Part 16

12.8K 793 33
                                    

"Adam bangun, aku--- saya minta maaf... semua ni salah saya. Selama ni saya tak pernah kisah pun pasal awak. Saya tak pernah hargai keikhlasan saya. Saya---"

Toktok!

"Nufa, maa nak balik dah. Su ngantuk. Nufa ikut maa balik? Nufa rehat kat rumah."

"Taknak maa... Nufa nak teman Adam kat sini. Nufa janji kalau Adam dah bangun, Nufa balik." Balas Nik Nufa mengesat airmatanya.

Mekwan menutup kembali pintu bilik ICU. Lima minit selepas keluarga Nik Nufa balik, pintu bilik itu ditolak sekali lagi. Nik Nufa sangkakan itu mamanya namun suara itu jarang sekali didengarinya.

"Makcik, Nufa keluar dululah ye?"

"Makcik jumpa Adam sekejap ye?"

Nik Nufa keluar duduk di kerusi paling hujung. Tindakan nekad Adam membayanginya. Visual detik-detik dia menemui Adam semula dalam keadaan berlumuran darah, Nik Nufa memejamkan matanya. Lemah sungguh hati ini melihat dia terlantar, perbuatan jahat kau hampir meragut nyawanya.

Apa kau dah buat ni Nufa?

"Nufa sabar ye? Kak Tia yakin Adam kuat." Pujuk Kak Tia menggosok belakang Nik Nufa.

"Sayang jom masuk tengok Adam, mama dah keluar." Abang Raz mencelah. Kak Tia terpaksa meninggalkan Nik Nufa sendirian di situ.

"Saya suka tengok awak marah. Comel sangat!"

Nik Nufa mengangkat mukanya melilau mencari pemilik suara itu. Menyedari Adam masih tidak sedarkan diri, dia kembali menundukkan mukanya. Airmatanya menitik tanpa dia sedari. Dia benar-benar rindukan suara itu. Selalunya hari-hari suara itu menjadi 'audio' terbaik di hari-harinya.

"Makcik, Nufa minta maaf..." Nik Nufa mencium tangan Datin Hawa. Airmatanya mengalir lagi sekali.

"Bukan salah Nufa, ini takdir Allah. Nufa doakan Adam ye? Makcik tahu Nufa tabah." Pujuk Datin Hawa walaupun hatinya menanggung lebih keperitan melihat anak kesayangannya terbaring kaku. Selalunya Adam demam biasa saja, Datin Hawa sudah risau separuh nyawa. Inikan pula...

                       🥀🥀🥀

"Dik? Bangun dik. Dah masuk waktu Subuh."

Nik Nufa bangun menggosok matanya. Rupa-rupanya dia terlena di atas sejadah dan masih bertelekung. Nik Nufa segera menanggalkan telekung lantas mengambil semula wudhuk.

Setiap bacaan doanya disertai dengan nama Adam dan linangan airmata, dia benar-benar rasa menyesal tidak membuka hatinya untuk lelaki sebaik itu. Jika ditakdirkan Adam sedar semula, dia berjanji akan berubah dan bahagiakan Adam hingga hujung nafasnya.

"Adam, bangun. Saya dah solat. Awak ni... tak elok tau tinggal solat. Cepat bangun."

"Awak yang cakap dengan saya tidur selalu tak elok, kita kena keluar pergi taman ambik angin barulah sihat. Kan?"

Nik Nufa menundukkan wajahnya menahan sebak. Bunyi esakannya memenuhi ruang bilik itu.

"Adam... bangun. Tolonglah..."

                          🥀🥀🥀

"Bila adik nak sedar mama? Hari-hari kita tengok, takde perubahan pun..."

"Tia, mama percaya Adam kuat. Apatah lagi ada Nik Nufa. Mama sendiri tengok macam mana Adam berjuang demi Nik Nufa. Tia percayalah... Adam mesti bangun."

"Papa nak panggil orang masjid buat bacaan yassin malam ni. Moga-moga Allah bantu kita." Ujar Dato Hazlan.

Nik Suhana memandang ke luar, tempat biasa Adam duduk apabila singgah makan di situ. Kosong rasanya apabila kehilangan orang yang periang seperti Adam. Suara akak pun dah takde. Agaknya kalau akak dah pergi, aku rasa sunyi macam ni?

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now