"Is he okay?! Everything gonna be okay right? Tell me Adam!" Hambur Isabella memukul dada Adam apabila lelaki itu tertunduk berwajah sayu berdiri depan ruang kecemasan. Keluarga Sheikh Azad yang berada disitu tidak dia hiraukan lagi.
"Azad okay je Bella, tak serius pun. Tak baik Adam mainkan Isabella," sapa seorang wanita mendekatkan diri memeluk bahu Isabella. Lakonan Adam yang menjadi tadi membuatkan dia tergelak kecil melihat gadis itu menggelabah. Niatnya cuma hanya mahu menguji saja, tak sangka pulak boleh fight level pelakon popular!
"Family Sheikh Azad? He's fine. Nothing serious, cuma kepalanya cedera sikit mungkin akibat terkena stereng masa kemalangan tadi. Tangan dia terseliuh sikit saja. Apa pun kami terpaksa menahan dia satu hari di hospital untuk memastikan keadaan dia betul betul sudah pulih." Jelas Doktor yang menangani Azad tadi lantas berlalu pergi setelah mengabarkan keadaan Azad.
"Agaknya betul saya ni pembawa malang--" keluh Isabella duduk di kerusi bersebelahan Adam. Rangkapnya jelas kedengaran di hujung telinga Adam.
"Pembawa malang? Siapa yang ajar semua ni? Azad? Nanti dia dah bangun saya jentik dia." Gurau Adam sempat memikirkan perkara itu hanyalah usikan saja.
"Saya pembawa malang Adam, belum jadi isteri dia saya dah bahayakan nyawa dia. Kalau dah jadi isteri? Semua salah saya, saya yang telefon dia masa memandu tadi," luah Isabella tanpa dia sedari hatinya turut pedih menahan kenyataan itu. Ya ayat pembawa malang terngiang-ngiang di telinganya. Ayat itu disebut oleh seseorang yang tak mungkin berbohong dan kini semuanya nyata.
"Tak baik tau cakap macam tu, semua yang jadi atas kehendak Allah. Tiada siapa yang dilahirkan dengan gelaran malang. Semuanya kebetulan dan takdir. You should not think all those bad words, Isabella. Dah pergilah tengok Azad." Arah Adam apabila melihat keluarga Azad mula beransur keluar daripada bilik yang menempatkan sahabat baiknya itu. Luahan Isabella tadi dianggap enteng saja memandangkan fikiran Isabella mungkin sedang bercelaru kerana hari akad nikah mereka semakin menghampiri.
Tidur Adam yang nyenyak dibangunkan dengan panggilan oleh Isabella mengatakan Azad telibat dengan kemalangan menyebabkan dia bergegas bangun meskipun setelah menilik jam dinding sudah pukul dua pagi. Fikirannya masih melayang memikirkan kejadian tadi malam, Nik Nufa asyik menggigil saja. Entah sakit, entah kesejukkan yang amat. Adam terpaksa berjaga beberapa jam demi memastikan isterinya benar sudah memejamkan mata tidur lena. Mungkin juga faktor kesejukkan, malam tadi hujan lebat disertai guruh yang kuat. Tidak sampai satu jam, Adam melihat Isabella keluar dari bilik Azad dengan selamba saja. Takkan sekejap sangat melawat? Aku ni punya bagi peluang korang berkasih sayang. Hish!
"Zad, kenapa tunang kau---"
"Dia mintak putus."
"Aku ingat tunang kau ni tengah datang bulan lah drama macam--- hah?! Putus? Maksud kau?" Bebelan Adam yang kian jauh tadi kembali menyedarkan dia bahawa Azad ada menyebut sesuatu.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...