Part 24

8.2K 506 9
                                    

"Mama, Adam rasa we need to talk. I want an explanation!" Paksa Adam menarik lengan Datin Hawa duduk di sofa. Dia sudah tidak tahan lagi terpaksa berpisah dengan Nik Nufa tanpa ada sebab yang kukuh.

"Well, mama rasa takde apa lagi yang perlu dijelaskan. Mama tak sukakan keluarga Nik Nufa. So, you better stop pushing me." Balas Datin Hawa dengan lagaknya lantas terus bangun untuk masuk ke biliknya atau lebih tepat melarikan diri daripada menjawab soalan anaknya.

Tak sukakan keluarga Nufa? Alasan tak boleh diterima lansung! Apa hubungan mama dengan keluarga Nufa? Aku mesti cari tahu. Papa, papa mesti tahu!

"Papa, Adam mintak tolong sangat. Tolonglah..." rayu Adam memegang tangan Dato Hazlan meminta penjelasan.

"Okay, okay. Papa cerita."

Adam menunggu cerita daripada Dato Hazlan dengan penuh debaran. Setiap cerita yang diberitahu papanya membuatkan mata Adam terkesima, sungguh penjelasan itu adalah sesuatu yang tidak lansung dijangkakan oleh Adam. Semuanya berpunca dari hubungan mama dan ayah Nik Nufa yang tidak berjaya, sekarang aku dan Nik Nufa kena tanggung sambungannya? Tak, tak boleh!

"Sebab dendam lama mama nak pisahkan Adam daripada Nik Nufa, macam tu? Oh pleaselah, tak masuk akal. Itu cerita lama lah!" Ujar Adam tidak berpuas hati lantas berdiri mundar mandir depan papanya.

"Papa dah nasihatkan mama tapi dendam mama terlalu mendalam. Luka lama buat dia jadi macam tu..."

"So macam mana ni papa? Takkan kita nak diam? Papa, i'm begging... Hayat Nufa tak lama lagi paa..." jujur Adam terduduk di sofa menongkat kepalanya. Kenyataan itu memang menyakitkan.

"Apa maksud Adam ni?" Tanya Dato Hazlan hairan.

"Nufa pesakit cancer paa..." jujur Adam tidak mahu merahsiakan lagi.

Jadi, sebab ini lah Adam selalu hilang setiap hujung minggu?

                          🥀🥀🥀

"Maa tolong? Jangan pisahkan Nufa dengan Adam?" Rayu Nik Nufa menggengam tangan Mekwan. Mekwan menundukkan wajahnya tidak rela mendengar suara sayu anaknya.

"Nufa tak faham... Hawa tu dia takkan sukakan Nufa. Maa taknak dia sakitkan anak maaa lepas dah kahwin." Jelas Mekwan masih berdalih menyebabkan Nik Nufa mengerutkan keningnya lagi tidak faham.

"Apa kaitan Mama adam dengan keluarga kita?" Tanya Nik Nufa masih ingin tahu.

"Dia bekas kekasih ayah, ayah tinggalkan dia untuk berkahwin dengan maa." Yahzid mencelah disaat lidah Nafisah sedang kelu. Kini barulah Nik Nufa faham kenapa mama Adam begitu benci setelah memandang wajah kedua orang tuanya. Apa masih terselit dendam lama? Untuk apa? Masing-masing sudah membina keluarga sendiri kan? Jodoh kan ketentuan Allah, sepandai mana kita merancang kalau sudah tertulis bukan jodoh maka tidak akan bersatu juga.

"Makcik Hawa takkan terima Nufa setelah apa yang ayah buat pada dia... Nufa kena faham..." Tegas Yahzid mahu anak perempuannya lebih faham. Tindakan mereka adalah kerana sayang dan ingin menjaga Nik Nufa.

Adam, saya taknak jauh dari awak...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now