"Kalau Adam nak makan selalu nasi dagang macam tadi, Nufa boleh masakkan. Tokwan dah ajar pun." Ujar tokwan kepada Adam.
Nik Nufa menjeling ke arah Adam yang seolah-olah sengaja memandangnya tersenyum sinis.
Enjin kereta Perdana memasuki ruangan parkir rumah. Nik Nufa terkebil-kebil meneka siapa pula yang datang petang-petang begini. Nik Nufa tidak lepas daripada memandang pemilik sepasang kaki yang baru turun daripada kereta itu.
"Hani? Ya Allah!" Nik Nufa berlari memeluk gadis yang baru keluar daripada kereta tadi. Dia terlalu gembira sehinggakan tidak perasan ada yang menemani Hani disebelah.
"Kau sihat ke? Kenapa makin kurus ni, Hani?" Nik Nufa teruja membelek tubuh kecil Hani.
"Aku sihatlah Nufa. Eh untungnya jumpa kau kat sini! Rindunyaaaa!" Hani pula memeluk Nik Nufa.
Nik Nufa dan Hani meleraikan pelukan apabila ada suara berdehem menegur mereka. Nik Nufa terus mengerutkan dahinya. Lelaki itu dipandangnya bagai mahu makan saja. Tak sangka pulak Hani dah kawan lelaki. Siap bawak balik rumah tokwan.
"Eh, Nufa kenalkan ini suami aku, Iqbal." Hani memeluk lengan lelaki tadi.
Kahwin? Apa ni Hani. Dulu janji selagi aku tak kahwin kau taknak kahwin. Tak bestlah!
"Alaa Nufa kau merajuk ke aku kahwin tak bagitahu kau?" Pujuk Hani melihat Nik Nufa berjalan ke pondok taman dimana tokwan dan Adam sedang berbual. Puas Adam perhatikan drama mereka dari jauh akhirnya datang juga ke sini.
"Tokwan sihat?" Tanya Hani bersalaman dan bercium tokwan diikuti suaminya, Iqbal. Adam hanya memandang mereka aneh apatah lagi kegembiraan Nik Nufa tadi bertukar hampa.
"Kenapa sedih ni?" Usik Adam mencuit lengan baju Nik Nufa namun tidak dipedulikannya. Berita perkahwinan Hani benar-benar mengejutkannya.
Adam menongkat pipinya memandang wajah gadis itu. Sukar diramal, terkadang anginnya baik, terkadang puting beliung dibuatnya. Nik Nufa, Nik Nufa...
"Eh Nufa kau bawak suami tak cakap pun kan!" Tepuk Hani sengaja menambahkan lagi darah Nik Nufa.
Suami? Adam ni ada nampak macam pasangan aku ke?
"Suami engkau! Ini kawan aku je. Lainlah kau, janji taknak kahwin tuptup bawak balik suami." Sindir Nik Nufa menarik mukanya.
"Tipulah. Tak percaya, korang nampak macam suami isteri. Untunglah kau, suami mata hijau. Mat salleh ke?" Usik Hani sengaja mahu memujuk Nik Nufa.
Adam masih terpinga-pinga. Siapa gadis yang ajak Nik Nufa bergurau ni?
"Kenalkan tu sepupu aku, Hani. Sebelah dia tu suami dia. Sebaya dengan aku. Janji taknak kahwin tapi kahwin." Nik Nufa masih memperli Hani.
"Dah kahwin? Baguslah. Bina masjid awal-awal..." ujar Adam sengaja memihak kepada Hani. Tergelak kecil Adam melihat muka marah Nik Nufa. Sungguh lucu.
"Kau ni. Orang kahwin pun nak marah. Satu hari nanti, kau pun akan berkahwin jugak."
"Aku taknak kahwin!" Bentak Nik Nufa terus masuk ke biliknya.
Ada pulak taknak kahwin. Pelik betul perangai minah ni.
Sementara menunggu isterinya masuk memujuk Nik Nufa, Iqbal melabuhkan punggungnya di atas kerusi bawah pondok. Dia mula berkenalan dengan Adam bercerita itu ini termasuk Adam juga. Nampak gaya Iqbal bukan orang Kelantan, kalau dah jodoh orang Afrika pun boleh jadi suami kan?
"Nak pikat hati perempuan ni, senang je. Mulut kita kena manis. Perempuan suka lelaki yang romantik." Ujar Iqbal tiba-tiba.
"Saya rasa romantik je tak cukup. Ramai lelaki kat luar sana memang mulut manis tapi susah nak buat apa yang dia cakap atau lebih tepat apa yang dorang janjikan. Sebenarnyakan, perempuan terpikat dengan peribadi kita. Cara kita bimbing dia. Betul tak?"
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...