"Adam awak nak bawak saya pergi mana?" Tanya Nik Nufa dibawa lari oleh Adam daripada restoren. Dah lah bawak lari, tak minta izin ayah.
"Adam, kalau mama awak tahu macam mana? Silap-silap dia serang keluarga saya lagi. Kita nak pergi mana ni?" Tambah Nik Nufa lagi memandangkan Adam hanya berdiam diri sejak dari tadi. Keretanya dipandu laju entah menuju kemana.
"Adam!"
"Shhh... awak duduk diam-diam je Nufa. Dah sampai nanti saya bagitahu." Balas Adam tidak mahu Nik Nufa terus mempersoalkan tindakannya. Bibir Nik Nufa dicebik lantas tangannya disilangkan berpeluk tubuh. Matanya cuma tertumpu ke arah jalan raya saja. Hati Nik Nufa jujur tidak selesa memandangkan dia keluar begitu saja tanpa pamit.
Mesej untuk ayah :
Nufa keluar dengan Adam. Kejap lagi Nufa balik. Ayah jangan marah ye?Ting!
Satu mesej masuk barangkali daripada ayahnya, Nik Nufa segera membuka mesej itu membaca.
Mesej daripada ayah :
Ayah dah tahu. Adam dah minta izin tadi. Jaga diri.Oh patutlah releks semacam? Ada perancangan sulit rupanya, siap bersubahat dengan ayah lagi.
🥀🥀🥀
"Auntie! Kenapa Mila nampak Adam keluar dengan perempuan tu?!" Rungut Mila sebaik saja menjejakkan kakinya masuk ke dalam rumah Datin Hawa. Bukan saja matanya yang sakit malah hati juga setelah melihat Adam menarik lengan Nik Nufa sejurus dia lalu didepan restoren itu semasa dalam perjalanan ke sini.
"Auntie! Dengar ke tak apa yang Mila cakap ni? Auntie ni, kata nak Mila kahwin dengan Adam tapi lansung tak nasihatkan Adam----"
"Mila, auntie minta maaf terpaksa batalkan niat untuk jadikan Mila menantu auntie. Auntie dah sedar kebahagiaan Adam lebih penting sekarang. Lagipun auntie dah tahu kerja Mila..."
Apa? Tak jadi kahwin?! Tak, tak. Semua ni tak boleh terjadi.
"Mila boleh berubah lepas jadi isteri Adam, please auntie..." Mila memegang tangan Datin Hawa masih cuba memujuk perempuan itu supaya menerimanya menjadi menantu.
"Mila carilah orang lain untuk bimbing Mila. Anak auntie pun masih belajar, itupun selepas dia kenal dengan Nik Nufa. Auntie yakin ada yang lebih baik untuk Mila..."
No, tak boleh! Adam kena pilih aku!
Datin Hawa terkejut saat pintu pagar rumahnya dihempas kuat oleh gadis itu. Dia sedar Mila akan patah hati selepas ditolak menjadi menantunya namun apakan daya, hidup Adam lebih penting buat masa ini. Datin Hawa benar-benar harus menjernihkan hubungannya dengan keluarga Nik Nufa. Lagipun hatinya sudah mampu menerima apa yang terjadi semuanya adalah ketentuan Tuhan. Adam mesti disatukan dengan Nik Nufa...
🥀🥀🥀
"Suprise!"
Suprise? Harijadi aku ke harini?
"Kejap, aku tak faham... harini bukan harijadi aku rasanya---" Nik Nufa mengerutkan keningnya tidak mengerti kenapa sahabat team futsalnya memberi kejutan.
"Siapa cakap harini harijadi kau? Oh come on lah, suprise ni sengaja kitaorang buat untuk bagitahu kau team kita layak pergi final futsal tournament hujung minggu ni!" Ujar Rania memeluk bahu Nik Nufa lantas dibawa gadis itu duduk dalam kelompok sahabat lain.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...