Belum sempat Nik Nufa mengambil pesanan Adam, namanya dipanggil segera masuk ke dalam. Ada lah tuh yang tak kena!
"Dah nak kahwin kawan aku ni! Muka dah lah jambu." Azad mencubit pipi Adam berulangkali. Gurauan mereka tidak seperti brotherhood lain yang tumbuk di lengan masing-masing.
"Sakitlah Azad! Kau ni. Orang tengoklah. Malu aku." Bantah Adam menolak tangan Azad tanda tidak mahu pipinya 'dicabul' lagi.
"Biarlah! Balasan untuk kau. Lepas ni soroklah apa-apa dari aku lagi. Aku kerat pipi kau, buat sup. Sedap jugak tu." Ugut Azad menarik lagi pipi Adam. Adam hanya merelakan saja demi sahabatnya. Janji kau tak marah dengan aku Zad...
Dah serupa gay dengan kawan dia. Main tarik-tarik pipi. Tapi--- muka dia hahahaha kelakar.
Perasan Nik Nufa tersenyum memandangnya, Adam hanya merelakan Azad menarik pipinya lagi sehingga merah. Mungkin Nik Nufa suka melihat dia dibuli.
"Nufa, ambik order meja Adam tu!" Arah Mek Wan sengaja.
Hah adik mana adik, orang taknaklah maaaa!
"Tunggu apa lagi? Cari adik? Adik takde. Adik solat." Balas Mek Wan melihat Nik Nufa gelabah masuk semula ke dalam.
Dia terpaksa berjalan semula ke meja Adam sambil memegang menu. Wajah Adam jelas menunjukkan dia gembira dan mengalu-alukan ketibaan gadis itu.
"Hmm nak makan apa?" Tanya Nik Nufa acuh tak acuh. Menu yang dia pegang diletakkan sedikit kasar.
"Kau yakin ke dia ni pilihan hati kau? Kasar nauzubillah." Bisik Azad perlahan tidak peduli diperhatikan oleh Nik Nufa.
Nak pesan makan ke nak mengumpat aku. Ish!
"Nik Nufa, bagi Adam macam biasa and then harini nak try ABC pulak." Pesan Adam sambil tersenyum sebelum memulangkan menu tadi tanda sudah selesai membuat pesanan. Setelah Azad menyerahkan menu, Nik Nufa segera beredar tidak mahu terlalu lama berada di situ lagi. Naik menyampah pandang dua lelaki tadi. Lelaki apa suka mengumpat? Pesen makcik-makcik!
"Uih dah tahu dah menu Abang Adam. Macam biasa!" Usik Azad membahan sahabatnya sambil ketawa mengekek-ngekek.
"Aaah diamlah kau. Aku ni pelanggan tetap. Sah-sah lah dorang dah tahu aku nak apa." Balas Adam membela dirinya.
Sementara menunggu pesanan sampai, Adam sempat perasan wajah Azad seperti menanggung masalah yang berat. Nak tanya ke tak? Kalau tak tanya, kesian pulak.
"Azad, kau ada masalah? Kalau ada ceritalah." Tegur Adam. Azad memandangnya aneh. Jelas sangat ke muka ni tengah memikirkan masalah?
"Sebenarnya--- abang aku makin teruk. Ramai bagi cadangan supaya dia dirujukkan ke pakar. Abang aku tak gila Adam!" Luah Azad sedikit marah. Adik mana yang tak marah abangnya dituduh gila?
"Kau sabar eh Azad, mungkin ada hikmah semua ni jadi. Aku harap kau support abang kau. Ini masa dia susah, siapa tahu akan datang mungkin dia pulak support kau." Pesan Adam memegang bahu Azad yang jelas mengeluh panjang.
"Memang. Hikmahnya abang aku takpayah kahwin dengan perempuan macam tu, bercinta bagai nak rak. Janji bulan bintang kesudahnya? Dia tinggalkan abang aku macam tu je? Eh seriouslah. Aku memang susah nak percaya mana-mana perempuan lepas ni. Cukuplah adik dengan mak aku." Jelasnya panjang lebar. Adam hanya mengangguk setuju saja mahu menyedapkan hati Azad. Adam berharap satu hari seorang perempuan akan hadir dalam hidupnya, mampu buka hati Azad. Ubah pendiriannya.
Susah nak percaya perempuan? Eeee sah dorang gay. Tadi main pipi sekarang melarat pergi kat bahu pulak. Ya Allah geli geleman aku!
"Nufa, mengendap Adam eh?" Tegur Mek Wan meneka kegiatan anak gadisnya terjengah-jengah keluar.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...