Part 19

13.3K 749 24
                                    

"Ingat tau kak, kalau akak sakit. Akak baca doa yang adik cakap semalam. Maa pun cakap mujarab doa tu." Pesan Nik Suhana bersalaman dengan Nik Nufa di pintu depan. Adam menolong Nik Nufa mengangkat beg pakaiannya.

"Terima kasih Adam luangkan masa untuk jaga Nufa, inshaaAllah lepas habis meniaga pakcik dengan makcik datang sana." Ujar pakyah memeluk anak gadisnya.

"Nufa pergi dulu tau?" Pinta Nik Nufa segera masuk ke kereta.

                           🥀🥀🥀

"Kenapa muka awak pucat semacam ni? Takut? Jangan risaulah saya kan ada." Ujar Adam meneruskan memandu.

Semakin berdebar jantung Nik Nufa apabila ternampak papan tanda menyusur masuk ke hospital. Matanya terpejam rapat membaca doa yang diamalkan olehnya sejak kecil lagi.

"Kalau Nufa dalam kesusahan, kesakitan, kekeliruan doalah minta Allah kurangkan kesulitan kita." Ujar mekwan.

"Doa apa maaa?" Tanya Nik Nufa.

"Laillah hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin..."

"Awak? Dah sampai." Tegur Adam menolong Nik Nufa membuka tali pinggang.

"Awak jangan takut, saya selalu ada dengan awak." Ujar Adam tersenyum.

Mata Nik Nufa melilau memandang sekeliling hospital yang dipenuhi orang ramai. Semakin ramai jururawat yang dia nampak semakin gugup dibuatnya. Air liurnya entah berapa kali ditelan sejak dari tadi.

"Ahaaa Nik Nufa. Akhirnya datang juga untuk buat kimoterapi. Ini mesti Adam pandai pujuk kan?" Usik Dokter Sabrina setelah keluar dari biliknya.

Adam pujuk? Mana ada. Ayah yang paksa! Ya Allah takde cara lain ke...

"Kalau dah bersedia, kita boleh masuk wad dululah. Dalam sejam lagi kita dah boleh mulakan kimo. Okay?" Jelas Dokter Sabrina. Seorang jururawat menunjukkan arah ke bilik wad Nik Nufa. Kakinya terasa berat mahu melangkah.

"Ini baju untuk Cik Nufa ye?" Tunjuk jururawat ke arah baju hospital berwarna ungu.

"Awak pergilah tukar dulu. Saya tunggu kat sini." Arah Adam. Nik Nufa akur segera berjalan masuk ke bilik air lalu mengunci pintu.

"Dah siap ke awak?" Laung Adam dari luar.

"Err--- kejap." Sahut Nik Nufa dari dalam.

Adam segera mengalihkan pandangannya ke arah pintu apabila bunyi tombol dipulas. Nik Nufa kelihatan kurang selesa dengan baju dari hospital. Mukanya mencebik saja.

"Alalala comelnya awak pakai baju purple ni. Kiut sangat..."

"Awak jangan nak perli saya eh? Saya tumbuk awak kang!" Ugut Nik Nufa malu dilihat Adam memakai pakaian sebegitu.

"Oh kuatnya nak tumbuk kita, saya rela ditumbuk dengan tangan comel awak tu." Sekali lagi Adam mengusik. Nik Nufa menjeling manja saja. Pintu wad ditolak. Jururawat tadi masuk membawa jarum dan peralatan lain.

Dengan sekali tusukan saja, jarum sudah menembusi tangan Nik Nufa. Mata Nik Nufa ralit memerhatikan air garam menitik satu persatu. Jangankan nak keluar jalan-jalan, nak bangun pun Adam melarang.

"Awak keluar pergi mana? Cuba duduk diam-diam. Kan awak sakit."

"Hey, jangan panggil saya sakit. Saya kuat tau," balas Nik Nufa bangga.

"Saya tahu awak kuat, Nufa..." Ujar Adam menajamkan pandangannya ke arah Nik Nufa.

Toktok!

"Maaf ye Encik Adam kami perlu bawa Cik Nufa ke bilik lain. Dokter Sabrina akan mulakan rawatan chemo sekejap lagi."

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now