Part 15

13.5K 786 33
                                    

"Ini ke Nik Nufa?" Tanya Kak Tia kepada Adam. Adam hanya mengangguk.

Ish dia ni. Bawak entah siapa-siapa pulak.

"Yes. Inilah orangnya. Nufa ini kakak sulung saya, Kak Tia. Yang sado tu abang ipar saya, Abang Raz." Adam mengenalkan mereka kepada Nik Nufa dengan bangga. Nik Nufa bersalaman dengan Kak Tia acuh tak acuh saja senyumnya.

"Menu apa paling sedap kat sini?" Tanya Abang Raz. Kak Tia masih membelek menu.

"Adam berani jamin yang kak Tia dengan abang Raz akan terbeliak mata lepas cuba Tomyam Seafood kat sini. Tak percaya, cubalah." Adam memberi cadangan sambil tersengih ke arah Nik Nufa.

Nik Nufa masuk ke dapur membuat muka menyampah. Pakyah tahu pasti Adam ada di depan. Nik Suhana keluar dari bilik air menjenguk ke luar. Nik Nufa masuk ke bilik merebahkan tubuhnya ke tilam. Terasa seluruh badannya sakit.

"Akak!" Jerit Nik Suhana setelah masuk ke bilik.

"Eh apedia lah, bingit tahu tak? Tutup pintu tu." Arah Nik Nufa mengangkat sedikit kepalanya.

"Tak! Tu!" Nik Suhana menunjukkan jarinya ke wajah Nik Nufa.

"Apa? Tudung aku? Ahh biarlah. Nanti aku betulkan." Jawab Nik Nufa kembali baring.

"Tak! Tuhhh. Hidung akak da---rah!" Jerit Nik Suhana.

"Hah?! Mana?" Nik Nufa terus bangun dari baring. Dia keluar dari bilik segera ke depan mengambil tisu.

Adam menjengahkan kepalanya setelah terlihat Nik Nufa keluar merentap satu bekas tisu masuk ke bilik.

"Kenapa?" Tanya Adam mencuit bahu Nik Suhana.

"Darah. Eh tak tak, hidung akak berdarah!" Balas Nik Suhana terbelit-belit.

Adam membuka kasutnya lalu mendekati Nik Nufa sedang mengelap darah yang tak henti-henti keluar dari hidungnya. Adam menegah Nik Nufa daripada mengelap lagi. Cara itu tidak akan membuat darah berhenti sama sekali.

"Su, ambikkan air batu letak dalam kain bersih!" Arah Adam panik. Nik Suhana bergegas menuruti arahan bakal abang iparnya.

"Awak jangan dongak macam tu, tunduk sikit." Arah Adam mengarahkan Nik Suhana membasahkan tuala kecil dari poketnya pula.

"Diamlah! Menyebok je. Keluar!" Halau Nik Nufa terus menghembuskan hidungnya.

"Awak duduk diam-diam? Biar saya tolong. Izinkan saya pegang hidung awak boleh?" Adam meminta izin. Tangannya lantas mengurut hidung Nik Nufa perlahan-lahan. Berkali-kali jugalah tangannya ditepis namun Adam masih berdegil mahu membantu gadis itu.

Kain yang lembap dibawa oleh Nik Suhana tadi digunakan untuk mengelapkan sisa-sisa darah yang masih di kawasan luar hidung Nik Nufa. Kain berisi air batu tadi diletakkan atas dahi berdekatan hidung Nik Nufa. Adam mengarahkan gadis itu supaya berdiam diri saja. Nik Nufa menurut saja kerana terpaksa. Ini kali pertama dia mengalami pendarahan  hidung.

"Jangan hembus lagi. Bernafas slow-slow," ujar Adam mula keluar membasuh kainnya tadi. Tisu-tisu yang digunakan oleh Nik Nufa tadi juga dibuangnya ke dalam tong sampah.

"Kenapa hidung akak berdarah?" Tanya Nik Suhana mengendap dari luar pintu.

"Rasanya... Su lebih tahu kan?" Balas Adam senyum sinis. Nik Suhana mengerutkan dahinya kehairanan. Apa maksud abang Adam?

Adam kembali duduk bersama Kak Tia setelah tangannya kering. Matanya tertancap ke arah makanan yang sudah sampai namun kepalanya melayang memikirkan perkara lain. Adam mengusap rambutnya sambil mengeluh.

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now