orang tuanya dalam perjalanan pulang sekarang bahkan hampir sampai.
"Takpelah. Tokwan kan ada." Pujuk tokwan cuba gembirakan hati cucunya.
Nik Suhana segera berlari membuka pintu apabila menyedari loceng rumah ditekan seseorang. Makanan yang ditempah oleh ayah sudah sampai dibawa oleh beberapa orang kenalan ayah. Meja yang tadinya kosong sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Nik Nufa melihat jam dinding sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Hanya tinggal satu jam saja lagi sebelum rombongan lelaki tiba.
"Dah takpayah tengok jam. Masuk makeup." Sindir Nik Suhana. Nik Nufa mengeluh panjang terpaksa menurut saja kehendak adiknya.
Mesej from Adam :
Saya dah ontheway. Tak sabar nak jumpa awak.Nik Nufa membesarkan bola matanya terkejut menerima mesej sebegitu. Jantungnya semakin berdebar pula saat merasakan tekanan semakin menjadi-jadi. Dia akui sudah banyak kali berjumpa dengan keluarga Adam namun rasa gugupnya kali ini lain macam sangat.
"Kenapa?" Tanya Nik Suhana.
"Adam dah ontheway!"
"Yay!" Sengaja Nik Suhana kecoh. Lagi lagi apabila melihat wajah kakaknya sudah berkerut ketakutan.
🥀🥀🥀
"Adam cuba last check, takut ada yang tertinggal." Arah Datin Hawa menoleh ke tempat duduk belakang kereta suaminya. Matanya tajam memastikan takkan ada barang yang tertinggal.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...