"Macam sekejap je rasanya cucu-cucu tokwan ada kat sini." Luah Tokwan. Suaranya sedih mengenangkan keluarga Pak Yah akan balik esok pagi.
"Alaa tokwan ni, kita ajak duduk sekali taknak. Sekarang sedih pulak. Nufa tak sampai hatilah nak balik esok..." Nik Nufa melentokkan kepalanya pada bahu tokwan.
"Tokwan gurau aje. Lumrah kehidupan bila anak cucu dah ada rumah sendiri, kerja sendiri. Tokwan cuma harap kita sempat jumpa lagi. InshaaAllah..." Ujar Tokwan tersenyum manis.
"Mek makan ubat dah ke?" Tegur MekWan selaku menantunya.
"Dah. Nafisah, mek nak pesan. Mu jagalah cucu-cucu mek molek ye? Fikir dulu bila mu nak buat keputusan untuk hidup anak-anak mu." Pesan tokwan kepada Mek Wan.
Sesi sebak menyelubungi mereka. Tak sanggup rasanya membiarkan orang tua itu duduk seorang diri di kampung.
"Jadi nama mekwan Nafisah?" Tanya Adam kepada Nik Suhana setelah terdengar perbualan mereka.
"Ha'ah. Nama maa Wan Nafisah. Nama ayah Nik Yahzid." Jawab Nik Suhana mengadap telefonnya dari tadi. Remaja seusia itu hanya tahu berhubungan dengan sahabat di sekolah melalui telefon apatah lagi cuti sekolah ini. Adam masuk bilik awal malam itu untuk merehatkan tubuhnya kerana esok mereka akan memulakan perjalanan yang sangat jauh. Pak Yah dari tadi sudah lena di sofa ruang tamu.
"Kenapa awak belum tidur lagi?" Tegur Adam terserempak dengan Nik Nufa apabila terjaga jam 2 pagi.
"Aku--- aku sedihla. Rasa macam taknak balik esok." Luah Nik Nufa bermain jarinya dibibir cawan.
"Saya pun."
"Kau memanglah. Dah seronok kena ushar anak dara Kelantan!" Omel Nik Nufa mengalihkan pandangannya ke arah mata Adam pula.
"Awak--- jealous kan?" Usik Adam.
"Mana ada. Jangan nak mengarutlah. Dah lah aku nak tidur." Nik Nufa segera mengelak berlalu masuk ke biliknya.
Dah cemburu taknak mengaku? Tapi bila masa dia ada hati kat kau Adam? Cemburu untuk orang yang dah sayang jelah.
🥀🥀🥀
"Ni kenapa buat muka kesian ni? Sorry saya memang tak sanggup kalau awak yang drive." Ujar Adam terlebih dahulu.
"Sengal. Aku sedihlah. Tak sanggup nak pandang muka tokwan!" Marah Nik Nufa.
Fuh selamat...
"Tokwan..." sebut Nik Nufa diselangi airmatanya mengalir. Dia tidak mampu lagi terus melambai ke arah tokwan. Matanya menangkap bayangan orang tua itu sebelum kereta Adam melepasi pintu pagar besar itu.
Pertama kali Nik Nufa menangis di depannya. Nak dipujuk takut kena marah, nak dibiar kesian pula. Adam menarik sesuatu di belakang dan menyerahkan tisu kepada Nik Nufa.
"Awak janganlah sedih... "
"Diamlah."
Okay diam Adam. Jangan tegur.
Sudah hampir setengah jam perjalanan, Nik Nufa masih tidak berhenti menangis. Entah kenapa hatinya terasa sebak sangat-sangat. Susah untuk digambarkan dengan kata-kata.
Aik? Kenapa Pak Yah berhenti kat sini. Tempat apa ni?
"Adam kita berhenti makan sini dululah ye? Maa Nufa pun nak shopping apetah."
Adam mengangguk setuju. Kereta di parking bersebelahan kereta Pak Yah.
"Nufa? Awak?"
Lah tidur rupanya... kesian. Nangis sampai tertidur.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...