"There's nothing we can do to save her..."
"Oh great! Then what you want me to do? Merelakan dia pergi?" Potong Adam semakin tertekan dengan berita yang baru disampaikan oleh Doktor Sabrina.
"Hati dia dah rosak sepenuhnya Adam!"
"Damn!" Adam menggenggam penumbuknya lantas dilepaskan pada pintu unit rawatan rapi.
"Hati dia perlu dibuang sepenuhnya sebelum sel kanser merebak pada organ lain. Kalaulah ada penderma hati yang sesuai dalam masa yang singkat ni--"
Apa bezanya kalau hati Nik Nufa dikeluarkan atau tidak? Jika hati itu masih kekal didalam tubuhnya tetap akan memberi bahaya dan jika dikeluarkan sepenuhnya kemana lagi dia harus mencari hati yang sesuai dengan tubuh gadis itu? Beberapa bulan dahulu, Adam pernah minta hatinya diperiksa. Andai hatinya sesuai dengan gadis itu sudah pasti dia rela memberi salah satu organnya demi perempuan yang paling dia kasihkan namun nasib tidak menyebelahinya kerana Doktor Sabrina mengesahkan hatinya tidak sesuai untuk Nik Nufa.
Hari hari terakhir Nik Nufa dihabiskan dengan hanya terbaring tidak sedarkan diri di katil dalam wad persendirian. Entah berapa lama lagi masa yang dia punyai untuk terus menghirup udara kurniaan Tuhan. Adam masih setia menemaninya tatkala tubuh itu sudah bagaikan tidak bernyawa lagi, masih setia mengalunkan ayat-ayat suci Alquran setiap hari agar gadis itu kekal bertahan dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang dan masih setia disitu sedikitpun tidak berganjak meninggalkan perempuan yang paling dia cintai. Usai solat hajat, Adam meletakkan songkok di atas meja lalu menyediakan kelengkapan untuk menyalurkan susu ke tiub yang bersambung dalam hidung gadis itu persis apa yang disuruh oleh jururawat.
"Awak mesti dah lapar kan? Okay jom kita makan," suara Adam membisikkan dialog ke telinga Nik Nufa seakan gadis itu mendengar saja. Picagari besar berisi susu Adam pegang dan perhatikan aliran susu yang mengalir perlahan masuk ke dalam hidung Nik Nufa. Menyedari sukatan susu itu sudah mulai susut, Adam segera menambah susu yang masih bersisa ke dalam picagari besar lagi. Sudah menjadi runtinnya setiap dua atau tiga jam Nik Nufa harus diberikan susu supaya perutnya tidak kosong.
Nafisah menjadi seorang yang murung setelah anaknya diberitahu tidak akan bertahan lama lagi bahkan dia dinasihatkan berehat dirumah saja setelah beberapa kali tidak sedarkan diri setiap kali berdepan menatap wajah anaknya. Yahzid terpaksa menyerahkan urusan restoran kepada beberapa pekerja yang dia harapkan untuk sentiasa beroperasi meskipun keadaan menyukarkan dia untuk kembali memasak. Waktu siang dia harus ke hospital menjaga Nik Nufa meskipun sudah berkali-kali dilarang oleh Adam kerana dia sentiasa berada disisi gadis itu menolong menguruskannya. Pada sebelah malam fokusnya hanya tersedia untuk menjaga Nafisah yang asyik tertekan bahkan tidak boleh ditinggal berseorangan lansung. Tokwan akan sampai dari Kelantan esok bertemankan Hani dan Iqbal untuk menjenguk cucunya setelah dikhabarkan tiada apa lagi yang mampu dilakukan untuk menyelamatkan Nik Nufa.
YOU ARE READING
SYARAT CINTA NIK NUFA
Short Story#1 in short story (26 disember 2017, 10.21 am) "Betul ni kau nak aku jadi isteri kau? Jangan menyesal." - Nik Nufa "Hok aloh comey dio maroh!" - Adam Eazril. Geli geleman Nik Nufa mendengar lelaki itu cuba bertutur loghat Kelantan. Pergolakan apa y...