Part 40 (ending)

16.2K 723 152
                                    

(Song - Nidji, Sumpah Dan Cinta Mati & Hafiz Suip, Hanya Ingin Kau Cinta)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Song - Nidji, Sumpah Dan Cinta Mati & Hafiz Suip, Hanya Ingin Kau Cinta)

"Agaknya bulan madu Azad dengan Bella macam mana ya sayang?" Tanya Adam masih mahu menyibuk apabila teringatkan dua pengantin baru itu meskipun sedang berbulan madu bersama isteri. Nik Nufa memandang sekilas ke arah Adam, tak berkata apa-apa malah hanya tersenyum saja.

"Macam mana sayang tahu Adam boleh bimbing sayang dan boleh jadi suami yang baik? Yelah, dulu kan rambut Adam ni oren lah merah lah. Solat pun tidak. Bukan ke semua tu dah menguatkan alasan kenapa Nufa kena tolak Adam?" Tanya Adam memandang ke kanan melihat isterinya mahukan jawapan. Jawapan yang mampu merungkai segala pertanyaan yang terbit di mindanya walaupun kata orang jangan persoalkan kerja Tuhan. Jodoh itu rahsia.

"Sikap manusia tu senang dibentuk tapi hati? Hati tu menentukan segalanya. Hati Adam tak menggambarkan sikap Adam yang sesungguhnya. Hati Adam polos, andai Adam bukan calon suami yang baik... untuk apa Adam usahakan berubah? Untuk apa Adam berusaha tunaikan semua syarat bodoh Nufa?" Nik Nufa kemaskan lagi pautan tangan di lengan Adam.

"Syarat yang Nufa bagi tak bodohlah. Mati hidup semula pun Adam masih tetap akan memilih Nufa sebagai isteri Adam." Nada suara Adam menidakkan apa yang diomong oleh isterinya tadi.

"Adam, terima kasih sentiasa memaafkan perempuan degil ni, perempuan kasar ni, perempuan baran ni... terima jadi isteri? Nufa macam tak percaya. Adam memang gila, nak peristerikan orang yang nak mati." Nik Nufa tergelak kecil lantaran melentokkan kepalanya ke bahu Adam. Matanya sengaja dipejamkan menadah setiap hembusan angin menyapa wajahnya.

Kenapa Nufa cakap macam ni? Kenapa mesti diungkit semua yang sudah terjadi? Kenapa mesti diselitkan perkataan mati dalam setiap hari harinya?

"Adam tahu tak apa yang Nufa teringin sangat? Nufa nak Adam bahagia. Senyum Adam memang sejuta dalam satu, manis je. Kalau muncung terus buruk!" Usik Nik Nufa menyebabkan Adam ketawa tidak boleh menerima gurauan nakal isterinya.

"Amboi puji melambung ni Nik Nufa Nik Yahzid nak apa sebenarnya? Ada lah tu yang dia nak mintak nanti."

"Terima kasih untuk cinta dan kasih ni Adam,"

Perbualan mereka terhenti seketika tatkala Adam membiarkan saja angin dingin menyapa tanpa ada sebarang suara menganggu ketenteraman alam. Percutian kali ini sememangnya yang paling bermakna tambah pula bersama dengan insan yang paling dia cintai. Kaki Adam dihayun ke depan dan belakang persis anak kecil duduk di tepi kolam, tangannya masih belum melepaskan genggaman kemas Nik Nufa. Biarlah genggaman isterinya kekal begitu saja. Pimpinlah tangan aku disaat aku bangun dan jatuh Nik Nufa...

"Sayang, dah petang ni. Its time for berkasih sayang, spend time puas puas. Esok kan kita dah nak balik..." Adam menggerakkan sedikit kepalanya mahu memandang wajah Nik Nufa yang masih setia disisinya. Senyuman demi senyuman yang Adam ukirkan tatkala isterinya masih menggenggam jari jemarinya walaupun tidaklah sekuat genggaman tadi, cukup untuk Adam mengetahui bahawa Nik Nufa tidak akan sesekali meninggalkan dia seorang diri.

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now