"Guess what?"
"What?"
"Kita akan bertunang dalam masa sebulan lagi." Ujar Adam menyuap aiskrim ke mulut Nik Nufa.
"Seriously?! Bila awak bincang dengan keluarga awak?" Tanya Nik Nufa ternganga.
"Awak ingat tak minggu lepas masa saya melamar awak kat kedai, kan mekwan suruh kita tunang. Balik je rumah saya terus bincang. Advance kan?" Ujar Adam mengangkat keningnya.
"Oh masa saya hampir jadi mangsa tercekik cincin tu. Tak romantik lansung tau. Cepatnya..." Sindir Nik Nufa bertukar menyuapkan aiskrim ke mulut Adam. Sesekali dia menenyeh aiskrim sengaja mahu muka Adam comot.
"Janganlah Nufa, nanti saya tak handsome. Orang tengok macam rabbit ada putih kat hidung ni." Balas Adam menyapu hidungnya yang terkena aiskrim.
"Adam... saya teringin nak pergi hospital wad kanak-kanak cancer." Pinta Nik Nufa sayu.
"Nak buat apa, nanti awak tak mampu kawal emosi awak menangis lagi. Saya tak suka awak menangis..." Bantah Adam merenung Nik Nufa. Nik Nufa memuncungkan bibirnya tanda merajuk.
"Okay, okay... saya bawak awak pergi esok tapi promise awak kena kawal emosi. Tak elok-elok budak-budak tengok awak menangis." Pesan Adam menurut saja kehendak Nik Nufa.
"Yay! Saya--- sayang awak." Ujar Nik Nufa.
🥀🥀🥀
"Maa keluarga Adam nak masuk meminang akhir bulan ni."
"Cepatnya! Sempat ke kita nak beli hantaran lagi." Balas Mekwan terkejut.
"Alaa maa kita buat simple-simple jelah."
"Mana boleh Nufa, ini pertunangan pertama dalam keluarga."
"Tapi... Nufa nak rasa macam orang lain. Rasa bertunang je."
"Nufa, Dokter Sabrina dah bincang dengan ayah. Ayah setuju kalau Nufa buat kimoterapi, Nufa?"
Nik Nufa menjengilkan matanya terkejut. Kimoterapi?
"Kimo tu sakit ayah... Nufa taknak..." suara Nik Nufa sayu saja.
"Tapi untuk kebaikkan Nufa..." tegas Pakyah.
"Haa kalau Nufa kimo, siapa nak jaga Nufa? Ayah dengan maa sibuk kat kedai. Su dah nak mula sekolah minggu depan. Takpayahlah kimo eh ayah?" Pujuk Nik Nufa.
"Eh ada orang lain boleh jaga Nufa." Balas mekwan.
Hah siapa?!
"Adam boleh jaga Nufa." Ujar pakyah lagi. Mekwan tersengih mengangkat kening.
"Adam maa?! Taknak. Dia belum sah jadi suami Nufa lah. Malulah."
"Bakal suami kan." Nik Suhana mencelah pula. Mekwan dan Pakyah turut tergelak kecil.
"Haaa tapi! Adam kan kerja. Haa kesian dia balik kerja kena jaga Nufa. Ish! Tak baik nyusahkan orang." Idea lain pula terlintas di fikiran Nik Nufa. Harapannya ayah dan mama batalkan saja rawatan kimoterapi.
"Kimoterapi bukan hari-hari Nufa. 2 kali seminggu je. Adam cuti kan sabtu ahad. Dah! Jangan nak ngelak lagi." Tegas pakyah. Nik Nufa mencebik berjalan masuk ke biliknya. Tawa Nik Suhana masih bersisa lagi.
🥀🥀🥀
"Goodmorning awak! Ready? So lets go." Ujar Adam gembira. Adam memerhatikan wajah gadis itu sedikit masam. Entah apa yang tak kena.
"Ni kenapa muka masam ni, kan kita nak pergi tengok budak-budak kat hospital. Semalam dah promise..."
"Ayah suruh kimo..." Rengek Nik Nufa lemah.
"Baguslah tu. Saya akan jaga awak, kita kena usaha awak. InshaaAllah awak boleh sembuh. Selagi boleh usaha, kita usaha... awak kena kuat. Jangan cepat mengalah." Pujuk Adam.
"Jadi awak dah tahulah saya kena kimo?!" Tanya Nik Nufa. Suaranya sedikit meninggi. Matanya dibesarkan.
"Er--- sebenarnya saya yang pujuk ayah awak. Saya nak awak cepat sihat..." jawab Adam serba salah.
"Oh awak punya kerjalah?! Ish... bencilah macam ni." Rajuk Nik Nufa mengalihkan pandangannya.
"Alaa benci? Kata sayang saya..." Adam mencebik.
"Memanglah saya sayang awak tapi awak yang tak sayang saya, awak sanggup tengok saya sakit..." Balas Nik Nufa seolah-olah memperli.
"Awak, pandang saya. Sebab sayanglah saya nak awak buat rawatan tu. Look, Dokter Sabrina risau awak takkan bertahan lama kalau tak buat kimo. Bergantung pada ubat tak membantu Nufa... at least sel kanser mesti dimatikan." Terang Adam. Nik Nufa mengeluh panjang. Visual Raysha bermain di fikirannya.
"Encik dengan Cik boleh tengok dari jauh je. Takut menganggu ibu bapa pesakit."
"Yang adik hujung tu, boleh saya tahu nama apa?" Tanya Nik Nufa menunjukkan jarinya ke arah kanak-kanak perempuan yang memakai snowcap.
"Itu adik Qasreena. Berumur 8 tahun. Dua jam yang lepas baru buat rawatan kimoterapi. Adik tu memang kuat, hampir dua tahun bertahan dengan sakit dia." Terang Dokter yang bertugas. Nik Nufa mendekatkan mukanya dengan cermin di luar wad kanak-kanak pesakit cancer. Sungguh menyayat hati apabila melihat keadaan adik itu persis dengan Raysha dulu.
"Yang baby lelaki depan tu?" Adam menunjukkan ke arah bayi putih bersih saja wajahnya.
"Baby Hadim. Berumur setahun setengah. Kesian... kecik lagi tapi kena sakit macam ni." Jelas Dokter itu lagi. Luluh hati Nik Nufa melihat bayi sekecil itu menangis apabila jururawat menerpa ke arahnya. Suntikan itu pasti menyakitkan dia.
"Nufa... awak okay?" Tanya Adam setelah melihat mata Nik Nufa berkaca."Dokter, terima kasih luangkan masa untuk kami. Rasanya kami minta izin untuk balik dulu ye? InshaaAllah ada kelapangan saya datang lagi. Terima kasih." Ujar Adam segera memegang bahu Nik Nufa keluar dari situ.
Melihat ada bangku di luar wad kanak-kanak itu, Adam segera menyuruh Nik Nufa duduk dan menenangkan dirinya terlebih dahulu. Sapu tangan biru dihulurkan kepada Nik Nufa. Airmatanya menitik tatkala menahan sebak dari tadi.
"Saya minta maaf... saya sedih. Kenapa mesti dorang sakit macam tu, dorang kecik lagi awak..." luah Nik Nufa dalam esakan.
"Itulah namanya Ujian Allah awak, Allah beri dugaan tak kira umur. Allah takkan beri dugaan melebihi kemampuan hambanya. Allah tahu awak kuat..." Pujuk Adam tersenyum.
"Look, esok awak kimo kali pertama. Saya taknak tengok awak sedih, stress macam ni. Okay?" Ujar Adam lagi.
🥀🥀🥀
"Maaa datang tengok Nufa tak esok?" Tanya Nik Nufa. Mekwan menelan air liur.
"Maa cuba datang, maa percaya Adam boleh jaga Nufa."
"Nufa nak maa ada dengan Nufa..."
Suara sayu Nik Nufa benar-benar membuatkan Mekwan tidak tahan. Hatinya sebak. Mana mungkin dia menolak apabila Nik Nufa merengek sebegitu.
"Akak, akak jangan takut tau. Akak pura-pura kuat je. Macam ni." Usik Nik Suhana menunjukkan lengannya ala-ala ahli bina badan.
"Eleh, mengada. Haa barang sekolah dah beli ke belum? Sukalah tu nak jumpa pakwe-pakwe sekolah." Sindir Nik Suhana memandangkan dia tahu adiknya ini dikenali ramai juga di sekolah. Ada saja surat cinta hari-hari.
"Barang sekolah nanti adik belilah. Sekarang ni paling penting, akak tidur awal. Kena banyak rehat." Pesan Nik Suhana. Wajah adiknya ditatap lama. Semua orang lebih mementingkan kesihatannya ketika ini. Sakitnya benar-benar menyusahkan.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...