Adam menguap tatkala lampu semakin malap. Ini kali pertama dia memandu kereta sejauh ini apatah lagi di tengah malam. Nik Nufa kelihatan sudah mamai-mamai. Barangkali mengantuk. Kepala Nik Nufa mengiring ke kanan akibat sudah terlena. Ini kali pertama dia melihat gadis itu memejamkan mata. Wajahnya kelihatan tenang bebas daripada kening berkerut.
"Kuat betul Pak Yah tahan mata. Huarghh!" Rungut Adam seorang diri.
Eh siapa tu? Adam menggosok matanya berulangkali. Apa yang dilihatnya sangat jelas, seorang wanita tua berpakaian serba putih menahan kereta supaya berhenti.
"Nufa, ada orang kat tengah jalan tu." Adam kejutkan Nik Nufa setelah perasan wanita tua itu melambai-lambai m.
"Adam, jangan kacau aku tidurlah. Ish!" Bentak Nik Nufa mengiring kepalanya ke kiri.
"Ada oranglah!" Sekali lagi Adam mengejutkan Nik Nufa sekaligus gadis itu membuka luas matanya.
"Adam kau jangan berhenti! Langgar je. Ayah aku cakap tempat ni keras, kalau kau berhenti buruk padahnya. Langgar je!" Arah Nik Nufa dalam keadaan terkejut. Kereta ayahnya juga sudah tidak kelihatan.
Adam memejamkan matanya tidak sanggup namun dia percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Nik Nufa. Suasana begini selalu terjadi apatah lagi di kawasan jalan kampung begini. Adam menarik nafas lega serentak Nik Nufa apabila berjaya melepasi laluan tadi. Berpeluh-peluh dahi Adam menahan ketakutan. Lampu kereta Pakyah kelihatan jelas didepan keretanya kali ini.
"Awak okay?" Tanya Adam menggigil.
"Aku okaylah. Dah biasa. Dari kecik biasa nampak jalan-jalan sunyi macam ni. Kau tu, hahahaha penakut!" Gelak Nik Nufa sinisz Adam membuka radio supaya rasa takutnya berkurangan. Berani betul Nufa ni. Ingatkan brutal-brutal penakut. Malunya aku!
"Yang mana satu rumah tokwan awak?" Tanya Adam mengikuti Pak Yah yang masuk ke lorong penuh rumah kampung berderet.
"Kau ikut ayah je. Ayah berhenti, kau berhentilah." Jawab Nik Nufa masih mamai lagi. Dia memang tiada mood kalau tidurnya diganggu. Adam meneliti satu persatu rumah kampung situ. Kawasan rumah disini ternyata sangat luas. Rumah pula kelihatan mewah walaupun berkonsep rumah kampung.
"Ya Allah cucu tokwan!" Tokwan berlari sebaik saja ternampak anak cucunya masuk ke kawasan rumah. Adam masih ralit memerhatikan sekitar rumah tokwan. Amazing kot! Ada taman, kolam ikan, telaga.
"Hoi! Salam tokwan lah!" Bisik Nik Nufa menarik baju Adam sedikit.
"Yang molek ni siapa? Menantu ke?" Tanya tokwan kepada Mek Wan. Mek Wan tersengih apabila Adam disangka menantunya. Sempatkan Adam meng-Aminkan kata-kata orang tua itu.
"Kawan-- Nufa. Saja dia ikut balik kampung." Jawab Mek Wan ringkas. Adam kembali bersalaman dan menolong Pak Yah mengangkat barang turun dari kereta.
"Kalau jadi cucu menantu, apa salahnya." Bisik Tokwan ke telinga Mek Wan. Terkekek-kekek bunyi mereka berdua ketawa.
Nik Nufa menguap berulangkali apatah lagi terkena kipas di ruang tamu. Dia berjalan masuk ke bilik yang disediakan oleh tokwan diikuti Nik Suhana. Adam masih mahu berbual dan berkenalan dengan tokwan. Seronok melihat Pak Yah dan Mek Wan masih ada orang tua sedangkan nenek belah papa dan mama sudah lama meninggal.
"Adam mengantuk? Pergilah masuk bilik hujung tu." Arah tokwan menunjukkan bilik bersebelahan bilik Nik Nufa. Dua beradik itu mula mengheret beg masing-masing masuk ke bilik kerana sudah benar-benar mengantuk.
Adam menggeliat meregangkan urat-urat setelah penat memandu. Ini baru permulaan Adam, takkan kau dah mengalah kot. Lepas kahwin, kalau Nufa nak balik kampung selalu sanggup ke kau?
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...